tak jadi operate hari ini. operate hari ahad pagi..



as i mentioned to u at last entry, baba akan operate ari nih

skali x jadi. sbb doktor pakar xde plak. ape2 ntah kan
so td webcam dgn baba. and call skali pakai smartvoip. mase baba cakap2 dgn adik, aku nmpk baba dah sebak2. hoh aku x tahan tgk. rasa nk nangis jugak. mata dah bergenang2. nasib baik masa turn aku ckp dgn baba aku x tumpah. lepas ckp dgn baba, adik aku yg laki tuh plak nk ckp, aku pass dulu kat mama. aku masok bilik dan nangis. takot. baba akan operate ahad. esok pagi masuk wad. aku berserah pada ALLAH. semoga DIA selamatkan urusan itu. semoga baba sihat.selamat semuanya dan pulang ke tanah air dgn selamat.

kalau ikot prosedur biasa, operate dlm 2-3 jam. sebelom operate, doc akan tembak air dlm salur najis utk cuci semua. baba kene byk minom air putih. and lepas operate, kene duduk kat icu dulu maybe 2 hari. pastuh baru pindah wad biasa. adik aku x bleh la dtg tgk hari2 sbb ia rakan menimbulkan syak wasangka plak nnt. so agen tuh akan bawak ayah aku pada waktu malam sahaja. and if everything ok, baba akan pulang weekend next week.

hopefully, korang sume sudi mendoakan yg terbaik untuk ayah aku.

memandangkan hari ini x jadi operate, agen cina tuh bawak baba dgn lain2 sume jalan2 kat kawasan pergunungan.

so here are some pics


yg pakai spek itu adalah agent tuh. nama dia Phua.. baba ckp, dia layan bagus.










anak cina agent tuh. cute









baba, i love u
hope everything will be fine..
hope baba sihat seperti dulu..

__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

ada apa dengan gadis oktober

salam MAAL HIJRAH everyone
semoga kita juga turut berhijrah ke arah kehidupan yang lebih di berkati dan di redhai ALLAH SWT hendaknya.
dan hari ini bersamaan dgn awal Muharam, baba saya akan transplan his kidney. hope that everything will be fine semoga dgn dtg nya tahun baru Islam ini

aku da lama x main2 kuiz kat pesbuk tuh
dulu masa mula2 main pesbuk, gila rajin berkuiz kan. kuiz pasal kawen umor bape lah, anak berapa la, bakal suami org mane lah, mak mertua jenis mcm mana ko akan dpt la. eh?? yg aku amik pasal kuiz kait nak kawen2 apehal? ho ho ho ho ho

pastuh semalam, ade la org forward pasal KAJIAN DR. FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA, melalui tarikh lahir. aku rasa mcm x pernah wat je kuiz tuh. so aku layan je la. oh aku adalah gadis Oktober ye.

so resultnya adelah seperti berikut

Suka sembang ~ yang ini mmg sgt lah betol. aku bleh sembang dgn someone tuh sampai lupa dunia. eg : kalo aku dgn geng2 aku jumpa, mmg gamat la tempat tuh dgn suara ktrg je. even x cukop korum pon. even berdua dgn odah je waktu balik keje, mmg bercakapppppp je kami2 ni. hahaha

Suka orang yang sayang padanya ~ abis kite suka ke kalo org benci kita kan. even bukan sume org pon suka kite. biasa lah manusia kan.

Suka ambil jalan tengah ~ yg ini aku x pasti lah. tapi depends on situation jugak la kan

Sangat menawan & sopan santun ~ warghhh yg ni x terjawab la. menawan ke?? sopan santun ke?? muahaha ni yg nak duduk bersimpuh sambil tersipu2 nih

Kecantikan luar & dalam ~ semua org nak cantik kan. so ini adalah terpulang pada diri masing2 utk menilai nya

Tidak pandai berbohong & berpura-pura ~ oh aku adalah pelakon terhebat. kan odah??? hahahha

Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan ~ aku x bleh tgk bersamamu sbb nanti akan kesian melampau. nak tolong diri sendiri pon x terbela kang. so better jgn tgk. Baik ? aku mencuba untuk jadi org yg baik tapi mcm xde hasil je. hahahhaa. Pentingkan kawan? aku kene tgk sama ada kawan tuh pentingkan aku jugak ke x. kalo x, boh layan. sbb aku ckp awal2 aku ni mmg cruel sket perangai.

Sentiasa berkawan ~ nak kata sentiasaaaa sgt tuh xde la kan. bohong la x kan la kejap2 lagi pegi Jusco jumpa sales person yg nsem2 "eh bleh kite jd kawan x". xde makna la mcm tuh kan. tp aku adelah still dgn kawan2. kawan2 baru plak xde la ramai mana kan. sbb aku jenis kalo dgn geng tuh, geng yg tuh je la . kalo dgn pmpn odah tuh, dgn pmpn tuh je la sampai kau hafal bila jerawat die akan naik kat muka. hi hi hi hi hi

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama ~ correct !!!!! terer la fadzilah kamsah ni! ceah suka2 je panggil nama mcm kawan2 kau plak. hahhaha

Cepat marah ~ aku cepat marah tapi cepat je sejuk. sejuk x bermakna aku lupa kenapa aku marah kau. aku ni more to simpan dlm hati. sampai mati aku igt

Macam pentingkan diri sendiri ~ ada certain2 situation yg kita kene jadi selfish. tgk pada keadaan la. x kan lah memanjang je nk selfish. melampau la kan

Tidak menolong orang kecuali diminta ~ yup. x kan tiba2 aku nk tolong org kan. nampak nau la aku tibe2 jadi baik. kalau kau mintak tolong, and ia pada kemampuan aku, insyaALLAH la aku tolong.

Suka melihat dari perspektifnya sendiri ~ yeah. always. aku suka tgk org. terutama kat majlis2. tgk gelagat manusia yg mcm2 hal. kelek anak smpi 3-4 org. yg bawak awek kepit2 ngalah da jadi bini. bila kat mcd, yg couple budak2 sekolah main suap2 fries. mcm2 gelagat. ape nk buat. tgk je la.

Tidak suka terima pandangan orang lain ~ if aku x suka pandangan org tuh, aku diam je la. aku x kan la nk sound "eh x masok akal langsung pandangan kau. baik kau diam" tapi bleh jadi kalo aku tgh hangin aku sembur gak kot. huhu

Emosi yang mudah terusik ~ aku ni name je kadang2 laser la mulut cilakaks la tp terpaksa mengakui yg i'm quit an emo person. ngeh ngeh ngeh

Suka berangan & pandai bercakap ~ berangan is a must la masa bace novel atau sebelom nak tidoq. bercakap, kalo panggil aku mengulas ke ape ke aku suka la. kalo tiba2 kene buat speech depan org ramai, teros jadik pasif la. huahuahuauhaahua

Emosi yang kelam kabut ~ bila kelam kabut. aku akan teros jadik pening. bila aku jadik pening otomatik mood aku hilang. bila mood hilang, rasa nak marah. bila nk marah, bersiap2 lah deretan caruts akan keluar

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) ~ yg ini aku x rasanya

Suka melancong, bidang sastera & seni ~ xde la suka sgt melancong. tp ok la. sastera dan seni, aku x suka !!!

Pengasih, penyayang & lemah lembut ~ warghhh ni kira pujian jugak ke. lemah lembut tuh xde la. jauh sama sekali. bleh winter malaysia kalo tiba2 jadik lemah lambut kan. bluerkkkkkk

Romantik dalam percintaan ~ uhuk uhuk..!! eherrmmmmm !!!! no komen ha ha ha ha ha ha

Mudah terusik hati & cemburu ~ ntah la. x tauuuuuuu

Ambil berat tentang orang lain ~ mesti la. ambik berat, ambik tau... kepoh... hahhahah

Suka kegiatan luar ~ kegiatan formal2 aku x suka la. sume org x suka kot. kalo ajak p window shopping pon aku x suka. buhsan. aku senang je, if kau nk ajak aku p shopping, pasti kan kau mesti beli something. if tibe2 dtg mall, tgk kedai ni, x nk beli. p kedai sana, x nak beli. last2 pusing 1 mall ko x beli2. mmg aku hangin la. dan aku akan hangin lagi bila kau ckp "eh kita pegi mall kat sane la. kat sini sume x cantik". maka bersiap sedia lah utk melihat muka aku yg mcm !@#$%^* nanti yerk

Orang yang adil ~ adil ? x tau nk describe aku adil mcm mane so far

Boros & mudah dipengaruhi persekitaran ~ dulu masa study aku mmg boros. aku x sedar duit laju je mengalir kan. sbb dulu baba bg monthly money yg quit wow jugak la sbb aku bwk kete kat sana. skrg da keje, agak terjaga jugak la. sbb dah ade kesedaran kot. huahuauha. tapi kadang2 bila g mane2 dgn odah, kurang kesedaran gak. tibe2 je duit yg baru draw tadi da abis. so how eh?? oh aku adalah sgt senang di pengaruhi. kadang2 ko x payah susah2 pengaruh pon aku tau2 je. muahahaha

Mudah patah semangat
~ so far belom lagi patah2 semangat ni. alhamdulillah


tibe2 rasa cam entry ni buhsan je sbb xde gambar kot. lantak la. xnk bace dok diam2.
aku rasa ari ni mengantok gila, so aku nk usha2 blog kawen2 kasik mata segar bugar. ha ha ha ha ha

ok bye

__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

update news : baba at Nanchang day 1

tadi on9 dgn baba dgn adik aku tuh. ok adik aku tuh aku panggil Tam je
mula2 td call pakai SmartVoip sekali x dapat2. baba da beli nombor cina. ade cousin2 aku call no cina baba tuh dpt, tp bila ktrg nak call yg x dpt. ampes je

baba dok kat hotel ape ntah. oh hotel die mcm five star je. tapi kos hidup sana murah la. so hotel die pon agak cheap la. baba kata cheap hotel. tapi aku rasa kalo kat sini da mcm 4 star jugak. hotel dia siap LCD tv. ok la. nice la to stay

baba cakap maybe esok p hospital tuh utk dialisis. and paling awal transplan, maybe rabu. hope everything will be fine.

baba kata siang tadi, cina agent tuh bawak dorang round Nanchang. tuh yg pegi some place jugak la. makan kat restoran muslim. x susah la nk cari halal food kat sane. alhamdulillah

so here are some pic.


baba depan bilik hotel


uikk tedap nye baba makan tuh. huhuhuuhu



macam sedap je. huhuu


dia buat mee yg baba makan tuh kot



uik baba borong ape hah?? mesti makanan la tuh


2 handsome man from malaysia. ngeee ~~~


ok ni la org yg jaga ayah aku kat sane. dia yg da translan dulu kat Nanchang ni jugak. abg Helmi and his wife.


preettssss


hotel : inside


oh ini makan mase dlm flight. baba naik MAS. open ticket pny. so kalo naik MAS mmg makan sedap la kan. KLIA - Guangzhou RM1990. quit cheap la. dulu aku naik ade 1 airline ni la pegi sarawak, mane ada makan2 ni. kalo nk kene beli. dia pny stewardess lalu bwk troli then beli la. megi cup sampai 6++ kan. x kuasa la. aku rela berlapar je

ok itu saje update news yg diperolehi ari ni
sekian laporan. tido dulu. zzzZZZzzzZZZZ

oh waktu kat Nanchang pon same dgn Msia jugak

__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________