Friday, February 26, 2010

dayus dalam erti seperti berikut

salam maulidur rasul kepada semua kawan2 sy di dunia blog ini
aku nk share artikel ini. yg aku jumpa kat blog fotografer sydeen
sangat menarik untuk di baca
memandangkan mood pembacaan aku hari ini di tahap sgt membanggakan
so i would like to share wif u bebeh

artikel ini adalah dari Ustaz Zaharuddin

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.


Nabi SAW bersabda :-

Yang bermaksud : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


selanjutnya boleh baca di sini

saja2 je nak share. memandangkan hari ini hari baik, so mari lah kita berkongsi benda yg baik2 jugak.

korang da makan?? aku makan roti je. kesian kan. sob sob sob ~ ~

__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

4 comments:

maiyah said...

menarik

slm maulidur rasul

pakcik kordi said...

assalamualaikum....=)

tq waks info nie...mmg dayus le tu...den tk sanggup!!!

Moon BlooDy Spell said...

kalau saya dapat org ni.
akan ku siat2 kulitnya...
akan ku perah asam limau dan tabur kan pula sedikit garam.. biar padam muka.....

hehehehe minta2 la dapat suami yang tak dayuss

greenhall said...

salam maulud nabi.




thanks for the info. hope aku dapat isteri dan anak yang solehah. amin.




selawat beb! selawat!