Wednesday, February 17, 2010

hari kepenatan

pagi tadi hantar baba pegi hospital. alang2 aku x keje ni, aku antar la. dalam 1 minggu 3 kali pegi Hospital Melaka tuh. cek darah, karotin, bla2. so far baba is okey la. darah ok. karotin is still in normal numbers la.

aku drop baba depan hospital dan pegi cari parking. sbb biasa la pagi2 ni mmg susah gila parking. aku berdua dgn adik. skali da dapat parking, tiba2 bonet depan kuar asap2. aku cam "apehal plak ni". aku terus keluar. and dgr bunyi cam "eeekkkkkkkkk" cam bunyi ape ntah. aku terus la bukak bonet depan. aku plak bebal lupa tgk temperature. so aku target mesti la xde air kan. so aku bukak je la bonet depan tuh. nak kasi sejuk enjin. nasib baba lama jumpa doktor. so dlm masa tunggu tuh, enjin pon da sejuk aku tuang la air. mmg kering pon. so igt dah okey dan abis di situ la.

skali odw balik, dekat Cheng, aku tgk temperature naik. terus la behenti kat tepi. ckp dgn baba td aku da tuang air bla2. xkan kurang lg kan.

skali bukak la tempat air isi air tuh. gila berasap2 kan. pastuh membuak2 air kuar. tgk kipas kat enjin x gerak. shit. patut la lately aircond pon kejap sejuk kejap panas. aku ni bebal jugak kan. bukan ke kipas enjin lain kipas aircond lain?? baba kata Persona kipas dia sama. hehe malu i

pastuh kereta ni nak majuk pon pandai plak pilih tempat nak meragam kan. betol2 depan kedai tayar. so aku panggil je budak tayar tuh tgk. dia kata nnt dia panggil budak dia dtg. dtg la cina nsem sorang ni. dia kata kipas prob la. so pegi la kedai dia kat sebelah kedai tayar tuh je rupanya. mak je x pasan noks =P



baba harus la pakai mask ye. di sisi kereta kesayangan yg nak bermanja2. oh Persona ni actually mama pny. tp mmg baba yg slalu pakai. baba pnya Waja la. yg tgh bermanja2 jugak kat bengkel tuh. aku kanak2 pakai kancil je. huhu



huh pomen ni handal kan. sekali tgk je dah tau ape yg rosak. kalo aku, mau aku ketok2 je kete.


ish ish byk betol. macam2 saiz ade hah. flexible. hahaha. kalo yg aku ada kat umah pon, yg boleh laras kepala tuh. sebab slalu guna pulas kepala paip



kesian baba kene tunggu. masa ni pukul 12 kot. baba dah xtahan. baba terus call budak dia suoh dtg amik. so yg x kesian, aku dgn adik la kene tunggu sampai pukul 2 camtuh. sbb barang yang rosak, motor kipas tuh kene tgu budak bengkel dtg antar. sbb bengkel yg lagi 1 x bukak. tuh yg lmbt. so baba tinggalkan ktrg di situ. sob sob sob ~ ~

tapi nasib bek x lame mane la. lagipon x terasa lama sbb aku bawak novel so bleh baca. adik da bantai tido terus. around 1.15 barang tuh sampai.



tukar motor dgn kipas tuh la. 1 set sekali upah RM370. aku pon x tau la mahal ke x sbb aku mmg xpenah tau kan barang tuh. baba da kasi duit so bayar je la. ape nak buat da rosak kan. x tukar kang jd masalah lain lagi teruk ke ape, lg parah


pride and joy la sangaatttt


da settle tuh bajet dah bleh balik la. dah la lapar gila. dari pagi x makan. sarapan pon xsempat sbb da bgn lambat. baba kol 7 da nk gerak. aku mlm td jadi kelawar tido lambat tgk hindustan siap. rasakan mata ngantok cm hape. kene pegi servis kete, tuka minyak hitam dan buat allignment pulekkk


masa kat bengkel ni aku dok berangan je. tiba2 kete xde depan mata. skali cari2 dah terapung noks.masa kat bengkel ni jugak la mata aku melilau usya sport rim. huh mahal2 tapi niceeee. aku ckp la kat adik, "nanti aku da beli kete, first aku kumpul duit tukar rim". wahhh tgk, berangannsss


masa tunggu kete siap, mmg parah sengsara la lapar gila. aku rasa cm nak p cari pau ke ape buat alas perut tp da nama pemalas, so makan asap je la.

da siap2, terus pegi tempat biasa ktrg makan2. cafe balqis


rasakan terus mintak laici ais. jarang je aku mintak2 air ni. slalu aku mmg teh o ais limau je.


siap order fries. kelaparannnn


aku kalo lapar gila, aku mmg akan order ini,

nasi goreng USA. rasakan tamak. lantak la. kebulur dari pagi x jamah ape pon. ini pukul 4 baru dapat makan. serupa mcm pelarian.


adik makan kueytiow kungfu. dia mmg xde menu lain pon. pegi la mana2 kedai, mmg ini je dia hadap. tapi mmg yg paling sedap kat sini la. kat sini , paprik dia pon best.


lalalala mengantuk ~ ~

tapi nak tgk cite sepah kol 10.30 kang
ok aku nak pegi tongkat mata dulu

__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

10 comments:

maiyah said...

x banja kete tu mkn skali ke ngeeee

Moon Death Spell said...

hehehe sambil tunggu tu ape kata ngorat dulu leng chai tu hehehheh....
sedapnya.. wah makanan itu menggodaku

Nini teDDylicious said...

kete rosak tgh jalan di kala keseorangan adalah mmg perkara menakutkan bg aku.

oleh itu, aku akan pastikan kredit dalam hp aku sentiasa ada. hehe..

**nasib baik kau bertiga**

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

kasih anak~

Mimi's Mayonnaise said...

Emm.. ari tu kereta saya rosak.. kena dekat RM900. siap bukak enjin bagai..

Menggeletar tgn nak membayar..

cik pingu said...

nampaknya mood bercerita kau di tahap yg membuak2.. panjang nak mati..aku jujur, aku skip skit2..hehe..

ko ni mmg gatal nampaknye, xleh tgk org hensem.. hehe..

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

kat tempat aku tukar kipas ngan motor kipas yang baru kos hanya
rm125.80 je..kira mahal gak kat melaka..aku ingat kan org nya je mahal..motor kipas pun mahal..
bab makan kau mmg tak pernah tinggal..bikin perut aku berbunyi jerk...

greenhall said...

pe barang keta baru dah buat hal ni? mini miner aku dah 50tahun, still ok lg beb. haha

Lya Colours said...

~ maiyah
da banje dia tuh yg terbang rm370 tuh cukup ler. huhu

~ moon death spell
ish tamo la ngurat dia
sy nak melayu tulen
huehuehuehue

~ nini teddylicious
yes serius perkara x dijangka kan
naseb bek kat tempat ramai org
kalo tmpt sunyi harus takut jua

~ ayu deathwish
yee kasihkan bapa bawak jalan2
huhu

~ mimi's mayonnaise
ish 900?? mahal gila. harus puasa 6 bulan tuh. huhu

~ cik pingu
skrg mood menaip aku sgt bgs. maka terimalah entry berjela-jela. hehe
oh aku sekadar cuci mata je suyah oooiii

~ alvin
haha motif ko kaitkan harga kipas motor dgn org?
org 10ribu ye x
aku x
aku berpatutan
hehe

~ greenhall
itu lah. pride and joy la sgt kan
mencik

Afzainizam said...

Salam Dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu….

Walau kau di barat, aku di selatan jua,
Walau dimana jua berada,
Setiap pagi, bila kita bagun dari lena,
Tapi kita lihat langit yang sama,
Salam dari ku untuk kamu semua

Sorry pada kamu kerana baru kali ini kunjungan ziarah ku selepas naik cuti tahun baru…. Aku Kembali semula….

eeeemmm ramai gak yang bising pasal kipas Pesona yang tak tahan... aku banyak kali lah dengar antara Gen 2 dan pesonalah yang banyak kali kipas rosak... yang amat menakutkan tu takut plak ir kering.... hanya gara-gara kipas rosak boleh jadi lebih banyak yang kerosakkan menjangkit... yup baik rawat dulu.... mencegah lebih baik dari memperbaiki benda yang berulang rosaknya...


wehhhh ko ni makan sedap je.... aku suka entry nasi ko tu....