Saturday, February 20, 2010

mood rajin yang melimpah ruah

lately mood rajin aku mmg sgt di tahap yg membanggakan
x tahu la kenapa
mungkin semangat cuti seminggu ni
ceah isnin da start keje pon. hoih benci nye

mood memasak lagi lah di tahap yg sgt tinggi
plan nak masak mcm2
siap pegi family store beli mcm2 la
plan nak buat tauhu ikan, spagetti, dadih, trifle. hoh jgn ckp la rajin serupa apa.
tapi mak aku bising la kang masak2 bukan nk mkn. dok hias cantik2 pastuh tgkp gmbr.

tapi semalam aku menguli beb !
haha 1 pekerjaan yg paling mak x suka.


yes !! saya buat karipap semalam. karipap inti kari ayam....


my first trial to make karipap. gila kauu. umur da 23 baru nak buat karipap. xpo la. at least, percubaan pertama adalah berjaya!!



tgk karipap yg atas sekali. yang lain je bentuk tuh. tu mula2 konon la nak kreatif la nak kelim sendiri. aku mmg x sedar diri la. tgn keras ada hati nak kelim karipap. skali da mcm rupa tgn dinosour je. terus guna acuan kepit tuh. hah senang sket. laju je siap. ni nak kelim2. kalo cantik xpe gak kan


haa da siap goreng. dah siap2 sume dpt la dlm 24 biji. ni goreng sket je. lebih buat frozen. lain kali senang je nk mkn goreng. ~ xde la buruk benau rupa dia kan? kan? kan ? agak2 mak mentua aku ska x? kuikuikui

tuh aktiviti petang semalam. yg ni, ptg tadi pulak. mood berkebun kat pesbuk di adaptasi ke dunia nyata

actually dulu lepas spm aku mmg sumpah rajin la tanam2 pokok bunga. ala yg dlm pasu kecik2 beli kat kedai 2 hengget tuh. pastu kalo pegi mana2 nmpk la bunga/ pokok daun yg cantik2 aku petik dan tanam je kat umah. pastuh, aku pon da pegi study merata. ke utara balik ke selatan pulak, pokok2 aku x terjaga. mak aku dia jaga pokok2 dia je la. pokok2 aku majuk la kot aku xde kan. so mati pokok mak nok.

so ni skrg, aku nak tanam balik pokok2 aku. sbb aku ska yg gantung2 ni. mak aku ska dalam pasu tanah liat tuh. aku beli kedai 2 hengget je. misken =(



aku beli pasu 7 bijik. sume aku tanam sendiri, siap cangkul tanah. gila kental la. mak aku pon terkejut apsal aku rajin plak petang2 ni kan. ni x sabar la nak tunggu dia kembang. harus aku bgn awal esok semata2 nak tgk dia segar ke x


aku pergi nursery tadi. sbb mmg nak beli pokok2 pon. plus nak cari baja bunga yg elok sket. aku beli pokok daun selasih ni. 3 pokok 10 hengget. daun dia lain2 tone la.


beli pokok ni 8 hengget. dulu ada. tapi pas aku sambung study tuh dia mati. majuk kot. so nak bela balik. aku suka pokok2 yg berdaun2 ni. nampak hijau je kan. sejuk mata



haa ni aku ska sgt. mcm kupu2 kan. 8 hengget jugak.








pasu2 bunga mak aku ni terpaksa letak dlm pagar. org lalu2 mesti igt tuan umah ni xde seri umah la kan. padahal, dulu letak luar, kambing2 berpusu2 dtg nak mkn bunga2 mak aku ni. berhambat la kitorang anak beranak halau kambing. ade yg aku geram aku baling dgn kayu je. ye la bunga lebat2 dia p makan. cilakak. ~


__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

12 comments:

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

bertemu kembali..dekorasi bersama eric lya..
kuih karipap kau tu cam lazat je...
aku nak namakan blog kau ni...blog kolestrol...sbbb byk entri pasal makan..

mimis said...

Kira okey laa tu dah terrer buat karipap.. Saya langsung tak reti!!

maiyah said...

patut le dia suka bekebun.. akak x leh nak bukak farmville.. nape ntah, kalo wat lagi karipap tu pos kat akak sket ahaksss

[asam]pedas said...

adoi! sedap giler kueh tu!

hantumakan said...

okay, inti karipap adalah sentap..
mak kita kata nak biar kulit karipap tak menggerutu, masukkan karipap b4 api dia panas gila, ehehehe..
tu mak kita kata, tapi kita seumur hidup buat karipap pun tak lebih 3 kali, walau suka gila makan, hahahaha

and kita kalau tanam pokok, suma pokok mati, tangan panas, tak green thumb langsung

whitedaisy said...

waaaaaaaaaaaaaaaa....cntik nye bunga....
daisy suke bunga...
nk jga je yg mls...
hihi
sedap gak tgk karipap tu..
lapar tetbe je..

Moon BlooDy Spell said...

kenapa SAYA tak pandai masak dan tanam bunag seperti kamu!!! WAWAWAWAW (sambil berlari kedalam bilik lalu menyebamkan muka ke bantal.. dan sob seb sob seb

greenhall said...

blh caya ke ko yg buat sume tu? haha..



lapau karipap beb! lapau!






erk, greenhall inti karipap ke? haha

Fahim 'n Alin said...

apsal x wat roti canai..hehe

Afzainizam said...

Salam Takzim dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Kami sedang melayari entri kamu.... kira kunjungan tanpa diundang
Antara Aku, Kau, Kita & kami
Salam lawatan buat mu dari ku
Bagiku…
Kau selalu jadi sahabatku
Selalu dalam hidupku
Karena kau adalah sahabat
Yang memiliki erti
Dari dulu sampai sekarang
Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..

wehhhhh lya apo bendo rupa karipap yang ko clip pakai tangan tu terburai tak isi perut karipap tu....

first time dengar kambing makan bunga... gilak punya kambing dalam dunia ni punya banyak rumput yang dia makan bunga nak buat ape lah....

ko dah jadi rajin tanam pokok bunga.... aku tengok halaman umah ko cantik ... aku merindui suasana umah nenek aku .... umah dia penuh pokok bunga....

kucingorengemok said...

kita suka epok² yang cenggitu, ada bijik² kat kulit dia...

Nini teDDylicious said...

karipap..?? aku dah master. sbb ayah aku meniaga dulu2. siap master bab kelim karipap lagik!! hahaha!! sgt belagak cam haram neh!!

bunge..?? err..aku tasuka bunge.

:)