Friday, March 19, 2010

AL-FATIHAH..

semalam, bersamaan 18 May 2010 lebih kurang jam 5 petang,seorang bapa saudara aku, Poklong telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas...dia meninggal kat rumah anak2 dia kat Klang.

jenazah di bawa pulang ke rumah tua (rumah pusaka keluarga), sebelah rumah aku ni je untuk di mandikan dan di kafan kan. jenazah sampai malam 18 May tuh lebih kurang dah nak pukul 12 gak.

alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan lancar. maka putuslah segala hubungan duniawi antara dia dan kami semua.. semoga roh nya di cucuri rahmat ALLAH S.W.T ....

jenazah kebumi jam 11 pagi, sebelum solat Jumaat.alhamdulillah ramai waris2 datang. anak2 lelaki arwah dan anak2 buah lelaki usung keranda untuk pergi sembahyang jenazah kat masjid dan seterusnya ke kubur. masa jenazah nak kebumi, ramai anak2 buah lelaki tolong. masing2 gilir2 nak bantu urusan. alhamdulillah, rezeki dia..

cuaca pon baik je sepanjang pengkebumian nanti. tapi, aku x tgk la wajah arwah buat kali terakhir sebelum di kafankan sebab aku takut. huhu.. bantal yg arwah guna masa kat umah tua malam tadi pon mama suoh aku amik kat umah tua tuh, haram aku x pegi amik. takut dowh. ape ke buruk perangai kan. siap pesan dgn mak aku, bantal2 tuh nanti bungkus elok2 simpan kat umah tua, jgn bawak balik umah kita. hahaha bodoh je

aku x cukup tido ni. malam tadi ntah pukul berapa lelap sebab mengaji kat umah tua dgn sedara mara yg lain. ada yg sampai tersengguk2. last2 sume tak tahan, pasang ayat2 al-Quran kat handset. tiba2 je dah lelap. tiba2 je dah pagi. huhu

sekarang aku nak tido. esok keje. huhu menantok la....

untuk renungan semua..


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".


YA ALLAH, kau tempatkan lah arwah di kalangan hamba2 mu yang soleh. permudahkanlah segala urusan nya. semoga arwah di limpahi rahmat dari-MU...








__________________________________________________
sila tinggalkan komen2 anda. komen yg baik2 ye.yg mencaruts adelah di larang. =)
__________________________________________________

10 comments:

katak_78 said...

alfatihah Lya..yg pergi takkan kembali..kita cuma mampu berdoa agar rohnya di tempatkan bersama org2 beriman..~al-fatihah~

Adnazthie said...

Al-Fatihah

maiyah said...

al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

pakcik kordi said...

takziah diucapkan!

TARANTULAH said...

ya takziah.

Mimis said...

takziah dari saya..

whitedaisy said...

takziah ye lya...sory lambt....sibuk bbrpa hari ni....

al-fatihah untk arwah..

Afzainizam said...

1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Amin

Mudah mudahan Arwah mendapat kerahmatan Allah...

takziah pada keluarga disana

F U N F A B U L O S I T Y said...

al-fatihah-dex ucapkan salam takziah ya-semuga rohnya dicucuri rahmat.

greenhall said...

takziah beb.






al-fatihah.