Thursday, June 10, 2010

mantra




filem mantra
akan keluar 15 julai 2010

watch trailer here
malas nak upload video

first tgk trailer kat cd cetak rompak semerah cinta stiletto
ala kan biasa mula2 filem kan ada trailer citer2 yang akan di tayangkan
tgk mcm seram je kan
buat dekat penjara pudu kalo x silap
tgk dari trailer macam best dan serammmm je
tapi kalo nak pegi kat wayang tuh mcm seram je tgk kan
kalo ada abe kat sebelah leh pelok2
wakakakakakkaaka


sinopsis cerita
ihsan : Sinema Malaysia

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahannya, nantikan MANTRA di pawagam..

info2 pasal pelakon, gambar2, sila klik Sinema Malaysia


pelakon utama : Zul Handy Black


Hasnul Rahmat pon ada


dia ni berlakon mcm real je. takot aiii


lokasi penggambaran


so apa lagi !!!
nantikan kemunculannya di pawagam berhampiran anda

mari support local films



ceah2. jadi promoter free plak ari ni
hehehhee


19 comments:

Mawar_berduri said...

wah...bace sinopsis cam menarik je nih...huhu
nak kna pi tengok la ..huhu

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

cm menarik je
nk tgk lah!
aku harap cite ni lg best dr cite2 hantu mesia yg len yg xabis abis ngn ending mimpi!

sI tEDI said...

jarang layan cerita thriller ni

cik pingu said...

wei! belanja aku tgk muvie ye nanti!

hellioz said...

cerita melayukah?
gwa dala typical sk8 cte2 melayu neyh
gyahahahahahaah~

y@n@ M!B said...

aa cite seram xsuka tgk..takuttttt~ abe mmg ada kt sebelah nnt dia bising asek genggam lengan dia kuat²..haha~ takut punyer pasal kannn =p

alvin takda rumah harga 8juta.... said...

ehhh...menarik gak aku baca sinopsis tu..

jom layan nanti...

pakcik kordi rocker said...

wah...cm best ni!ok..koi download...hahahaha....!!!

makdara terdiva said...

dah baca sinopsis kat cni..x yah la tgk wayang..haha!

maiyah said...

eeeeeeeeeee.. nyurukkkkkkkk

[asam]pedas said...

eeeeeeeeee ni yang buat aku nak tengok nih!!!!

Insan Biasa said...

lok lok tak bahaya ke ...

fndrocka said...

tgk trailer citer ni kat wayang macam seram je.cam lain dari yg lain. luckly pelakonnya tak diambik yg popular sgt..

Roronoa Zoro said...

serius tgk mcm best.. hehe.. kalo ada rezki, pasti tgk.. =D

Afzainizam said...

Untuk tatapan sahabat semua
SAY.NO.JUDI.BOLA
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
WORLDCUP  
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

waaarrrgghhh seramnya... beb... sekarang memang macam macam citer seram ni... issshhh meremang bulu roma plak... camner nak tengok citer ni...

TeRRoRRiZZ said...

macam bezz jer...
tapi poster dier sensor cikit...
heheheh

Insan Biasa said...

selamat menonton ...

greenhall said...

huyoooo..
pe kata ko sponsor aku. erk..



hope ko sehat.
meh amek award kat blog aku. ajak odah skali.

NiZaM Limited said...

erkk..macam ganaz n seram je cite ni. kalo Lya tgk kat wayang nnti tak terjerit2 ke? sian plak kawan sebelah kena cakar2. hehe..

papepon cite seram yg paling sy minat malaysia punya cite Kekasihku Seru..best. hehe..