Tuesday, February 1, 2011

lagi hal mesir




tolong like page ni



baca Bernama 30Jan, boleh menaikkan darah

"Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir - Muhyiddin"

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata belum ada keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia berdasarkan situasi keselamatan semasa di Mesir.

Beliau berkata sehingga kini, kesemua pelajar Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat dan dipantau oleh Kedutaan Malaysia di sana.

"Walau bagaimanapun, kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Kaherah telah menyediakan perancangan kontingensi bagi menjaga keselamatan pelajar serta rakyat Malaysia sekiranya keadaan berlarutan dan menjadi kritikal.

"Ini termasuk memantau perkembangan keselamatan di Mesir dengan lebih teliti, mengesan dan menghubungi kesemua pelajar Malaysia bagi memastikan mereka berada dalam keadaan selamat, selain menyediakan perancangan kontingensi untuk memindahkan mereka ke negara-negara jiran yang berdekatan seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.


hoi ! entah sampai bila ko nak pantau kan. tindakan bila?? ko tau berapa ramai student malaysia kat sana??? tak habis2 nak pantau, buat perancangan. negara lain dah hantar plane la amik rakyat dia, kau ni ntah zaman bila nak habis buat perancangan !!!


semalam call adik aku. dia dengan member2 dia memang nak balik malaysia. tapi passport kat ustaz. hurghhhh dia kata nanti ada member tolong ambilkan

dia kata kat alex macam dah ok. tapi still tak berani keluar rumah. ada junior2 yang tumpang rumah dia, esok lusa dah nak terbang balik malaysia

bila ayah aku cakap "kerajaan ada cakap tengah ambil langkah bla2"
simple je adik aku balas "dorang tipu..."
oh sedih ok. hanya mereka yang di sana je tau situasi sebenar. hidup dalam ketakutan.

adik aku ada cakap, tiket ke malaysia limited. ada member2 bagi cadangan, pergi ke negara terdekat, then ambil flight balik malaysia. ntah la. sekarang tunggu hint je la. ntah bilaaaa lah kan kerajaan kata nak pindahkan budak2 tuh kat negara jiran.

aku dah pesan dengan adik aku. ready pack barang2. dokumen2 penting. in case dorang panggil balik, terus angkat beg and blah. handset pastikan bateri sentiasa full. sebab memang ada ura2 electric pon akan xde nanti.

haih takut. selagi budak2 tuh tak berada dalam kondisi yang betol2 boleh melegakan hati kaum keluarga budak2 di sana, selagi tuh hati rasa tak tenang

perkembangan terkini boleh di ikuti melalui

1) facebook - Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir
2) blog - Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita


lets klik !!

10 comments:

eiffel said...

lol~

xpenting ker?ada lbh dr 10k pljr mesia di sana!

sbnrnya apa yg dorg pk ni?politik camtaek!mana ada pk pasal rakyat?smua tu tipu!!!!!!!

^$^#@#*@#~


*fine, aku emo!

A.s.t.i.n.a said...

Arrgghhhh takkan nak tunggu ada rakyat kita yang meninggal baru dikira ada keperluan... Ini sudah lebehhhh...

YanaMIB said...

dorg ni bila anak² dorg sendiri yg dlm bahye br sebok² nk bwk blk siap anta tentera segala..bila ank org len sedap mulot je ckp "xde pape", "pantau je"...haihh..wpn aku xde famili kt sana, tp kesian dow...bangsa aku sendiri kut...kannn...=__=

rATu kEBaYA said...

kejam.. takkan nak tgu terbunuh baru nak bawak balik..

sahromnasrudin said...

kalau sy jadi menteri..sy akan sediakan flight untuk mereka pulang huhuhuhh

Amy Syaquena said...

uish kejamnya kenapa mesti tunggu lagi x kan nak tunggu ada yang tercedera atau terkorban baru nak bawa pulang..

lalink7 said...

Ya Allah..kuat betul Ujian yee..semoga kita tennag menghadapi nyee..sabar Lya..caiyok2 bebeh

miss nina said...

situasi di Padang, Indonesia gempa bumi..melibatkan keselamatan. ok fine, boleh bawa balik.

di mesir, pergolakan politik, pun melibatkan keganasan dan isu keselamatan. nape tak ambil tindakan serta merta.

x patut betul!

Sham said...

salam kenal...

moga Allah melindungi mereka...

sahromnasrudin said...

semoga mereka terus selamat..salam ziarah di pagi rabu..dah cuti ke???