Friday, March 25, 2011

ada hantu mana-mana

eh dah jumaat ye. kejapnya rasa. cepat betol masa berlalu
umur pon makin meningkat. tsk tsk tsk

dah lama rasanya tak share cerita ala2 mistik alam hitam
eh tak hitam kot. kelabu2 asap ada lah
haha

aku adalah penakut. aku tak tau lah aku lagi takut dengan manusia ke hantu2 ni
tapi alhamdulillh aku tak pernah nampak benda2 ni dgn mata kasar
mintak di jauhkan lah ye
aku takut aku sawan berbuih mulut je kalau nampak benda2 ni. haha

just nak share. pengalaman orang lain
almaklumlah, bila kita duduk hostel, macam2 cerita ada kan
nak percaya ke tak, wallahualam. dengar boleh la

my first hostel yang aku diami masa kat matrik perlis. aku duduk hostel nama komsas umi umairah. betol2 depan masjid kolej

macam2 cerita aku dengar. ada yg lojik ada yg tak. tapi yg paling aku ingat sampai skrg, ada budak kene rasuk. dia duduk tingkat 4. masa tuh dah nak exam. dia kene rasuk sampai hampir2 nak terjun dari tingkat 4. menurut sorang kawan dia, sebelum tuh, budak ni ada call kawan dia bagitau yg dia sangat2 tension dah nak exam ni.

tapi tuh lah kan. member2 selalu pesan, jangan tension sgt. benda tuh senang masuk orang2 yang tgh kusut ni. lagi dia suka

lepas habis matrik, sambung pulak duduk uitm segamat. duduk hostel hanya 2 sem

aku ingat, classmate aku cerita. ada budak kat asrama lama. katil double decker jenis kayu. ada 1 malam dia terjaga, and dia terkejut sebab kawan dia katil atas, jenguk dia dari atas. korang faham x. macam kawan kau nak cakap dgn kau dari katil atas and die jegulkan kepala dia. hah macam tuh la. shit seram plak. nasib siang

lepas tuh, aku ni duduk asrama baru la. nama rahsia. sebab aku tau ada blogger uitm segamat. bahaya. haha

dorang cerita, if nak dekat2 puasa je, pocong mesti banyak. motif pocong keluar before puasa? explain plz.



tapi mmg byk cerita la aku dengar. ada yang tido sorang2, misalnya weekend member balik kampung. katil kosong. toleh2 katil member ada pocong. wtf

tapi aku pernah sekali la. aku tidur sorang2. aku masa tuh 1 bilik 2 org je. ntah macam mana aku berani plak nak tinggal sorang2. biasa kalau sorang2 aku lari pegi bilik member aku je.

aku tidur, angkat tilam letak kat tgh bilik. and bukak 1 lampu je. baru nak lelap, tiba2 pintu bilik kene ketuk kuat gila babi. terkejut la. tapi masa tuh awal lagi blom kol 12 lagi kot. aku x fikir lak budak2 bilik sebelah ketuk. jadahnya nak ketuk bilik aku. semua orang dah diam dalam bilik masing2 kot. aku biar je la. tidur diam2. letak Quran dgn surah yaasin sebelah kepala. punya la takuit


eh tapi sekarang aku dah takut balik la nak tidur dalam bilik aku sorang2. dulu berani je. sebab ada 1 malam tuh aku tidur sorang2. dalam bilik aku, ada 1 rak. rak tuh penuh novel la. susun elok2. tiba2 dah nak lena tuh, aku dengar bunyi macam org kelebet2 novel aku. macam kalau kita nak tarik novel keluar, kan ada bunyi kertas2. hah macam tuh la. aku toleh pandang rak novel, xde plak. last2 aku malas layan dah ngantuk sgt kan, tido je la. kuasa nak fikir. habis la pastuh memang aku tak tido bilik sendiri dah. paling2 lama pon lepak dalam bilik baca novel sampai kol 10, pastu cabut pergi rumah depan


pastuh aku terfikir2. if la one day dapat kerja elok2 sket and duk jauh. kene dok rumah sewa sorang2. ish mampus aku. memang aku tidur malam2 sambil pasang surah yaasin la jawabnya....


lets klik !!

16 comments:

rATu kEBaYA said...

seram... akak pernah nampak hantu badan berbulu hitam kat tepi pintu.. hantu pemalu tu

mEiZ SHA said...

heeeeeeeeee ayok tatayok..:)
penakut ye...:)

Finaz Jaafar said...

wow..klo kte pn cuak !

lalink7 said...

kuat kan hati la Lya..jgn takut sgt..orang tkut lagi dia suka ggu..

heheh..

opis aku nie selalu je aku jumpa2 benda pelik2..tp aku buat biasa sahaja dan cakap elok2..mana tau dia dengar dan phm ape yg kita minta tue..

makdara TERdiva said...

MDT bukan penakut cuma tak berani jer..lain kan??kan?kan?

ct odah said...

weh ko pnye ending tu nk tuju kt aku ke hah..dem u...hahaha t

eiffel said...

ngeng betei komen odah ni!lol~

terus aku lupa nk komen apa!

Cutiesifa said...

seramnya!!huhu..sy pun penakut jugak..sangat x suka dengan tempat gelap n takut tidur sorang2 jugak tp kena tidur sorang2..aiyoo...mari kita sama2 kuatkan diri cik lya :)

niesz said...

waaa!takut giler bab yg dekat katil doule tu...da ley byangkan da...confirm mlm ni niesz tdo bukak lampu..hahaha...

DrSinga said...

Cissssskek betullah terbaca blog kau ni malam-malam!!!

Amy Syaquena said...

Amy pula bukan penakut tapi lemah ssengat je huhuhu~

miss nina said...

sis skip baca entri ni, dah malam la :P

☆aDihAys☆ said...

nape la letak gmbar tu lya oi..

xtdo sy mlm ni..=(..

takut..

DuniakuAbstrak said...

jangan takut sangat n jangan berani sangat..

sahromnasrudin said...

kesimpulannya, jangan duk hostel uitm segamat..mmg mengerikan kan huhuhhh

TEKAteKI said...

peh, nsb baek aq x dok hostel uitm segamat,,
hahaha..
uitm dlm taman..