Wednesday, April 13, 2011

cerita pasal interview

saya nak story pasal interview saya last tuesday
interview kat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kat Menara Olympia
kemain awal okey sampai office. kol 7 pagi. demi menunjukkan bahawa saya konon punctual
sedangkan panel pon tak datang lagi. sebab dalam schedule start 8.30 am
so apa lagi kenyangkan perut kat kantin

8.00 am sharp naik tingkat 2 kat bilik meeting Kurau
eh haruslah nama ikan
kan pejabat ikan tuh. hehe
oh ye pergi sekali dengan ayah aku
tapi dia ada meeting kat LKIM tingkat 10

and suddenly jumpa plak class mate masa kat uitm
dah terus ada geng nak study sket2
oh surprise is yang datang interview tuh baya ayah aku je ada 2 orang
mostly is staff and anak2 staff LKIM
and ada lah sket2 orang luar
and staff ni off course la dorang ni experience dah ada kan
datang interview muka yakin je masing2
stok study perlembagaan lah akta lah.
whut?? aku tak sentuh okey benda tuh
aku sebok study LKIM dengan ada la other parts berkaitan dgn gomen sector ni
ada 4 orang je kot yang age below 26 ni. yang lain aku rasa umur 30-50


oh cakap pasal interview. dia ada 3 panel weyhhhh
2 orang panel LKIM and sorang lagi panel dari kementerian pertanian & industri asas tani
wah aku hafal plak tulis ni kan. siap hafal nama menteri2 lagi.hahaha
kalau tak sebab nak interview, ada yg sampai sekarang aku buta nama menteri

tapi seriously this is my firstttt time interview dengan kerajaan/badan berkanun
LKIM is badan berkanun. sebelum ni aku interview swasta je.
so ni kira experience la. kira okey jugak la panel tuh
panel dari LKIM memang ok. tapi yang dari kementerian tuh memang *&^%$ la.
ok sit dalam bilik interview macam ni





aku tak pernah kene interview sekali dengan 3 orang
serius gerun gila. aku bayangkan muka panel kerek2 je
nak2 bila tengok calom first interview keluar dari bilik interview, muka macam desah and cakap "susah gila".
haaa memang gerun okey. tapi turn aku lambat. second last. aku no. 13 tuh. puas tengok reaksi masing2 keluar dari bilik interview. memang takut la

turn aku dalam pukul 4.00 pm macam tuh.
masa nak masuk, depan pintu tuh selawat 3 kali and masuk langkah kaki kanan, bagi salam and duduk.

and one of the panel "oh ni anak cik kamarudin"
yessss... anak cik kamarudin ni tengah nebes ko nampak tak cik panel?

first panel from LKIM

" kerja cik aini tentang apa? apa yang cik aini buat"

"macam mana kita nak atasi masalah nelayan2 yang suka marah tak puas hati bla2"

" macam mana subsidi diesel yang di beri boleh membantu para nelayan"


ok jump to second panel. LKIM jugak

" bagaimana sesuatu persatuan nelayan tuh boleh maju selain bergantung kepada jualan ikan sendiri"

" mengapa persatuan KUNITA (kumpulan usahawan wanita) tidak berjaya dan kurang mendapat sambutan"

"bolehkah sesuatu persatuan nelayan tuh berjaya tanpa bantuan LKIM"

"bagaimana nak meningkatkan kualiti staff2 memandangkan sekarang kita terima byk komplen tentang service"


pergh soalan dia kan. maut gak weyh. kalau takde info ni sure terkencing nak jawab. tapi the first and second panel alhamdulillah dapat la jawab jugak walau aku rasa macam "eh apa aku mencarut jawab ni". hahahhaa

masuk je third panel yg dari kementerian tuh, dia mmg hamsap la. dia macam nak tembak2 kau sampai kau terdiam dan tak dapat jawab

"apa pendapat anda tentang peningkatan perkhidmatan yang di berikan oleh pihak kerajaan ketika anda berurusan dengan pihak kerajaan "

"kegiatan jenayah yang berleluasa boleh mengakibatkan pelaburan terjejas. pendapat anda"

okey yang 2 ni aku boleh jawab la jugak. tapi muka dia macam tak puas hati la macam nak bangkang yang kita jawab tuh salah. geram je aku tapi muka maintain cool la padahal dalam hati mencarut2 ni. tapi 1 soalan ni memang buat aku terdiam la

"explain relationship between islamic economics and globalization"

whutt ??? kau tau mana dia korek soalan ni. dia tengok resume aku. kan ada list subjek yang kita study masa kat university. one of the subject is islamic economics and globalization. damn u kan. kalau aku dapat jawab pon macam ko tau. kalau aku hentam pon xpe je agaknya. memang aku terdiam la soalan tuh. pastu sinis je dia cakap "hai kan awak study dulu tak kan tak ingat"... ehh dalam hati memang menyumpah2 la aku. eh c'mon la dah 2 tahun aku tinggal subjek tuh kau expect aku bleh ingat ke. saje nak tembak aku kan. gerammmmmmmmmmmmmm

tapi memang mostly candidates yg keluar dari bilik interview sume bengang dengan orang dari kementerian tuh. sebab dia akan tanya sampai kau dah tak bleh jawab. hampeh btol

last2 tuh dia tanya menteri dengan timbalan menteri untuk kementerian pertanian tuh. eh harus jawab penat hafal. hahaha teruk kan nak interview baru nak hafal nama menteri

haihh sekarang dah settle interview baru la lega sket. tawakal je la. insyaALLAH murah rezeki sangkut, kalau takde, belum rezeki ke atau rezeki orang lain dulu. ni yang interview dalam 50 orang tapi dia nak pakai dalam 7-8 orang. huhuhuhuhuhu apsal sket sangat kau nak pakai staff oiiiii


sekarang mari pasang angan2 dulu. angan2 kawen gak besttttt




lets klik !!

8 comments:

DuniakuAbstrak said...

dah lepas azab tu..keh3

YanaMIB said...

yg aku tau interview utk gomen mmg taf..dorg mmg sengaja bg ko sentap, terdiam segala..kazen aku balik interview nangis² sbb kena tibai..haha..tp oke la dia dpt gak keje gomen..ko lyn je karenah dorg..mmg panel interview mcm tu..hehe..all the best babe! ^_^

sahromnasrudin said...

yg saya tahu menteri je huhuhuh..DAto' Seri Noh Omar kan..Ahli PArlimen TANJONG kARANG...sebelum ini menteri MECD ( telah dibubarkan) timbalan menteri johari baharom..orang kedah huhuhhhh

eelobor said...

hehehe, saya ramai kawan2 yang kerja kat LKIM nih. yg kerja kat HQ, kat selangor, perak, kedah, kelantan & lain2 tempat lagi. ini gara2 sebab pernah kursus induksi & BTN sama ngan dia orang

lalink7 said...

smoga rezeki menyebelahimu dearrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...amin!!

cara confident tue dah ade..tawakal je..confirm dpt nnt..hehehe

Dyna Yvonne said...

smga ade berita baik! =)

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

pergh!!! teringat kenangan interbiu secretary kat putrajaya dulu

panel tu siap tanya pendapat tentang secretary yg ada affair dgn bos!

cisssss!

Opah Kentang said...

interview biase la macam tu..
Opah kne interview ng lec pun gugup dye bukan main.
ape2 pun gudluck oke! :)