Thursday, July 14, 2011

pagi yang hujan


alhamdulillah, hujan lagi hari ni
liat btol nak bangun. huhu
hujan lebat wooo. bagus. tak payah siram pokok bunga. kikiki



kesian itik mak aku dalam reban kesejukan

tahukah anda bagaimana hujan terjadi?

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

1) Dialah yang mengirim angin

Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.


2) ....menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”

Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.


3) …lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.


sumber : tayibah.com

semuanya datang dari DIA. atas segala apa pon yang terjadi di muka bumi ini, semuaNYA dari dia dan ada hikmah disebaliknya

Ramadhan dah nak tiba. lebih kurang lagi 2 minggu. tak sabar rasanya. harap2 Ramadhan kali ni macam Ramadhan lepas. cuaca tak panas, macam di tutup awan2. redup gitu. harapnya lah ye

note: siapa tak habis ganti puasa, sila ganti lekas !!


lets klik !!

10 comments:

mEiZ SHA said...

sini pon ujan..best!!
:)

rATu kEBaYA said...

Alhamdulillah...

Hanis MY said...

hujan itu rahmat..bagusnya perkongsian hari ni :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Bestnya hujan..sedap dapat tarik slimutkan? huhu ...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat PJ pun ujan dik.. kelam kabut akak bawak anak2 masuk kereta pagi td... 6.45 ujan turun tiba2 dengan mencurah2... tiada maaf bagi mu.. basah jugaklah walaupun ada payung.. hehehe..

KAMIHIDUP said...

haah, bandar melaka pun hujan hari ni, sedap je tidur. :)

makdara TERdiva said...

errr..banyak ke pokok bunga nak kena siram???? :P

YanaMIB said...

tu lah hope ramadhan kali ni redup je..tp kn klu cuaca sejuk lg senang lapar weh..aaaa =.=

Amy Syaquena said...

alhamdulillah setelah lame x hujan akhirnya hari nie hujan juga...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

hujan pagi tadi.. rasa cam malas jerk nak g keje.. tido pon sodap... hahaha