Wednesday, August 24, 2011

check check



tak sampai seminggu lagi nak raya
mari kita buat checklist apa yang dah apa yang belum lagi settle

1. baju raya - dah siap seminggu berpuasa. hihi. syabas mokcik jahit baju den sangat pantas!

2. tudung nak match dengan baju - dah beli last sunday kat melaka sentral. tapi bila balik rumah, try pakai dengan baju, match memang match. TAPI!! pendek pulak uolss. menampakkan yang tidak sepatutnya kelihatan. kene beli lain.

3. kasut - takde kasut2 nya ye. pakai yang sedia da sahaja. silap2 aku pakai selipar togel je. lantok.

4. balik kampung ? - takde balik ye. kampung memang melaka sejati tulen abadi. tapi kampung terengganu aku tak balik. mama and others balik seminggu pas raya.

5. biskut raya - baru buat 5 jenis. ingat nak tambah lagi 2-3 jenis. dah ada dalam list cuma tunggu masa senggang baru nak buat.

6. zakat - baba dah bayar untuk semua family member. hihi

7. kereta - tak basuh lagi ! weekend ni la baru basuh. to be honest, kereta aku dah 3 minggu tak basuh! sebab macam tak kotor sangat pon. yes I am that pemalashhhh..

8. kek untuk raya - dah siap list. malam raya perang di dapur bikin kek. mungkin 2 jenis kek dan 1 simple cup cake. mungkin oreo cup cake. tengok tahap kerajinan.

9. bilik saya - sumpah tak kemas lagi. macam kene bom. baju tak lipat ada dalam bakul. langsir tak cabut lagi untuk di basuh and tukar langsir lain. lantai belom mop. tingkap belum lap. kipas belum lap. bilik air belum basuh (sebab hari2 aku just campak kan floor cleaner kat lantai and just gosok2 dengan berus je, so takde la haru beno ghupenya). Semuanya kene settle weekend ni !

10. rumah - tingkap dengan kipas dah cuci before puasa. Langsir baru basuh hari ni. Nanti weekend baru pasang langsir lain. Tapi perhiasan dalam rumah belum lap, karpet belum vacum, lantai belum mop. Semuanya weekend kasi settle !!!

11. Pelita - baru start pasang malam tadi. Tapi macam sket plak. Ada 10 batang je kot. Nanti kene tambah lagi. Kasi bercahaya sket. Tapi macam last year aku beli lilin yang kecik2 tuh, letak atas tembok. haha dah macam dipabali pulok !

12. Bendera - dalam pada syok nak raya, jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang jugak ye. Kami baru pasang semalam, bendera yang kecik2 bertali tuh. Bendera banyak2 last year omak den lupo lotak mano eh ! Boleh? Abah den koba nanti nak beli lain. So patriotic my daddy. woooo ~ ~ anaknya? Prett..

13. By this saturday, semua family member akan cukup ! Adik yang Egypt esok akan sampai kat KLIA. Adik bujang nan seorang di UiTM P.Pinang akan sampai Sabtu pagi.

14. Daun ketupat belum cari. Mak abah den ghoti la nganyam. Anak2 eh.. nan hadoooo

15. Ayam & Itik untuk menu raya - Sedia ! sedia untuk di sembelih laaa wahai ayam dan itik di rebannn

okey itu aje. uoolss punya checklist macam mana
harap2 sket2 dah ready la kan
nanti last minute terkejar2 plak, tak sempatss
yang nak balik kampung jauh2, jangan lupa service kete ye
ok sambung main farmville. buhbye !


lets klik !!

13 comments:

wahida said...

keta dah service lom? penting tu...

Amy Syaquena said...

Akak tudung x de lagi , ingat esok baru nak pi cari yang lain semua ok dah kot hehe..



http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

YanaMIB said...

meriahnya checklist raya ko..jeles tahu?? grrr~ aku ni baju raya pn nan ado lagi..sobsob..dasar raya kt bandar mmg sume nk last mnt..adeh~ =.=

kuih raya mmg xbuat sbb biasa x mkn pn cam membazir..aku wat kek batik je nnt sbb cam mengidam..bab mengidam wajib ditunaikan nnt ank xberenti leleh air liur..wahahaha~ weh ko melaka katne?? laki aku kg melaka gak =)

Ezad Skytech said...

banyaknya checklist..sy pon nak kena buat ni..rasanya banyak yang belum settle..hee~

ct odah said...

mak apak mnganyam ketupat...ank eh mngenyam..hahaha

sahromnasrudin said...

tayar ok ke tak?? takut botak je

makdara TERdiva said...

er...er..puasa cukup dok?
hehehhe

Umedia Network said...

Alhamdulillah. Dah lengkap. huhuhu. :)

fairus said...

SUDAH PASTI ADA YANG TAK TERTINGGAL?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. semangat giler ko nak raya kn.. padahal pose xpernah penuh :) ada hati nak raya :)

Wani said...

hamboyyy, semangat ghayooo ni :)

Hanis MY said...

Bestnya dah nk complete tinggal nk mekup kete je... Nnti citer psl raya sure meriah

Afzainizam said...

TINGGAL CARI SONGKOK AJERRR TUNGGU HUJUNG SIKIT NAK RAYA BARU BELI....

OOHHH ADA LAGI NAK CARI SLIPAR BARU
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup