Thursday, August 25, 2011

Panduan Solat Hari Raya



lagi beberapa hari je Ramadhan akan meninggalkan kita, dan Syawal pula bakal tiba
moga di panjangkan umur untuk bertemu dengan Syawal yang bakal menjelang tiba ni
dan juga di panjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang
insyaAllah

so dekat sini nak share panduan solat sunat hari raya
solat ni kan setahun sekali
so mana la tau dah terlupa ke lafaz niat dengan bacaan tasbih *highlight untuk diri sendiri*
tapi takpe. nanti pon before solat raya imam akan bagitau jugak lafaz niat dengan takbirnya
tapi aku nak lah jugak panjangkan ilmu
memandangkan blog ini lately berkisar makanannnnn sokmo
so bagi can aku kutip sket pahala share ilmu dengan kawan2 semua. InsyaAllah


Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:


2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:


4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.


Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.

sumber : al-azim


lepas solat hari raya tuh, kebiasaannya akan ke kubur pulak
kubur arwah atok & nenek serta kubur saudara mara lain yang dekat dengan kubur arwah atok & nenek tuh
ni pon tunggu adik bujang balik, dia p kubur bersih2kan apa yang patut, tukar kain putih kat batu nisan tuh

oh hari ni birthday my adik bongsu. Sweet 17 yauu. so nak tunggu adik bujang balik hari sabtu, baru celebrate. ingat nak godek cake sendiri. tengah google resepi buttercream ni. any idea or resepi? bleh share. hamba nak belajar men-deco sendiri. *walau tak kreatif mana*. pftttt


lets klik !!

9 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

thankz for the info cik lya.. hehe.. aku pon xtau la dapat g solat raya ke x tahun ne sebab aku kene keje :(

jedi said...

thanks...

YanaMIB said...

xsbr nk solat raya..dh byk thn gak aku peot time raya..isk..thn ni kompem xpeot so oke la..hihi~

sentimental dow kakak mcm ko..siap nk adun kek besday sendiri..auww~ ^__^

ct odah said...

dtg la bek ko buat kn kek tok jieha....klu tak,..hnya aku je yg tau...hahahahaa

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

harap2 dapat pg solat raya...

Fadzli Amir said...

tahun ni solat raya di tempat mertua.....tak semeriah dikampung sendiri....hehhehe...

miss nina said...

thanks for sharing lya :)

Hanis MY said...

arigatou lya comey.. sedihnya ramadan dah nak abis wuwuwu...

Afzainizam said...

EEEMMMMM SOLAT NI SUNAT TAPI.... RASANYA MASJID PASTI PENUH SESAK UNTUK SOLAT RAYA NI.....SEMUA ORNG BALIK KAMPUNG
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup