Friday, August 19, 2011

sepupu aku excident..

hari selasa, masa on the way nak balik koje, around 5.30 ++ macam tuh adik aku sms bagitau cousin aku excident
excident kat Londang
masa tuh dia on the way nak p keje
keje kat Sun Power kat Rembia, Alor Gajah
dia dapat tau pon sebab ada jiran tuh, kebetulan dia lalu kat tempat kejadian
dia balik bagitau mak aku

then malam tuh call kakak dia
masa tuh dorang pon tak bleh nak cakap apa lagi sebab sepupu yang excident tuh still dalam bilik rawatan
masa tuh la kakak dia cakap, dia rempuh belakang kereta. motor hancur.
tak tau la sebab apa kan. tak sempat brek ke apa ke

pastu malam kelmarin tuh abang mangsa plak datang rumah sebab nak tumpangkan adik dorang kat rumah aku
masa tuh la citer2.
abg dia cakap, kaki dua2 patah.
sebelah patah 1. sebelah lagi patah 3. pastu ada macam tulang hancur sket.
so hari rabu tuh masuk operate pasang besi kat kaki.
sekarang still ada kat Hospital Putra.
yang makcik aku (mak mangsa) sampai dah demam2.
yela terkejut kan. kejadian tak di sangka.
aku pon masa adik aku bgtau tuh terkejut tapi cepat2 kawal sebab tengah drive masa tuh.
terus takut. bawak kete slow2. huhu.



semalam plak masuk paper Sinar




click picture for large view



beliau semasa berhari raya tahun lepas di rumah aku.


ish macam2 lak jadi kan. malang tak berbau.
dah nak raya ni. kurang dah sorang anggota berhari raya. tsk tsk tsk
kaki dua2 dah bersimen berbesi tuh. hurmm. ni esok nak p tengok after koje. ajak cik odah teman
sama2 doakan lah agar dia tabah. ni pon pakcik aku kabo, dia dah menangis2 masa cakap kat phone dengan bapak sedara yg lain.
ish sakit la kan. tak dapat nak bayangkan. kita ni terseliuh sket dah menjerit. inikan kaki patah 2-3.aduhai..
semoga dia tabah dan dapat sembuh seperti sediakala. insyaAllah..


lets klik !!

14 comments:

eelobor said...

begitulah orang cakap..."kemalangan tak berbau" dia sape nak jangka bila & bagaimana kemalangan boleh berlaku. minggu depan bermulalah cuti perayaan dan warga2 yang berkerja di kota raya akan mula meninggalkan KL menuju ke kampung masing2.

di kesempatan ini, saya ingin memesan pada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain agar kita semua berhati2 dan saling menghormati perasaan pemandu2 lain.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Berhati-hati di jalan raya ... :(

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

salam takziah adari aku kepada apa yang ditimpa oleh sepupu ko tu ek.. hope cepatlah belaiu sembuh yerk.. aminnnnnn

sahromnasrudin said...

YA ALLAH...semoga awak berhati2 semasa memandu ya..kalau leh, janganla naik motor tau..

gadisBunga said...

malang tak berbau. semoga cousin awak cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.

this lately saya dah tak berapa berani nak bawak lelaju dan mata pun asyik padang cermin belakang sebab takut kene rempuh dek kereta atau moto atau lori yang tak sempat nak brek. malang tak berbau. minta2 dijauhkan...

YanaMIB said...

uish kazen ko tuh?? klu msk paper mmg dasat lah eksidennya..adeh~ hope dia dpt lwn sakit dia..and cpt sembuh..ko pn hati², jgn nk jd pelesit sgt ats jln...=)

atty's said...

semoga cousin lya cepat sembuh
kita pun kena hati2 di jalan raya..

Mak Su said...

berhati hati sentiasa. takut dengan berita berita eksiden ni. hati cepat sebak

miloais said...

kesiannya.....
semoga segera sembuh ye...

Dyna Yvonne said...

salam takziah utk famly cuzen awk.

fairus said...

HARAP-HARAP CEPAT SEMBUH...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tulah org kata malang tak berbau kan.. walau dah hati2 nak kena.. kena jugak.. moga kazen lya segera sembuh..

re: kuih raya lom mula buat lagi pon.. lom dtg seru.. hehee.. entah2 main tunjuk2 je kot.. mood mengukis kureng sketlah skrg nih.. kalau ada pon.. nak tiru2 kukis kengkawan je kot.. try resepi baru.. hehe..

DeLancrettLurpak said...

kesiannya dkt mak mangsa, sampai demam..isk!

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit

uihhh aku ada baca rupanya sepupu ko.... aduhhh nak raya ni...