Thursday, September 8, 2011

berjaga-jagalah semua


last Monday, adik aku tinggal sorang kat rumah
yang lain sume kerja/sekolah
dia ni sebab unibesiti masih cuti, so terbelahak kat rumah sorang2

and around 10-11 am macam tuh
ada 2 orang lelaki datang
menurut adik aku, mukanya macam muka pecah rumah. *erk*


ada orang bagi salam. adik aku just bukak pintu sliding sket je

lelaki : ayah ada kat rumah?
adik aku : xde. ayah kerja
lelaki : mak ada?
adik aku : mak pon takde. kerja
lelaki : hurm macam ni. ayah adik ada beli produk kesihatan dengan company bla2. kitorang ni dari Melaka. so nak follow up bla2
adik aku : produk apa?
lelaki : produk kesihatan bla2 *tak ingat nama produk apa *
adik aku : nama ayah saya tau ?
lelaki : hah takde ayah adik memang ada beli produk kami bla2
adik aku : takde2. salah kot

terus tutup sliding door, cek semua pintu kunci ke tak, siap2 jatuhkan langsir!

pastu adik aku kata, orang tuh tak blah lagi. dia duduk melepak depan beranda kitorang tuh, sampai ada 1 van pick up dorang

bengong kan. aku rasa orang jahat je tuh
sekarang taktik macam2
nampak nau la menipu. ayah aku makan ubat hospital je bongek oiii. dengan guna produk annusyrah. itu pon ayah aku sendiri yang agent nya.
plus, nama ayah aku pon dia tak tau

nasib baik adik aku bijak tak bukak pintu. buat nya dia mamai2 ke sebab baru bangun tido, ishh mintak jauhkan lah...

mungkin orang ni dah perhati kan, adik aku ni memang tinggal sorang2 je kalau antara waktu pagi sampai tengahari orang balik sekolah tuh
hah dah pasni aku plak yang takut nak mengular keluar malam2

hah korang ada tengok tak video yg kedai mamak kat shah alam kot, yang kene rompak dengan laki berparang tuh. ish serius takut
tak nak lepak mamak malam2 dah pasni
dok umah baca novel je diam2 okehh


jika anda tinggal seorang, pastikan semuanya berkunci. kalau agak2 ada orang mencurigakan ke, call orang terdekat anda. kalau takut call polis je senanggg



lets klik !!

14 comments:

Amy Syaquena said...

BAhaya juga tue , kalau akak biar la orang bagi salam , kalau x kenal x de makna akak nak buka pintu , takut bahaya sekg nie..

Musang said...

manusia sggup laku apa saja kerana duit

mEiZ SHA said...

TAKOT DA NAK LEPAK MAMAK STALL...
seram||!!

YanaMIB said...

skrg xkesah dah, rmh tu penghuninya laki ke pompuan, klu dh nafsu merompak tu dtg dorg belasah je la kan..syukur la adek ko x diapa-apakn..mmg nmpk sgt dorg dh perhatikan rmh ko..len kali soh amek gbr and no plate van dorg skali aa..hoho =)

rATu kEBaYA said...

baru2 ni rumah sebelah akak tu rumah kosong.. 2/3 hari ni ada bunyi org ketuk jam 8-9 mlm.. sekali check rupanya ada org tgh pecah rumah tu untuk ambik wayar yang tanam dalam dinding.. hish.. melampau betullah..

KAMIHIDUP said...

wah bahaya tu, hati-hati semua. :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huh seram gak ni ...rasenay mmg nak menipu la tu ...lagi trok nak rompak ...seb baik adik lya pandai tanya nak ma ayah sume ...ish...kna lebih berhati2

wahida said...

ish...takutnya..mcm2 taktik dorang ni...nasib adik ko amek langkah bijak tak percaya dorang tu...


sekarang kat umah sendiri pun dah rasa tak selamat...huhu...

miss nina said...

next time hati-hati lya
~ call je polis. cakap kat stranger, cik nak saya call polis?

option lain: jiran saya ni polis. takpela..biar dia je yang sembang dengan encik

kisahnya buat je camtu. biar diorang rasa seram sejuk.

Ezad Skytech said...

kena makin hati2 sekarang ni...

gadisBunga said...

mmg suspicious! baik hati2 extra sekarang. take no chance. takde tempat yg selamat dah sekarang ni~

sahromnasrudin said...

alhamdulillah, adik awak tak buka pintu..klu tak, tak dpt nak bayangkan huhuhhuhu....ngeri la dgn taktik zaman skrg kan

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

betol tu.. sekarang ni orang jahat mmang macam2 jenis.. kampung aku ari tu, mase bulan pose bper bnyak rumah yang kena pecah..

DrSinga said...

cakap lah..
'abah saya polis tau...!!!'