Friday, September 30, 2011

orang perempuan tak payah kumpul duit ke?

salam semua. sudah hari jumaat ye. kejap je masa berlalu.
and hari ni adalah hari terakhir dalam bulan september.
saya nak bagi ucapan, kepada account department, cepat2 sket issue gaji tuh. gua nak pergi serang Popular bookstore !!!

oh ye nampak tak tajuk i di atas?
"orang perempuan tak payah kumpul duit ke?"

ok begini ceritanya
mak ni dah 24 nok. lagi 5 hari je nak genap 24 ni.
maka di ambang umur2 ini, banyaklah mulut2 yang bertanya. bila nak makan nasi minyak la, itu la ini lah
hello! nak makan nasi minyak, masak sendiri boleh kot
PANG!

paling tak bleh blah, aku ingat masa bulan pose
bawak ayah aku p jalan kat bazar
sekali jumpa kawan dia jual murtabak
bleh tak kawan dia tanya, "din ko bila nak menjemput ni"

helooo pakcik
aku elok je kat sebelah bapak aku ni.
punya maut soalan kau
adik2 aku siap sengih2.sedia la nak bom aku tuh kang

and then masa raya
ada lah cousin2 dengan mak sedara tanya
pasal pakwe la
bila nak kawen la
well aku rasa aku tak suka guna terms pakwe tuh
macam tak serius je. macam untuk main2
ntah. lain orang lain pendapat
bagi aku. aku suka cakap, contohnya begini, "adalah tengah berkawan dengan some1 ni, tengah tengok keserasian"
contoh ye. dont take it serious plak!

and bila yang serbu tembok sket, soalan ala2 petir gitu
"bila nak kawen!"
very the straight uols
aku pon confident la jawab?
"relax la. tengah kumpul2 duit dulu"
lantas orang yang bertanya tu jawab balik
"eh ko perempuan buat apa plak kumpul duit. semua orang laki bagi"

eh gitu kewww???
orang perempuan tak payah kumpul duit meh?
perlu la kan. sekarang ni kos tinggi
kot semua nak pas kasi orang laki, botak la kepala dia weyhh
and dia bagi duit hantaran dengan mas kahwin je kan
ingat kenduri kawen ni sket?
harus la perempuang kene tolong2
lagi pon, even kita ni anak perempuan,parents tanggung ke, but still kene tolong kan
wah kalau tak payah simpan, senang la hidup aku
berjoli je lah perabih pitih. pfftttt
kata kawen ni perkongsian hidup. so kita haruslah jugak share sedikit kan dari sumber kewangan untuk melaksanakan majlis tuh
eh ke macam mana?
yang dah kawen sila bagi pendapat.

yang aku tiba2 masuk bab serius kawen ni apehal?
ok mute !


lets klik !!

11 comments:

Musang said...

mulut manusia xkan berhenti..sekarang tnya bila nk kawen..bila dh kawen akn tnya bila nk dpt anak pulak huhuhu

oya said...

soalan cepu emas tu..
kite pun kena kan..skang sume price dh naik..adeh!

butterfly said...

mmg kena simpan... xkan nk harapkan org sebela tu je kan..

miloais said...

depa akan tetap bertanya
tanpa rasa letih beb...

iols dulu pun penah lalui dulu...
tapi sokmo iols tak jawab - takat senyum jahhhh
malas nak layan soalan2 gini
kang kalo jawab - iols bagi jawapan laser - mau makcik2 tu sentap kan???
ekekekeke

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dengarlah nasihat ni ...KENA simpan duit ....sebab bila nak kawen nanti ...misti kita nak buat yang terbaik..so masa tu la banyak duit nak guna ..walaupun tambah sikit2 ..bila kira balik banyak rupanya o.k...panjang lebar pulak komen ni hah ....hahahahha

sahromnasrudin said...

pas kawen - dah berisi ke lum

dah berisi - nak pantang kat ne?? makan jamu ape?

dah sekolah - anak periksa no berapa...

dah upsr - ari tue result brp erk..

itu semua soalan klise huhuhuhhhh

rATu kEBaYA said...

harus kumpul duit.. nanti dah kawen nak hadap muka sama2 kalau ada simpanan boleh share sesikit.. mana tau terdesak.. kang ada yang jd perampok lak bila pening nak cari duit..

Miss A said...

eh..manade.. tak betul tu.. kita ni sbg perempuan kena gak la mnyimpan.. walaupun dh kawin nnt kite xleh agak ape akan jadi.. kut2 ada emergency kan.. biarla ade duit lebih, jgn xde duit lgsung.. kn?

CikPuan Fara said...

kena menyimpan jugak sis.. walaupun tak byk.. nnti ms wedding mesti ada jugak nak top up brg2 hantaran la doorgift la.. neway, mekasih komen blog akak :)

ct odah said...

eh aku yg tak kwin ni nk bgtau ko la,..cewah,,ni tgk dr pngalamn akak2 aku...dorg smpan dt sndri..sbb nti wat hntaran ke ape2 ke tok mjlis tu mst nk bli ape2..takkn tu pn nk gne dt hntaran laki bg...ble lak nk dpt..ade dt sndri snang je...klu tade dt,,takkn nk bli bunge nk bt sireh junjung tu pn nk p mntak kat mak apak...ko pnjg kn..ade lg,,,tp mls nk ckp...haha

miss nina said...

penat kan nak menjawab soalan dari orang. hm.. kadang tak terlayan , biarkan je