Tuesday, October 4, 2011

cinta saya



eh bukan2. tajuk saje bikin panas
nak kepoh pasal drama baru kat tv3
well baru tak baru sangat la. malam ni dah masuk episod ke-4 kot
drama bertajuk Cinta Elysa

sebab apa aku suka drama ni
sebab.......................... macam novel! hahaha
and kalau tak silap penulis skrip dia Sharifah Abu Salem
dia ni penulis novel yang bestttttttttttttttt sangat
so cerita ni pon macam feeling2 novel gitew
yela takkan nak mentioned doplohpat kali bahawasanya aku ni peghantu novel
kaki berangan tak sudah2. pfftttt

eh tidak ye. saya baca novel bukan atas dasar dapat berangan lelaki kacak
oh tidak!
ia adalah untuk memantapkan penggunaaan tatabahasa dan pemahaman supaya lebih power!
ha ha ha ha ha
alasannnnnnnnnnnnn

eh melalut sudah. motif utama entry ni nak kepoh pasal drama Cinta Elysa ni je.hihihi



sinopsis drama, sedikit sahaja tulis di sini ye

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.


seterusnya bleh baca dekat tv3.com.my


jangan lupa kepada peminat drama2. hari selasa jam 9.00 malam okehhhh. wah baekkk punya promote. hhihihihi


note: counting to 12am malam ni !!!!



lets klik !!

7 comments:

miloais said...

iols tak penah tengok cerita ni...
so tak bleh nak komen ye pasal cerita ni!
hiks

tieha ismail said...

buat frust aje bacaa novel...susahlah nak cari lelaki macam dalam novel tu...huhuh

Amy Syaquena said...

sempat tengok kejap je cite nie huhu...

redza said...

drama, novel semua tu aku xminat

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

aku jarang ar nengok tv.. drama2 ni pon kurang hafal.... anti ko story je la kt aku ek :) haha

Nashays said...

hurmmm aku ni kalau dah namanya fasha sandha payah laa nak lekat lelama depan tv

gadisBunga said...

kita suke citer ni sebab ada si botak tu. heheh~