Friday, October 7, 2011

Dia Untukku



aku nak share something
malam tadi, malam jumaat,macam biasa la
menonton Semanis Kurma
aku lately suka rancangan ni
memang banyak manfaat dan ilmu yang akan kita dapat
bukan untuk orang kahwin je
sebab topik yang di kupas setiap minggu adalah pelbagai

macam malam tadi tajuknya "Dia Untukku"
jemputan adalah Imam Muda Asyraf and his wife
sweet sangat. wife dia sekali tengok macam Heliza pon ada gak

oh ye. topiknya macam lebih kurang macam mana kita nak tau dia jodoh kita
macam ustaz asyraf tuh kata, masa first time dia nampak wife dia tuh, dalam hati macam terdetik "dia ni kot..."
and macam mana one day, kebetulan dia involve dalam 1 acara bagi biasiswa and kene bagi kat rumah penerima, kebetulan penerima tuh wife dia
and dia bercakap dengan mak wife dia (masa tuh belum wife la)
and dia jatuh pada hati pada mak nya itu
bukan jatuh hati macam mana
pada perwatakan, percakapan, budi bahasa
and dalam hati dia berkata, "kalau mak nya macam ini, anaknya mesti macam ini juga"
and Allah macam bagi jalan tuh clear. Imam Muda cakap pada mak dia, and bla2, kahwin..
tengok, jodoh orang, lancar je aturan dariNYA

Imam Muda pon ada cakap
macam sekarang yang couple bagai ni
kalau boleh jangan asyik nak berjumpa je
maknanya, jangan layankan perasaan nak berdating sokmo
contohnya, tengok cite Korea, romantik cintan2, teringat kat pakwenya. terus nak jumpa
beliau kata, apa kata kalau macam kita ada minat, contoh pada bidang fotografi, masa lapang pergi la tangkap gambar ke apa ke
buat aktiviti yang berfaedah
sebab bila berdating bagai ni, berdua ni, syaitan adalah yang ketiga
sendiri patut tau kan

and wife Imam Muda pon ada cakap
sebagai perempuan, kita kene pandai jaga diri
contohnya, ibarat kucing dengan tikus
kalau lelaki adalah kucing dan perempuan adalah tikus, akhirnya kucing akan memakan tikus
makanya, sebagai perempuan, kita kene kuat
jangan biar dimakan. kene lebih kuat dari lelaki
bukan kuat macam mana. kuat dari segi mempertahankan maruah diri, menjaga diri sendiri

and Imam Muda pon ada cakap, even hadis (kalau tak silap) ada cakap, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya

bagaimana nak jadi baik? dengan memperbaiki diri sendiri supaya menjadi lebih baik.bila diri sendiri dah diperbetulkan ke arah yang lebih baik, maka InsyaAllah Allah akan mempertemukan kita dengan jodoh2 yang baik2

lagi 1, Ustazah Bahyah ada cakap, jangan sesekali memperkatakan perkahwinan itu adalah perjudian. sebab ada orang cakap, perkahwinan ni umpama perjudian. nasib baik, berjaya, tak bernasib baik, gagal. tak elok samakan perkahwinan dengan perjudian. sebab judi tu kan haram. Kerana perkahwinan itu adalah ibadat.

and kepada yang belum bertemu jodoh (termasuk hakuuu), berdoalah semoga mendapat jodoh atau dipertemukan dengan jodoh yang sebaik-baiknya. InsyaAllah

lagi 1. Ustazah Bahyah ada bagi 1 tips. Pada hari lahir kita, berpuasalah ye. puasa sunat dan berhajat/berdoa, meminta Allah memudahkan jodoh untuk kita, jodoh yang baik2. and apa2 doa yang kita hajati. InsyaAllah...

oh ye ! Ustazah ada bagi doa! tapi uols kene rajin2 bukan Quran / google sendiri lah ye
sebab doa ni dari ayat Quran

1) Surah Al-Mukminin Ayat 29
2) Surah Toha Ayat 131 & 132
3) Surah Anbiya Ayat 89

rajin2 bukak Quran ye

and pada akhir rancangan, Ustazah ada bagi 7 kesimpulan la
tapi Ustazah cakap laju bonaaa, tak sempat nak take note. huhu
ni sket lah ye yang aku dapat
- Perkahwinan yang diredhai adalah perkahwinan yang dilangsungkan mengikut al-Quran and Sunnah. Hantaran adalah tak penting, yang penting adalah mas kahwin nya. Tak guna perkahwinan gilang gemilang meriah bagai, tapi tak mengikut landasan agama kita. Pengantin popular harus take note

- Mesti mendapatkan keredhaan dari ibu bapa, dan paling penting, keredhaan Allah s.w.t

- Banyyakan berdoa pada waktu mustajab, solat hajat, solat taubat, istikharah

entry ni bukan nak tunjuk baik. tapi perkongsian. peringatan untuk semua terutama diri sendiri. semoga kita menjadi lebih baik, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada diri sendiri, keluarga dan Allah s.w.t

sekian.


lets klik !!

11 comments:

miss nina said...

sis suka sangat entri ni. lya pandai buat rumusan. how sweet. thanks for sharing. cinta Allah biarlah mengatasi cinta segala yang di dunia Lya, insyaAllah hati lebih tenang.

~salam jumaat lya

rATu kEBaYA said...

akak pun suka gak tgk semanis kurma.. banyak info menarikkan.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Perkongsian yang baik..:) :)

Ezad Skytech said...

hari tu da tengok da iklan program ni..tapi lupa nak tengok...hee..

banyak manfaat entri yang lya sampaikan ni...siap dengan ulasan lagi tu..:D

semoga kita berusaha untuk jadi lebih baik..:)

Amirah Adnan said...

semoga die mmg untukku :) hehe..

semalam tgk kejap jek.. tu pon sbb kwn mira yg suh tgk, kalo tak taktau tajuk ape..

semoga Allah ,meredhai hubungan..dan semoga kite semua sentiasa dlm landasan yg benar..amin

YanaMIB said...

sejuk ati bc entry ko nih..heee serius tau! siap ulasan bagai..terbaekk ah..ermm dh psg unifi kt rmh aku sok br senang sket nk tgk rancangan2 gini..huhu~

oya said...

restu ibu bapa tu penting kan

wahida said...

nice n3 nok...


pas ni time beday aku nak puasa la...

redza said...

ilmu yg baik perlu dikongsi bersama..terima kasih

ct odah said...

aku tak sgka ko mcm ni..haha...tp aku ske..ko dah berubah skang..ALHAMDULILLAH..........

yusuf mujahidin ™ said...

bagus topik Dia Untukku ni