Thursday, November 10, 2011

rakyat malaysia rajin bekerja?


tadi on the way pergi kerja bukak radio Era
dorang bagi tau tentang ini

"kajian sebuah syarikat antarabangsa menunjukkan rakyat malaysia adalah antara yang paling rajin bekerja di dunia"

lepas tu biasa la ramai la caller telefon nak bagi pendapat
ada yang setuju ada yang tak

lepas tu ada la 1 caller wanita ni

perbualan lebih kurang macam ni la:

caller : saya kurang setuju dengan kajian ni

dj : kenapa pulak awak tak setuju

caller : sebab saya rasa saya sendiri pon ular sawa. mengular jugak kadang2. lepas tu kalau rakyat malaysia yg rajin kerja, kenapa setiap hari khamis ramai je yang pakai baju batik ada kat shopping complex

dj : hahaha kalau dah pakai baju batik tuh tak payah la pergi shopping complex. tak perlu lagi la nak bagi tau ye sektor mana yang pakai batik ni.

dj 2 : lain kali kalau pakai baju batik, buat macam budak sekolah. spare baju dalam beg, nak mengular p tukar baju dulu


*perbualan lebih kurang gitu lah ye*


haha adoi lawak. siapa yang dengar radio era pagi tadi, yang ada dengar perbualan ni tau kot
dah tak pasal2 terkantoikan diri sendiri yang pakai baju batik tapi ular sawa

tapi tuh la kan. tak semua kot. ni spesis yang tak jaga nama baik organisasi je.
tak kan dalam 1 tandan pisang semua busuk ye tak
pasti ada yang elok2 sedap di makan gitew

pada pendapat aku lah, 50-50 kot
ada yang rajin ada yang tak
dalam 1 organisasi tuh tak kan semua perfect
macam aku. masuk kerja terus update blog
guana tuh? hahahaha lempanggg
tapi lepas update blog terus kerja ye
aku tak suka kerja tangguh
sebab nanti esok2 tambah kerja lagi sudah2 kerja aku mampus tak siap
apa2 pon, nak cari rezeki yang halal kerja tu biar ikhlas
jadi ular sawa sket2 takpe kot
jangan tiap2 hari jadi ular sawa sudah
lama2 dari kau jadi ular, tiba2 bos kau jadi naga, fire kau terus rentung
hahahaha

ish tak sabar tunggu hujung bulan
manager cuti 1 minggu
ada can la aku nak jadi cacing kerawit
ngeeeeeeeeeeeeee


lets klik !!

8 comments:

Odah + One = OdahOne said...

rkyt msia mmg rajin bkerja cuma certain org yg malas...hoho...tapi, negara kita byk sgt cuti kan..tiap kali cuti semua blk kg & jln jadi jammed...adush

redza said...

err aku pun pagi2 terus mengadap pc..baca blog, fesbuk hehe

miss nina said...

lya..lya..sangat kelakar okay entri ni. ular sawa la, ular batik la, naga la, cacing kerawitlah..macam-macam ada kan?

wahida said...

yg pakai baju batik hari khamis ada kat shopping complex tu bukan semua...masih ramai lagi kakitgn awam yg bekerja dgn cemerlang...

dorang bukan nampak semua tu....nyampah...

KAMIHIDUP said...

yang rajin pun ramai, yang malas pun ramai. :)

Ros said...

salam Lya,

Kak Ros pun rasa macam tu la jugak,nak kata 100 peratus rajin kerja,dak kut.... 50-50 mungkin...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huhu..siap bagi contoh baju batik tu yang tak tahan...huhuhuhu...sabo jolah....kalau ade meeting contoh macam kat bangunan Mid Valley ..kna la elakkan lalu kat shopping complex mid tu ...kalau tak kompom org kata ngular walau pun just lalu :P:P

Ezad Skytech said...

hee..kelakar pulak bila baca entri ni...haa..sape2 yang suka mengular tu mesti sentap..hee...