Tuesday, December 6, 2011

ber-Ombak Rindu

akhirnya dapat juga cari masa senggang nak pergi nonton Ombak Rindu !
so hari Ahad dengan 2 lagi bespren ke Jusco Bandaraya
gila semangat nak dapatkan tiket 11.30am !!!
huehuehuehue clap clap. usaha tangga kejayaan !





ye minah tudung pink yang excited dengan tiket beliau
dah la muka besar pasu >_<


tak habis-habis dengan tiket dia tu
lempangkan sket!





sinopsis dari mata sendiri :

Izzah (Maya Karin) adalah budak dari kampung yang dijual oleh pakcik dia kepada seorang tauke kelab malam. Hariz (Aaron Aziz) beli Izzah dari tauke kelab tu untuk dijadikan perempuan simpanan dia. Izzah mintak Hariz kahwin dengan dia untuk jadikan hubungan dorang halal and Izzah janji tak kan tuntut sebarang hak sebagai seorang isteri. so dorang kahwin kat Thailand. dalam masa yang sama, mak si Hariz, Datuk Sufiah (Azizah Mahzan) dah plan untuk kahwinkan Hariz dengan Mila (Lisa Surihani). so bila dah lama2 Hariz dengan Izzah, dorang fall in love la and Hariz cakap nak cancel wedding dia dengan Mila and.... pergi tengok sendiri kat wayang tak pon tunggu cd cetak rompak keluar. huehuehueheue


so overall from my point of view

- tak fair la nak compare dengan novel. walaupun aku dah baca novel dia lima namblas kali and agak hafal la plot novel, off course ada lain sket. ni kan adaptasi je. so kalau nak ikut novel betul-betul, mau filem yang 2 jam ni jadi 8 jam. haaaa kau kira berapa kene bayar nak beli tiket wayang nanti. hahahaha

- aku suka part yang dorang p nikah kat Thailand tu. pas nikah, Hariz kata dia bagi jam tangan dia sendiri sebagai hantaran. pastu Izzah pon bukak jam dia and bagi kat Hariz, as hantaran jugak. gila sweet ! aku pon kahwin nak buat camtu la. save budget! hahahaha

- lagu tema Ombak Rindu yang Hafiz & Adira nyanyi tu memang gila best. setiap kali lagu tu keluar sebagai latar pada certain babak, rasa cam sayuuuu je. * hati tisu*

- wey ada 1 part aku nangis ok! hahaha ok takde la meleleh tapi bergenang kat mata la. masa tu Hariz dah kahwin dengan Mila. kira kahwin 2 la kan. pastu dia terjumpa Izzah kat kenduri rumah pak dollah. pak dollah is hariz punya driver la. so masa jumpa kat kenduri tu, Izzah terkejut and terus masuk bilik. Hariz ikut. Hariz cakap kat Izzah,dia minta maaf and rindu sangat kat Izzah. Hariz nangis plak tuh. woi sedih gila hoi! nasib aku tak meleleh je. hahaha

- paling macam tak logik adalah masa Mila baru sampai kat airport tu. dengan rambut pelesu dia, pastu reporter dengan peminat2 dia macam plastik je. muka yang berlakon jadi peminat Mila tu macam nak tak nak. haha. tu 1 je kot part yang spoil

- part paling sweet bila Hariz baru balik kerja, and Izzah sediakan minuman nak bawak p kat Hariz. sekali tengok Hariz tidoq. pastu Izzah duduk kat sisi dia, and lentok kan kepala dia kat bahu Hariz. pastu Hariz yang tidoq tuh tersedar and dia pon belai-belai si Izzah itu. ok pitam sekarang sebab gila romantik si Hariz tu. die die die

- Hariz a.k.a Aaron Aziz memang kacak gila. aku rasa 80% aku concentrate tengok dia je. hahaha matiklah bias tak nak concern kat watak lain =P

- aku suggest korang yang dah tengok Ombak Rindu tapi tak pernah baca novel dia, sila pergi beli novel. sure korang lagi pitam baca sebab gila babs punya best novel dia. okey sini aku list siri novel dia ye :

1) Ombak Rindu
2) Cinta.. Tiada Akhirnya
3) Rindu Cintaku

okey pergi cari novel dia sekarang pada yang belum baca tu, sila baca
sure baca nanti nak stop pon fikir 2-3 kali sebab GILA BEST novel dia okey !!!



lets klik !!

12 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

wahh akhirnya dpt gak Lya p tengok ekk..echa masih lagi tak dapat tgk.tiket habis huhuhu

sahromnasrudin said...

mmg best kan, dik..sgt la touching huhuhuhhhh

KAMIHIDUP said...

tak tengok lagi. Grrr.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

confirm ko melalak sakan dalam wayang tu kn... hahaha

mEiZ SHA said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak tgk jugaaa..:)

gadisBunga said...

baca awak punye review ni kan - berkobar2 semangat nak pegi tgk! malam ni!!!!! :D

rATu kEBaYA said...

akak jeleslah lya.. huhuhu.. nak tgu kat astro 1st ni.. tak sabo dah.. bilalah nak kuar kat astro 1st..

redza said...

xnaklah baca novel dia...muvie ni pon aku xnak tgk huhuuhu

wahida said...

bila la aku nak gi tgk ni...

jedi said...

bini aku nak g tengok...tp aku x bagi...kejam x aku...hahhaha

fairus said...

MASING-MASING SIBUK DENGAN OMBAK RINDU NI YE...

YanaMIB said...

best x filem ni?? slow tak?? aku nk tgk..tp laki aku xmo..adeyy aku nk tgk pn sbb ada abg aaron..huwawawa dan dan jd abg tau =P