assalamualaikum
lama betol tak update blog. cuti2 ni malas
asek merayap je. hehehe
banyak merayap ni bagus. banyak modal nak update blog. hihi
tu beratur nak update. so mula dengan episod 1 dulu
ni hari raya cina day 1st tu. hari isnin
pergi raya rumah bos member aku. dekat lorong pandan
actually company dia dengan aku kerja ni related je
sebab aku kerja dengan developer, yang member aku ni dengan town planner
so memang sangat related la memandangkan projek company banyak bertown planner kan company dia
so memang dah kenal la dengan bos dia ni

rumah dia. besar hoih. bila nak merasa dapat rumah besar begini. tv pakai skrin + projector tu. best btol.
kalau tengok drama, kompem bulu hidung pelakon pon bleh nampak
1 benda. aku kompius. ni raya cina ke raya puasa? hahaha
serius menu2 dia semuaaaaaaa menu melayu
nasi impit, kuah kacang belimbing buluh, rendang itik, rendang daging, rendang ayam, pedal & hati ayam masak kicap, sambal sotong, roti jala + kari ayam, mee goreng, bihun goreng. serius banyak gila menu
mungkin sebab tuan rumahnya ni banyak kwn melayu. in fact, masa aku dtg, melayu lagi ramai dari cina. 1 malaysia btol

1st round
nasi impit, roti jala, rendang itik, rendang daging dengan pedal masak kicap. sedapppp
mee goreng, bihun goreng dengan rendang itik lagi
serius rendang itik dia sgt syedapppp
dah kenyang2 dapat plak angpau, memang best btol
my bff, cik ayu
lepas habis raya, pergi shopping kat dataran pahlawan megamall, lepas tu lepak kat pappa rich
weyh melaka dah ada pappa rich uolsss. baru bukak ke atau dah lama?
kalau dah lama, nampak sangat aku di bawah tempurung betul
itu later update
skrg banyak bahan tengah queue nak masuk blog. kihkihkihkih
lets klik !!

13 comments:
Dapat ang paw? Nak jugak nak jugak...hehehe....
heeee, dapat angpau..salam kenal sini. :D
yg 2nd round tu betol ke share dgn mmber?
hhehehe ^^
raya cina makanan melayu.. mmg terbaiklah... shedapnya nasi impit tu..
HeNRieTTa JoSe - boleh2 mintak kat bos masing2 ye. hehe
Cik Lia Lomi - blom kawen dpt la. hihi
syuesyada - betol2. percayalah.hihi
ratu kebaya - tuh la. terbaekkk sgt!
lia bukan angpow tue nak share dengan akak ke hahahaha....
amy syaquena - eh bukan akak nak bg kita angpau? hehe
dah tua2 pon dpt angpau ke ahaha
tak pelik sebab aku pernah kerja ngan tokey cina. staff dia boleh di katakan 80% melayu. yang cina cuma anak bini dia jer & akauntan sorang dua. yang lain semua melayu. malah client2 dia pun semua melayu. setiap kali CNY atau dia buat open house, menu makanan mesti selera melayu & temoahan katering orang melayu gak
redza - aku belum kawen okehhhhh
eelobor - ini first time saya p beraya rumah cina. hihi
wahhh..sampai 2nd round ye...hee..
#dapat angpau yg best tu..(^^,)
dah besar panjang pon dapat angpow ke? bestnye!
Post a Comment