Thursday, January 26, 2012

karok > wayang > makan

assalamualaikum

ni nak story my activities with my 2 bobobs sister last sunday la
hari coti2 kan. duduk rumah paneh buntuit weyh
so baik perabih duit *sementara sisa2 bonus masih ada*
tsk tsk tsk. bonus kali ni tak leh belanja sakan. sebab harus menyimpan untuk roadtax! pang pang pangg

so ke Jusco Bandaraya lah kita !!





cantik kan. suka tengok pink pink niceee
kat bawah tu ada orang buat show apa ntah. yang tarian and panjat2 atas badan orang pastu menari lentik2 tu

mula2 p beli tiket wayang. cadang nak tengok Bujang Terlajak
sekali tiketnya pukul 1.40 pm je paling awal
masa tu baru pukul 11.30am kot
so ke MyBox, prektis jadi retis dulu
RM 18 for 1 hour + dapat free lagi 1 hour
jerit la kau sampai pengsan !


my lagu wajib ni
ce teka ce teka


Bujang Terlajak
komen saya, ada part best ada part boring. 3/5 je kot rate aku
ada part aku macam boring, siap boleh mengangkang lagi and pandang kiri kanan. *kurang supan*


pas wayang habis, makan dekat ayam gantung-gantung The Chicken Rice Shop


2 bobobs sister



semua amik set. ayam biasa la, roast punyaaa



tambah chicken fritters. nyam nyam



balun !!!
sambal cili tu, dorang tak makan pon sebab pedas sangat katanya
tapi aku sebat sorang sampai ke titisan terakhir okes ! perit lidah haku tapi sedap


ni plak hasil shopping. biaso2 ajo

maniac purple sekarang ni.
purse purple ni 49.90 je
tapi bukan beli kat Jusco
beli kat sale MiTC. kihkihkih


kalau pergi Jusco, tak sempurna hidup tak singgah Popular
dan lagi tak sempurna hidup kalau tak rembat sekurang-kurangnya 1 novel !



ni plak rembatan kat Daiso
bahaya Daiso ni. barang comel2 kan. nasib baik 5 hengget je
dari kiri : selipar rumah purple > chopstick > sikat pink > chopstick lagi > penggantung baju


boring masuk office ni. takdo kojo. ramai yang masuk isnin. buhsan buhsan
semalam dok maraton ceramah ustaz azhar
hari ni tak tau la nak maraton apaaaaaa




lets klik !!

23 comments:

Munnafendy said...

lagu tu alah ape ye tajuk dia? lupe dah...sape ntah retis pmpn yg dok gosip dgn remy dulu tu...isy..ilang ingatan! huhu

oho makanan sedap2!

Rowena Zainuddin said...

Waa.
Sedapnya nasik ayam tu.
Nak ckit :p

KAMIHIDUP said...

lawanya jusco. :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

lagu Nur kaseh kah? hohoho....

Lya Colours said...

munnafendy - lagu kisah hati,alyah

rowena - sedap. da abiss. hihi

kamihidup - oi tak p ke. tapi bagus x p. ramai org masa cuti ari tu. lemas

mawar berduri - salah ! lagu kisah hati laa

Amy Syaquena said...

ini tidak adil , adik dapat angpow ketepikan akak..x belanja makan pun hukhukhuk...sedapnya nasi ayam tue..glurrrp

redza said...

aku pon bosan nih..xde keje nak buat...td sempat jugalah renovate blog huhuh

mEiZ SHA said...

amboi2 jalan sakan yer..:)

Lya Colours said...

amy syaquena - meh dtg sini sy belanja.hihi

redza - hari ni kerja aku melayan lawak2 sepah. huhu

miez sha - hehe sekali sekala

fairus said...

BERMAKNANYA CUTI.. ;)

pena rozie said...

best tak novel tu???

Lya Colours said...

fairus - harus. hihi

pena rozie - biasa2 je kak. x best sangat la. not bad je kot

nouveaucloset said...

Assalamualaikum. Hye sis. Jum join giveaway Nouveau Closet. Mungkin rezeki kamu ^_^

http://nouveaucloset.blogspot.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.html

Ros said...

Salam Lya,

Amboi raya sakan dia noo....bila nak belanja Kak Ros nih.....

Cik Lia Lomi said...

wah ni shopping sakan..heeee

sahromnasrudin said...

sy lupa yg ari nie adalah khamis dan bukannya isnin huhuhh

Lya Colours said...

nouveaucloset - hai. insyaAllah =)

kak ros - salam kak. meh dtg melaka sy belanja asam podeh!

cik lia lomi - xde sakan pon. sket2 je. huhu

purple ungu said...

satu barang kat daiso 5hengget?
mahalnya!!

Lya Colours said...

sahromnasrudin - takpe yg penting esok dah jumaat.hihi

purple ungu - yup. semua brg kecik ke beso ke, 5 hengget

sudipVSsenduk said...

salam sejahtera,
dah lama bebeno tak ke Melaka.. mesti beli cencaluk kalau ke sana.

Akak cukup 'ngeri' kalau masuk Daiso, semuanya nak walaupun $ kata tak nak..

Ezad Skytech said...

kalau keluar berjalan ni...duit habis je..baik duduk rumah...heee~

saffiya_aleesya @ echa said...

wahhh ko kan ada duit memborong je keje nyer kan Lya hahaha..tapi minat kita sama suka perabis duit beli benda2 yang kecik2 camtu!!!

Teratak Hami said...

Kalau akak jumpa Daiso, mesti nak masuk. Lepas tu blur nak beli apa. Hp tu Daiso mari jugak ke? hehe