Friday, March 2, 2012

malang tak berbau

assalamualaikum


semalam balik kerja,sampai rumah dah pukul 7 kot
sebab merewang cucuk gaji la, usha tudung la, pergi tesco la. kaki merayap!

sampai2 rumah terus masuk bilik
pastu mak aku jerit2 panggil
aku pon bukak tingkap je la (mak aku kat rumah sebelah, aku bilik rumah side sebelah pulak)
dah macam panggil jiran.hahahaa

mama tanya, tau tak apa2 berita pasal kampung (ganu kite)
aku cakap la tak.
pastu mama cakap, rumah cu (adik mama) terbakar tengahari tu dalam pukul 3pm
terbakar habis, tinggal bahagian dapur sket je
barang2 apa pon tak dapat selamatkan, except cu sempat amik handbag dia je. ada lah ic dia dengan anak2
mama kata jiran dia bakar sampah tengah hari tu. so tau2 la kan pantai timur angin kuat,agaknya bakar sampah then terbang2 termasuk kat rumah cu
rumah orang kampung, 80% papan la kan
habis. sedih. nangis omak den

yang jiran tu, takde akai? motif ko ni tengah2 hari buta nak bakar sampah jadah apa?
eh nak salahkan jiran pulak
malang tak berbau.kan
tapi kene la ada langkah berjaga2
dah tau musim2 angin kuat ke, panas ke, jangan lah nak buat benda2 yang boleh membawa kepada perkara sebegini

okey sebelum aku melalut nak marah2, baik aku sambung kerja
tender bersusun2 ni
apa2 pon. harap cu and family bersabar dengan dugaan ini


lets klik !!

9 comments:

atty's said...

salam lya, tp jiran tu mmg budus gak lak..tghari bakar sampai, awat nya

semoga cu & family tabah.

saffiya_aleesya @ echa said...

sabar laa nak buat mcmna kan dapat jiran pun ada otak letak kat kaki huhuhu..pasni suh cu ko plak bakar sampah tepi umah jiran yg bengong tu biar umah dia plak terbakar..kes balas dendam ni hehehe

Teratak Hami said...

baru akak plan nak bakar rumput kering esok. Habislah asap pergi ke Istana Melaka atas bukit tu. Asap takpe kan, api jgnnnnnnnnnnnnn !!!

Munnafendy said...

alaaaa kesiannya.... =(

mesti jiran dia rasa bsalah sgt..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

salam takziah.. jom la turun terengganu kita g bantai jiran tu :)

fairus said...

MALANG MEMANG TAK BERBAU..

rATu kEBaYA said...

betul tu.. mmg malang tak berbau.. tapi kita kenalah berwaspada sebelum jadi sesuatu..

wahida said...

alhamdulillah, takde nyawa yg melayang...itu yg penting..

semoga ucu tabah hadapi semua ni

miss nina said...

salam takziah, semoga baik-baik saja cu lya sekeluarga