Friday, March 16, 2012

pengalaman buat tesis - request by Mysara

assalamualaikum



mysara mintak share pengalaman buat thesis
wohoooo. bab nak membebel/bercerita ni memang i loike sangat la kan.ngeh ngeh ngeh
anyway mysara, course isb yg saya belajar dulu, ntah macam mana boleh terfikir nak pilih isb kan
mungkin dia course baru masa tu, so macam nak mencuba. and 1 sebab paling utama, nak melarikan diri dari terkena course yang ada banyak benda nak mengira ni.
maka masa matrik, letak la first choice tu isb-uitm. alhamdulillah dapat... ^_^


so thesis ye. thesis ni masa final part kan (part 6). oh ye uitm guna sistem part ye, bukan semester

saya rasa benda paling penting dan utama masa nak buat thesis adalah tutor. Eh tutor ke? aku tak ingat terms apa. tapi lecturer yang akan jaga kita masa buat thesis tu. So, kita mesti lah ada lecturer yang kita rasa kita suka cara, dia pon okey je. So, kene grab cepat2 lah tutor tu. Kalau lambat, tutor tu dah kene sebat dengan student lain, and dapat plak tutor yang banyak songeh ke hape ke, naya uols. And aku bersyukurrrrrrr sangat aku dapat tutor a.k.a lecturer yang paling aku suka ! maka thesis aku dapat A-. erk! Tetap ada minus tu kan >_<
btw mysara, tutor saya masa tu adalah cik mardziyana

yang keduanya, jurnal. nak buat thesis kene review jurnal kan. kene cari beberapa jurnal, and study lah jurnal tu, then tunjuk kat tutor kita jurnal yang kita dah pilih tu sebagai sumber utama kita buat tesis tu. and yessss, bab baca jurnal aku rasa sangat sengsara. sebab ! jurnal tu panjang la kan. nak baca, nak faham, nak take out point2 penting, dan yang palingg penting, kalau kita dah dapat jurnal yg kita kehendaki tu, nak tunjuk pada tutor, dengan harapan tutor kata "okey boleh guna jurnal ni". Sekali kene reject? Kau tak sengsara nak cari and baca jurnal lain plak? Makanya, sila ready lebih kurang 3-4 jurnal ke ye. At least kalau 1 kene reject, kita ada back up jurnal yang lain2 tu ye dak

yang seterusnya, jangan sesekali buat kerja last minit ! Okey dalam nak buat tesis, dia ada chapter2 dia kan. tak ingat berapa chapter. Misal kata lah ada 12 chapter. and dateline untuk chaper 1-2 adalah esok. Jangan sesekali saja2 buat chapter tu lambat, sebab chapter awal, introduction je kan, so senang, kasi copy paste dlm reference book/internet je. Ye jangan amalkan. Ini pengalaman ye. Sebab aku memang suka last minit. Huhu. Sekali masa nak submit certain chapter tu, datanglah assignment lain, ada test ke hape ke. Hambek. Aku ingat dulu, nak submit chapter yang dah atas2 la kan, buat lah chapter tu bagai nak mampos, sekali pukul 5am kot tido. Pukul 8am ada kelas islamic legal maxims. Yes, memang aku and the geng tido dalam kelas tu. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

then, SPSS/Research Methodology. SPSS ni software yang kita guna untuk analyze data2 kita buat untuk thesis tu. Okey aku tak ingat la penggunaan dia macam mana. Yela dah 3 tahun lepas uols. Tapi aku rasa majoriti orang guna SPSS. Cuma method kajian yang korang guna untuk thesis tu. Ada orang method dia kene kaji banyak jurnal berkaitan tajuk thesis kita tu, ada kene questionnaire. Macam aku questionnaire. So nanti dapatan dari quetionnaire tu kene record dengan menggunakan SPSS tu untuk analyze data2 kita. Aku tak ingat belajar SPSS ni part berapa. Part 5 kot, subject research methodology. Makanya, sila concentrate ye belajar research methodology tu ye, sebab kaedah2 nya akan di gunakan masa nak buat thesis nanti

kene rajin bertanya dengan tutor kita tu. Sebab tu la kita pilih dia jadi tutor kita, untuk tolong kita berkaitan thesis ni. Apa tak faham ke sila rujuk tutor.

tapi aku rasa yg paling penting, yang first tu la, pemilihan jurnal. Sebab mana tau mula2 kita dah pilih nak guna jurnal tu. Sekali dah buat kajian bla2, tiba2 macam jurnal tu tak sesuai ke apa ke, tak pasal2 nak mencari jurnal baru. Yes, ada kes macam ni dulu. Member sekelas.

Actually macam2 kes la, jurnal asek kene reject la apa la. Maka sila tabahkan hati kentalkan jiwa. Ngeh ngeh ngeh *gaya macam nak panjat gunung plak*

lagi 1 advantage masa saya dulu, kami takde practical. So boleh concentrate buat thesis, di samping subjek yang tak banyak sangat masa final sem, ada 3 je kot. Masuk thesis jadi 4. Maka melenggang perut siap dating merata, tu yang nak buat last minit lagi *sila jangan tiru tebiat ini*

oleh itu, good luck kepada semua yang nak buat thesis/akan buat thesis. Semoga kejayaan milik anda *bajet penceramah akademik puler*

tapi tips ini hanyalah untuk budak uitm je. Sebab aku tak tau cara buat thesis uitm dengan uni lain sama ke tak. huahuahauahua
sekian, gua nak sambung koje. buhbye ^_*

psst : aku dengan mysara ni sama uitm. uitm segamat, ala yang kene lalu kubur cina kat selekoh tu. huhuhu. ek dulu kawan aku pernah nampak hantu ye kat situ, masa balik test waktu malam. tsk tsk tsk. Eh btw, Hanis Zalikha dengan Annas Eskay pon uitm yang sama. *motif nak bagitau?* kahhhhhhhhhhhhhhhhhh


lets klik !!

9 comments:

redza said...

hmm ok..ada bakat jd penceramah

Mysara Ab Rahman said...

miss mardziyana? dye ajar mai sem ni..islamic financial planning..

thanks sis for this entry, sgt berguna for me!:)

p/s: mmber umah mai pn pernah nmpak hantu kt kubur cina tu wkt ktorg balik dr kampus kul 11.30mlm..

fairus said...

SAYA DULU TAK BUAT THESIS.. HANYA PROJEK AKHIR..

Ros said...

Salam Lya,

Seramnya Kak Ros Lya...hantu cina ni dia dok lompat2 macam kat dalam TV tu ka Lya....

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

tips berguna ni..walaupun dah lama tinggalkan dunia tesis mesis ni ...huhuhu

miss nina said...

panjang lebar tips ni.
boleh jadi tutor ni :P

miloais milo said...

ngantuk baca sebab panjang sangat!
hak hak hak

no lah... iols gurau aje ye...
bleh dah ni
buat class pulak - ajar bebudak camne nak buat thesis.... jangan lupa - kena kan bayaran jugak...
ekekekkeke

cinnamon.com said...

mmg panjang berjela..apa2 pun good luck utk adik..

saffiya_aleesya @ echa said...

bagus penuh dengan maklumat penting!!! ko dah boleh jadi penceramah bebas utk buat thesis ni hehehe