Monday, April 9, 2012

ke seremban pulak

assalamualaikum..

aduih isnin ohh isnin
lemau betul lah hari ni. semalam tido lambat
bangun pon ala2 tak ikhlas je
tak sabo nak tunggu rabu. nak tido sehari suntuk. hak hak hak >_<

semalam pergi seremban
dengan beliau. beliau pergi melawat bos beliau yang excident last week
beliau balik koje 6am semalam, siap2 terus gerak ke seremban
beliau ni pon tak bagitau kan dah gerak ke seremban, tiba2 by 9am macam tu sms cakap dah sampai seremban
niceeeeeeeee. aku dok bergolek-golek atas katil lagi masa tu ye
terus la macam kambing tak cukup langkah mandi, siap2 terus pecut. matik la tekan 120 je kat highway
nasib lah melaka - seremban dalam 1 jam je

lepas tu pergi Jusco seremban tu. padat nak mampuih umat. hari minggu lah kan
eh btw org seremban, boleh suggest apa shopping mall yang best untuk pergi ??
seriously semalam tak tentu hala tuju btol, dah kata tempat tak biasa
dalam pale terlintas jusco je. tu terus ovi maps jusco je

lepas p jusco, yang beliau ni tak abis2 menguap je koje nya
yela balik koje terus datang seremban, tak tidoq lagi
masuk je kete terus tido, huakkkk boring i uols. so aku pusing2 seremban je la sementara dia membongkang tu. hurghhhhh

dalam pukul 4.30pm macam tu baru p komuter seremban
yang dia jaga2 je "eh dah sampai komuter?"
niceeeeeeeeee. aku sepuk baru tau



mat tidoq dan minah kuat merungut. kaki kembang macam orang ngandung. hak hak hak
kat komuter pon punya ramai umat. pengsannnnnnnn




umat-umat di komuter seremban
sangat ramai orang. line beratur punya panjang. bak kata beliau tu, beratur macam nak p perang. haha
aku kan pemalas. kau dah baik punya membongkang dalam kete kan, kau p beratur sorang2. hak hak hak tui



duduk nak gangster je. lempang baru tau *ceah macam berani nak lempang*
huahuahauhua

aku takde nya tunggu sampai beliau naik train pon. dalam pukul 5pm ++ tu aku cabut la. sebab macam dah nak hujan je kan. baik i cabut dulu. kikikikiki *keji punya perangai*

ni entry nak bagi i syok sendiri namanya. kasi can la uols *tangan di dada mata ke atas*
korang pon tak pernah baca kot entry sebegini di blog ini
ni namanya entry 'ombak rindu'
sebab apa ombak rindu, rahsia
huahauhauhauahua *serius boleh muntah*

okey dah2 sambung keje

* kepada adik2 aku yang menyebok baca entry ni, diam2 sudahhhhhh !!!*


lets klik !!

16 comments:

potpetmama said...

lya..ecewahhh da ada "beliau"..bila nak declare kat cini..hehe

mEiZ SHA said...

waa dating nie..;)

Liana Ryan said...

tak pernah naik komuter.. huhuuuu.. srwk mmg takde

wahida said...

wah...baru sekarang nak tayang boyfriend ek? keji tau, amek gambar sipi2 je...pas ni tayang gambar full tau...kitaorg semua nak tumpang sibuk sekali...haha...

redza said...

wah wahhh...bila nak kawen hahaha

ainnoraini said...

dah lama tak gi seremban..naik komuter pun jarang2...

rATu kEBaYA said...

beliau tu.. mesti melekat dihati hatikan.. tu yang ombak rindu.. hehehe

gadisBunga said...

adik-adik dah suruh mak baca entri ni? heheh~

hantumakan said...

ooooooooooooooooooo, laaaaaaatiiiiiing yeeeeeeeee.. :)

Sabariah Zakaria said...

wah wah kemain beliau dah sekarang.

bila nak makan nasi minyak ni?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

untung lah dapat jalan2 ngan orang tersayang :)

saffiya_aleesya @ echa said...

wahhh ko sakan yo..dari melaka sanggup ko tekan ke somban demi beliau yg terchenta yer!! memang champion laa ko Lya hahaha..yela dah kata kena angin ombak rindu yer dak!!

pena rozie said...

semoga bos die cepat sembuh...

lalink7 said...

finally, tunjuk gak muke cik abang kat sini..hehehe..chewahhh..smoga kekal hingga ke plamin..jum naik plamin sesame..hehehe

LYAfrina said...

jusco kt seremban 2 kan..msa lya duk situ dua.. still dlm progress..kalo dulu lepak kat terminal 1 tu j la

eelobor said...

rasanya dah boleh gazet dalam buku perlembagaan persekutuan, iaitu isnin hari lemau 1malaysia