Thursday, April 5, 2012

orang jahat bersepah-sepah

assalamualaikum

semalam aku call amoi kat office contractor
nak tanya pasal tender bla2
pastu dia cerita, kelmarin dia kene rompak dekat Malim
exact location, dekat round about Malim
masa tu kat round about tu lampu tengah merah. dia plak sorang2.
dia baru je berhenti, tiba2 cermin sebelah seat pemandu kene pecah
dia ingat orang excident terlanggar dia, rupanya kene pecah and bawak lari handbag dia
mamat motor 2 ekoq. pakai helmet full cover, tu tak cam melayu ke cina ke india ke hape ke
masa tu dia baru balik dari Public Bank Malim tu
keluar cash 50k nak bayar pekerja la, material bla2
lesap sekelip mata uols. mau tak terkejut terbungkam segala terrr lah

dia cedera sket la, sebab kaca2 cermin yang pecah tu kene tangan
orang sekeliling yang nampak kejadian tu plak tak perasan nombor plat

aku rasa orang tu memang dah mark amoi ni dah lama agaknya
sebab dia selalu keluar cash banyak2 untuk return kat kitorang ni
selalu return kat office aku bwk cash 100k ++
masa tuh belum nak jadi
ni dah jadi, nauzubillah. aku pon takut

yang dia plak letak handbag kat tengah2 ruang antara seat dia dengan seat sebelah
sampai pulak tangan perompak bangang tu gapai handbag kat
ni mesti dah rangka awal2 modus operandi
bodoh punya manusia
kaya makan duit haramm la perompak oi

lepas tu tak memasal aku pon jadi penakut.
semalam draw duit baru gaji dekat Hong Leong Malim tu
draw banyak jugak la. tak memasal aku macam spy. sebelum nak keluar tu kemain usha kiri kanan 5-6 kali
lepas tu cepat2 masuk kete and lock. takut okehhhh


dekat area sini la lebih kurang dia kene rompak tu. takuittt saya




sila elakkan letak handbag anda di sini




dan juga sini. perompak zaman sekarang tangan panjang macam kongkang agaknya
letak celah ni pon boleh capai
amoi tu letak tengah macam ni la



haha aku letak sini. tapi lepas tu aku rasa macam tetap la handbag tu bleh nampak dari luar, terus sorok bawah kaki. walaupun mula2 macam tak selesa, pandai2 adjust la ye
untuk keselamatan diriiiiiiiiiii

so kat sini nak share sket tips la bagi wanita2 macam kita ni ye. ini tips aku sendiri fikir, yang mana terlintas dalam benak ni lah ye. Alang2 tengah free ni, baik aku bagi ceramah free sket. ahaks!!

1) kalau nak pergi bank, nak keluar cash banyak2 ke, sila bawak dobigad (bodyguard lah!)

2) kalau draw duit gaji sket2 tu, sebelum nak keluar dari bank, tengok dulu keadaan. kot2 ada yang mencurigakan. kalau bleh, parking tu biar dekat2 sket dengan bank. lepas tu, dah masuk kete, cepat2 lock ye. dan terus letak handbag di tempat yg selamat. eg: bawah kaki. hehe

3) elakkan kalau dah masuk kereta tu, melengahkan2 nak tutup pintu. sebab kadang2 aku lalai gak. masuk kereta, start enjin, bukak air cond la radio la bla2 tapi pintu tak tutup awal2. jangan begitu ye!

4) elakkan parking kereta dekat tempat yang sunyi/tak ramai orang

5) tak payah pakai handbag. cukup purse kecik yang isi duit sket dengan ic & lesen, bleh letak dalam poket seluar jeans.hehe


okey dah lah tu. aku dah tak leh fikir ni
sebab tiba2 tender 5-6 envelope datang
aku lupoo lak hari ni ada close tender
ngeh ngeh ngeh
okey bye!


lets klik !!

11 comments:

Izz Faizah said...

hishhh..takotnye..beraninye perompak tu.. :(

potpetmama said...

lya; memang kena berhati2..akak masuk keta terus lock pintu dahulu baru start enjin; kalau bawak atau kuar duit banyak2 dari bank, memang kena bawak hero utk escort;pastikan takde org yang mencurigakan mengekori kita...

gadisBunga said...

perompak tu kompem ada kaki yg memerhatikan amoi tu dari dalam bank lagi. hmmm...

gadisBunga said...

perompak tu kompem ada kaki yg memerhatikan amoi tu dari dalam bank lagi. hmmm...

redza said...

duit nak kerja malas..tu yg jd perompak tu

Teratak Hami said...

bahaya ... akak selalu letak kat tengah2.

lalink7 said...

Lya ~ aku pun penah tgk mat rempit gile pecah cemin kete utk amek handbag seorang pempuan kt sblah tmpt duduk penumpang..mmg gigih..geram gilee tgk tp xdapat nak tlg sbb masa tu tgh lampu isyrt merah..

ape yg ko selalu buat tue mmg aku selalu buat jugakk..hehe..same2 la kite beringat yedak?

wahida said...

50k hilang? mak aiiii...

bagus ko buat n3 ni...sama2lah kita beringat...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

bahaya kan sekarang ni.. macam2 skill penjahat sekarang.. so sume kena berhati2 la

Ezad Skytech said...

sekarang ni mmg bahaya...kena hati2...mereka ni ada kat mana2 je..

azalia hjsalleh said...

letak bwh kaki tu pun bahaya.. takut plak ganggu kita nk tekan pedal minyak & brek