Wednesday, May 23, 2012

debat ptptn

assalamualaikum



foto ihsan google


hari ni dekat facebook ramai pulak yang update pasal debat ptptn malam tadi
siapa tengok sila angkat tangan macam sayeeeee
aku tau pasal debat ni pon masa baca blog eelobor
thanks inform dekat entry. kalau tak ceq pon tak tauuu
yela dah hari2 keje nya baca gosip retis ceraiiiii *lempang pipi kiri kanan laju2*

debat yang start dalam 10pm dan berakhir jam 11.30pm ++ yang di siarkan di Astro Awani 501 malam tadi, hangat juga ye
yang topiknya berkisarkan "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi"

banyak jugak benda yang di kupas
banyak jugak soalan yang tak di jawab. tanya lain jawab lain
banyak jugak yang tiba2 isu tak berkaitan tajuk di bawak ke pentas debat
banyak jugak amaun2 billion juta bla2 di utarakan kedua2 pihak. entah betol ke tidak, kita pon tak tahu
dan dengar audience bersorak macam ke hape. excited beno
sampai moderator cakap "sila tunjukkan pada penonton di rumah yang anda adalah orang yang bertamadun"
yela mana taknya. kalau tak suka/tak setuju hujah orang tu, toksah lah kan nak bersorak macam ke hape
tengok aku, duduk tengok kat rumah silang kaki depan tv sambil kunyah anggur feeling Cleopatra lagi *matiklah asek mengunyah je kan* hahahahaahaha

okey aku nak ulas lebih2 tak pandai lah ye. kang orang cakap poyo plak. tapi ni yang aku petik dekat facebook kukubesi manipulasi (mintak izin share sini)


DEBAT PTPTN
Cool dedua dah kasi hujah dan dedua berilmu dan berpengetahuan. Best banyak input yg aku dapat.

Point rafizi yg aku suka
Kurangkan belanjawan projek mega yang terlebih2, rasuah dan open tender agar projek yg di buka lebih telus. Dengan kurangnya projek mega yg berlebihan maka negara akan mengurangkan beban hutang.

Point kj yang aku suka
Kerajaan menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih banyak termasuk kemahiran vokasional yang mana para pelajar akan mendapat kerja dan bpeluang untuk membayar semula hutang ptptn

Cadangan aku
- kerajaan harus pandang serius dengan projek mega yg terlalu membazir secara terangan dan wang boleh di salurkan kepada benda yg lebih bfaedah
- ptptn harus di teruskan tetapi bunga harus di kurangkan

1.Dari pengalaman aku sendiri masa belajar kolej dulu.. Semua takde ptptn dan semua guna wang sendiri tuk belajar.. Dari 23 orang dalam class aku.. 6-7 orang je yang tamat belajar dan kerja apa yang di belajar di kolej..yang lain kerja lari tajuk.

2. Pengalaman aku mengajar editing dan fotografi.. Rata2 yang join class aku bayar atas wang sendiri.. Untuk memajukan diri dalam bisnes... Secara jujur.. 25% yang terus maju.. 50% menten.. Dan 25 % lagi x dapat di kesan buat apa.. Lost

So..pada aku.. Benda free susah skit la org nak hargai..terutama ilmu..sedangkan berbayar pun masih ada yg lost in space.. Apatah lagi free.. So ia satu kerugian sebenarnya tuk byk pihak... Wife aku pensyarah di salah satu universiti kat selangor pun kata.. Student yang bagus ada tapi student yg byk main pun ada... Kalau free nanti makin ramai la yang main2... Itu pendapat peribadi aku...


saya setuju tang dia cakap benda free tu susah sket orang nak hargai. tak gitu

teringat last year aku pergi seminar pasal kebakaran dan keselamatan apa ntah, anjuran bomba melaka. seminar tu sorang kene bayar 150 kot (company bayar ye. harus pergi mihmihmih)
ada 1 peserta seminar ni cakap, kalau seminar ni diberikan secara percuma bukankah lebih baik
lantas pegawai bomba (lupa nama) jawab apa ntah. last2 dia cakap "selalunya benda free ni orang susah nak appreciate". fikir2 kan..

kalau benda berbayar ni, kita akan lebih rasa concern kot. sebab kita ada tanggungjawab pada benda tu. eh betol ke ni? conclude: pendapat masing2 lah ye. hahaha

tapi yang paling menarik, lastly moderator mencabar (mencabar ke? correct me if i'm wrong ye), untuk PM kita berdebat dengan DSAI di pentas itu jugak.

hurm menarik2

**tapi yang pastinya, aku kagum dengan orang yang berani nak berdebat ni. nak berdebat ni bukan senang2, atau calang2 bleh nak bercakap bermacam2 isu, info di atas pentas. siar live plak tu. kalau aku, mau menangis 2-3 baldi air mata belom tentu bleh berdebat. hahahahaha**


lets klik !!

17 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

mungkinlah PTPTN akan dimansuhkan? rasenya takkan kot?..kalau boleh hapuskan lah bunga tu..:(

oya said...

haah kagum..mereka confident kan..

wahida said...

menarik jugak kan kalau PM debat ngan DSAI..

Prettywrite said...

hehehe..tengok kat youtube jer tadi..ya la kan..kalo kita nak bedebat mau pengsan jer sekali kena bidas tak tahu nak jawab apa dah..keh3..

diana said...

tak payah hapuskan..hapuskan bunga nya sudah la..

miloais milo said...

setuju bab mende free ni...
memang tak ramai nak appreciate - dan pergunakan sesuka hati....

pena rozie said...

x ttengok la. hik3..

Afasz said...

sy tak tgk pon debat ni,

tp ada tgk status org kat fb je

Teratak Hami said...

kalau PM dan DSAI berdebat, byk yg "terlondeh" nanti

fairus said...

SAYA MENONTONNYA MALAM TADI.. HEBATLAH JUGA..

LYAfrina said...

hehhe..lya x layan pon debat ni smlm.

ubaidillah zulkefli said...

google pasal debat neh..skali kluar blog nih an..hehe..nice share..
dabat malam smalam tuh actly bg idea dekat semua org.. masing2 ada pandangan sndri ..

gadisBunga said...

sebenarnya agak setuju - kalau free biasanya susah org nak appreciate. cemana pun kene la kuar belanja sikit. kalau nak mansuh ptptn boleh, tapi wajibkan semua org amik insuran pendidikan. yg takde insuran atas sebab tak mampu baru layak dapat pinjaman tapi tapi dalam kadar lebih rendah dan takde la caj perkhidmatan yg mahal2 ni...

nur anis said...

saya tak boleh angkat tangan,..sebab saya tak tengok....hehe

Munnafendy said...

layan jugak debat ni.dua2 bagus.rafizi ckp pnuh dgn fakta n hmpir semua soalan dijawab kecuali pasal turki tu. yg KJ saya salute dia pasal berani berdebat wpun mmg 3,4soalan dia xjawab @ jawab xde kena ngan soalan..paling bagus moderator xberat sblh, n berani cabar Pm bdebat dengan DSAI...kita tunggguuuuuu

rATu kEBaYA said...

setuju benda free mmg tak dihargai.. lainlah benda free tu makanan.. hehehe.. akaklah org pertama yang menghargainya...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

xsemua bnda boleh kasi free...

cuma berharap.. bunga utk ptptn tu dikurangkan.. kesian kat dorg yg pinjm ptptn nie... kalau nak kasi free terus.. ia sesuatu yg mustahil..