Wednesday, May 16, 2012

tuan punya hadiah pon tak over macam ni

assalamualaikum


hari ni tinggal berdua je dengan mama. sebab baba and 2 lagi adik pergi kuantan, ada trip
so selamat lah kan. bleh aku pulun bukak hadiah mama sorang2. mihmihmih
okey aku memang over. lepas dinner terus bersila depan meja nak bukak hadiah
mama pon tak beria macam ni
tuh la dulu orang suruh jadi cikgu tak nak -_-


for your info, mama ni mengajar sekolah rendah. lebih kepada darjah 1-3
so budak2 gini memang suka la bagi hadiah kan. especially yang darjah 1 tu
agaknya malam tadi, berhentak2 kaki depan mak ayah suruh bawak p supermarket kan
sama la macam aku dulu. aku dengan adik2 aku masa skolah rendah, asal malam nak menjelang hari guru tu, pergi supermarket dengan mama and baba, pulun beli hadiah cikgu. oh my memories !!


keseluruhan hadiah. ada la dalam 20 ++
kad budak2 tulis sendiri banyak gak









okey aku upload kad je. sebab hadiah tu mostly biasa2 la kan. kad ni macam2 budak ni tulis. lawak pon ada. haha




bagi kanak2 mungkin ni kreatif. helo ntah2 aku masa darjah 1 buat lagi buruk kot. sebab aku tangan tak seni langsung -_-



okey tulis tak habis. nak tulis selamat hari guru agaknya, dah tinggal "sela" je






okey ayat nampak sangat mak/ayah tuliskan. kelasssss



wah siap i lebiu tuu



haha yang ni lawak. aku cakap dengan mama, pandai dia lukis cikgu dia makin bawah makin beso



guru saya sangat baik !!



kantoi masa hari guru selalu tak bawak buku, last2 cover 'saya sayang cikgu'. haha comel



aku rembat 2 ni. hehehe. upah tolong bukak hadiah LOL



mama ni, dia dapat hadiah banyak2, yang dia simpan kat rumah yang bleh pakai la. macam mug, brooch else. kalau macam hiasan2 tu, dia bawak p kelas dia, letak kat ruangan hiasan kat belakang kelas. sampai akhir tahun, hadiah semua lesap budak2 amik. hahhaha

mama dok ralit tengok kilauan emas tu. aku dah nak lelap ni. mengantok okeh
so, sebelum kepala aku tersembam kat keyboard lappy ni, ada baiknya aku sembamkan diri atas katil. bye


lets klik !!

15 comments:

fairus said...

WAH.. BANYAK SUNGGUH HADIAHNYA.. MESTINYA MAK AWAK SEORANG GURU YANG DISENANGI..

IdaShazana said...

amboi...meriahnya hadiah

Cik Siti Hajar said...

bestnyeee... dpaat banyak hadiah!

nur anis said...

hihi..comelnya ayat-ayat kad tu...

Teratak Hami said...

banyaknya hadiah ... hehe. Bestkan jadik cikgu.

Munnafendy said...

terasa rugi pulak tak jadi cikgu...hahahaha

miloais milo said...

kad yg buat sendiri tu - kreatif ye...

Uncle Jonni said...

byk tu hadiah... huhuhu

redza said...

pehh!!da macam hadiah kawen dah

Cik FaRiZaM said...

byk gile....hahah lawak la lukisan tu..mcm perli je. :D

azalia hjsalleh said...

dulu teringin nak jd cikgu sbb dpt hadiah best2 dri anak murid
tp skrg dh tukar bidang lew

wahida said...

yg makin bawah makin besar tu mmg buat aku geli hati sgt weh...hehe...

gadisBunga said...

bila baca kad budak2 tu, tetibe saya pulak nak menitis air mata terharu....motif?? hahaha!

hamzah ian said...

untung lerrrr

cikghah said...

fuyoooo! banyak ;p