Tuesday, May 8, 2012

tunang dan kahwin

assalamualaikum



haaa tajuk kemain. bukan I ye yang tunang kahwin. tapi InsyaAllah lah akan melaluinya jugak kan, jika di izinkan NYA la

ni sabtu lepas, I dengan lagi 2 bff pergi wedding and engagement orang
wedding tu kat TTDI, kawan kepada bff
yang engagement tu adalah cik odah kesayangan punya kakak
well 1 family dia pon dah kenal bff cik odah ni
sampaikan masa kitorang sampai, anak buah dia siap jerit "induk !! ni bff ko datang"
hahahaha hebat !!



sebelum tu, nak tayang my red velvet cc ni dulu. hihihi
ni buat untuk cik odah punya kakak nak tunang tuh la. dia request untuk bagi hantaran tunang tu
okey aku nervous gila buat. sebab tak pernah kot. biasa buat suka suki bagi sedara mara je kan
ni membayangkan cc aku atas hantaran orang. okey scary. tsk tsk tsk

tapi alhamdulillah menjadi jugak la. walaupun tangan keras deco macam nak kene pijak gajah, diorang suka je. mihmihmih





bff's. ni nak gerak ke TTDI
awal gila kot. by 11++ dah sampai dewan. and nice... takde tetamu lagi. haha




the dais. cantik ! suka. tapi macam terlampau banyak bunga kot. huhu. tapi still comel





guess book. also comel




my plate. okey actually dah kenyang, sebab dah breakfast kat R&R Seremban earlier. tapi haruslah nak rasa nasi kahwin kan





cantik. suka entrance ni. sebab flower besar kat atas tu
btw, entiti purple kat depan tu bukan momok ye, sebab budak2 lari sana sini. rasa nak hempuk je





lagi sekali ! yang lagi 2 orang kiri kanan tu actually tak kenal pon. tapi sama2 datang awal and duduk semeja. so alang2, amik pic sekali


dah sudah kat TTDI tu, gerak balik Melaka pulak, pergi kenduri rumah cik odah kita



my bff's. eh ada lagi sorang. tapi tak dapat balik minggu ni. i loff them
ye kami memang mulut kecoh
kalau jumpa, memang bising nak mam. ada je nak bercakap kan. tak reti diam
sampai kene sound dengan anak buah si cik odah "tak habis2 cerita korang ni kan". hahahaha and yess budak yang sound tu baru 6 tahun kot. tskkkkkkkkkk




menu kat rumah cik odah yang superrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr delicious !!!!
paling favvy, tempoyak daun kayu yang di buat oleh mak beliau. memang sedap gilaaa. harus amik tamak kan. hahaha
and sambal ikan keli pon sangatlahhhhhhhhh sedap




kerabu mangga yang sangat sedap jugak !!!!




okey actually gambar kat pelamin sangat banyak. tapi baik aku tepek 1 je. nanti muntah korang tengok. haha





nak balik dah. dah petang tak reti2 nak balik, memang kene pelangkung dengan mak masing2




bye !!! *okey terlebih tonggek puler*

dan akhir sekali




''''










''''''''''''''''''























;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;







ngahahaha nak jugak uols !!!!!
*duduk bersimpuh sambil senyum sipu sipu malu*



lets klik !!

20 comments:

cinnamon.com said...

assalamualaikum adik.

lauk rumah cik odah tu..

menyelerakan kak aje.

masakkan kmpung..sedap

nur anis said...

cupcake tu comel la..macam sedap...:)

banyaknya gambar food..waa..buat perut berkeroncong saje..

sahromnasrudin said...

pic last tue persis gadis malaya terakhir la heheheee

LYAfrina said...

waa..cantiknyer deko pelamin tu...
grand...

lauk kat kendui ke tu?? sgt2 special bila ada ikan keli ni.. sedapnyer

fairus said...

SUDAH BOLEH KAWIN DAH.. BILA LAGI...

miloais milo said...

garang uols ni ye... bebudak lari depan pun uols nak hempuk!
ekekekekek

-Sara- said...

meleleh air liur tgk lauk2 kampung tuu :D

gadisBunga said...

nyummm...part makan mmg best!!

siti kektus said...

cupcake so comells lah. :)

ct odah said...

eh msuk jgk mskan fav mak den...sodap kan..terliur tringt tmpoyak!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ko orng ni xde kj len kan.. merayap je.. hahaha..

wahida said...

kan dah kena sound ngan budak 6 tahun...hahaha...

Cik Yan said...

gabra ahkak..ingtkan lya yg nk tunang n kawin td.

miss nina said...

amboi.. rumah (blog) tukar langsir ke?
cantiknya dais tu

saffiya_aleesya @ echa said...

pandai ko buat red velvet ekk..caya laa Lya..

Ezad Skytech said...

wahh...cute2 je cupcakes tu..:D

best je pergi kenduri kawen..tuan blog ni bila lagi..heee~

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waa...de kek red velvet.... nyummmyy...

waaa...cantek dan besar pelaminnya...

Munnafendy said...

eh pelamin dia simple je belakang tu kan..cantik la...


*lepuk je budak tu..hihi.. (eh jgnnnn)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya sambal daun tempoyak tu....

Teratak Hami said...

cayalah red velvet. Hantar kat office akak seketul :-)

tempoyak daun kayu mendanya. Bukan ke tempoyak pucuk paku??