Thursday, June 7, 2012

hantar adik bongsu ke kuim

assalamualaikum


last monday 040612 hari tu, pergi hantar adik bongsu daftar kat kolej universiti islam melaka (kuim). amik nursing
haloo ! dekat sangattt dengan rumah ye. kau ni dik, tak retiii la pilih jauh2 kan
10 minit dah sampai kolej. ada la kentut pon bleh bau agaknya kennn
dah tu, mentang2 dekat, mak aku dengan sewenang-wenangnya dan tanpa segan silu meninggalkan surat tawaran kat rumah
gggrrrrrrrrrrrr
terpaksa acik patah balik ok. sabo sabo




aku ingat kolej islam ni, sebab hakmilik penuh kerajaan melaka, so orang melaka je la kan
sekali tidak ye. rupanya yang jauh2 pon ado
utara timur semua ada



hari yang sumpah panas gila aku rasa. nasib baik aku ni bukan jenis *ketibas* a.k.a ketiak basah
kalau tak dari jauh dah nampak ketiak lengas aku agaknya
kipas ni, kipas orang kawen yg dalam door gift tu. aku bawak 2. dua2 lunyai ok. kuasa kuda punya tahap kipas kan



adik bujang. masa ni nak daftar hostel. oh man horror gila aku rasa aku punya tahap panas tu
rasa nak amukan. muka aku memang dah macam muka cabai merah agaknya. marah + panas
dah la traffic dalam kawasan kolej ni gila bangkai
masa nak masuk kawasan hostel, takde orang jaga lalulintas, orang suka suki parking sampai tak bleh nak lalu ok. ada lagi bangang, kereta negeri tet, dia parking tengah2 laluan keluar masuk kereta, dia ingat tu jalan pak mentua dia buat agaknya kan. aku yang hangen dah paneh ni, memang mencarut la keje nya. mak aku, dia tengok aku dah panas baran tu,dia diam je la. kahhhhhhhhhhh



bilik tingkat 2. nasib ada adik bujangku, dia la angkat kan luggage yang besa gabak tu
adik aku ni, nama je study dekat, dia punya barang, macamkan ko dok jauh bonaaaa. penuh 1 bonet



ada 3 bilik, 2 bilik mandi dengan 1 dapur kecil



bilik tidur yang memang kecik. adik aku kene dok katil atas, tapi takde maknanya
malam2 dia nak tido, dia angkat tilam tido bawah
sebab katil atas dia takde palang besi kat tepi. scary, buatnya tergolek. so mak aku dah risau, and pesan tido bawah je



tapi kawasan dia ni best la. berangin. dah siap kemas2 barang dia tu, dok santai kat beranda. fuhh memang terbaik punya
siap silang panggung, kibas2 kain. hakhakhak



senyum dapat santai kat koridor berangin feeling pantai miami
padahal sebelum tu, kau punya baran, macam naga tasik cini



mama yang relaks je. takde berapi amarah ke
mungkin sebab aku ni gen bapak tu lebih sket. ngaaaaa



lepas tu kene p parents talk. tapi kau tengok, dia punya sardin. memang kalau sardin, bleh lumat, letak mayonis, timun, makan dengan roti. wah sedap!
eh lari topik
masa ni dia talk pasal kewangan. pasal pinjaman la, tabung anak negeri bla2
tapi kalau dah nama duduk luar tu, memang tak dengar la kan. sound system nya pulak kemain segan silu nak berbunyi. memang tak dengar langsung
and yes, panas 1 hal, dengan ramai orang. aku memang tak suka keadaan sardin2 ni. dengan bau pon dah macam2 ada, so dengan segala hormatnya, aku pon ajak mama balik
sebelum aku jadi naga tasik kenyir pulak kan. and rumah pon dekat, kalau adik aku tu nak apa2 senang sket nak hantar

hari ni last keje. esok ke pineng uols !!!!! yahooooooooooo

pasemboq pasemboq pasemboqqqqq *hint dekat echa* hakhakhakhak



lets klik !!

16 comments:

nur anis said...

nak pasemboq...:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alahai..kat KL pun sama..panas ya amat

Hanis MY said...

eh belajar istilah baru ketibas hehe...arigatouuu

fairus said...

AMBIL NURSING.. BAGUS TU..

miloais milo said...

iols nak imajin uols jadik naga tasik kenyoir nok!
hahahahah

wahida said...

aku pun tak suka panas2 ni weh...mood aku akan cepat berubah kalau panas...tetiba panas baran aku pun dtg...huhu..

tapi part paling kelakar bila ko ckp ketibas tu..festaim aku dgr...hahaha...

Acik Erna said...

nak panas lya..tu yang cepat je panas tu kan.
dah dapat dekat..tak merasa lah adik lya merantau..masa belajar.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tahniah untuk adik ko ek.. ni nape sume cakap pasal frasa baru ne.. ko jgn rosak kan bahasa melaka lya.. ak terajang ko kang.. hehe

ainnoraini said...

Mmg panassss sekarang nii...
Ketibas tu apa yeee

meo188 said...

mewah budak2 student skrg...

gadisBunga said...

kolej sepelaung je dari rumah....hari2 boleh balik makan!

LYAfrina said...

gud luck buata adik lya.. moga dia bjaya disana..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha..ni duk angkut semua barang... mcm dah xmoh balik umah je....

han hasumo said...

yuran bagi setiap sem dekat kuim berapa eyy?

han hasumo said...

yuran setiap semester dekat kuim berapa eyy?

han hasumo said...

yuran setiap semester dekat kuim berapa eyy?