Monday, June 11, 2012

pineng day 1 - pasemboq padang kota !

assalamualaikum

mood nak kerja memang off gila. sebab baru balik bercuti kan. rasakan atas meja aku bersepah dokumen & tender. hurghhh

lantak kan. tolak tepi. update blog dulu. keh keh keh

so jumaat lepas, aku, mama, baba and adik bujang bertolak ke pineng
tujuan utama, nak hantar adik bujang tu balik kampus. and dia nak kene tukar hostel pulak. duduk hostel kat luar. dulu duduk dalam

so gerak around 9am macam tu. mula2 adik bujang drive. tapi sampai sungai buluh tukar driver. aku bawak sampai bukit merah. then adik bujang cont balik sampai pineng



hari yang paneh. aku dok belakang silang panggung, sumbat telinga layan psp. sebab naik kereta dengan bapak aku sumpah buhsan. dia bukak radio klasik. tak ke aku asek menguappp je kan



around 3pm macam tu sampai hotel. stay 3D2N kat Hotel Pearl View, Seberang Perai


rehat dan membongkang sepuas hati, dalam malamnya, mama baba and adik bujang keluar dinner
aku plak keluar merambu dengan bff serumah seuitm segamat itu. hehe
nak pergi makan pasemboq
mula2 ajak echa jumpa malam tu, sebab aku plan nak p padang kota, tapi dia ada hal so tak dapat. and esok2 nya pon tak dapat jumpa jugak sebab aku busy melayan adik bujang aku tu. huhu cho saddddd. takpe ada rezeki insyaAllah kita jumpa nanti ye *_~


so tunggu lah aku member itu. dalam 9am macam tu dia sampai kat hotel, so zassssssss ke padang kota
misi! mencekik pasemboq !!!

and thank you echa, sebab siap call bagi tips nak makan pasemboq. jangan rambang mata la kang tak pasal2 kene 30 hengget. mampuih ceq. tau2 je la kan, aku kalau berdepan dengan makanan, lupa diri. hakhakhak
siap cakap, kang tak jadi pasemboq, tersemboqqq teruih. haha

and special thank you to my bff ojah sebab dia yang bawak aku datang sini. muah2



sehari sebelum datang pineng, aku siap google pasemboq padang kota. melelehhh kau tau ! kalau kat melaka, aku selalu makan pasemboq kat subaidah je. sedap jugak



sebok betol la minah ni. tepi tepi !!!



tuh dia tokey agaknya. nak cas berapa hengget kat aku kang





tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaa. heaven !!



silalah kawal nafsu kalau nak memilih tuh ye. aku sampai blur nak amik apa pon tak tau. haha psiko gila



and finally aku pilih ni je. dah amik cucuq udang, nak udang sekoq lagi plak tu, tamak haloba btoi



yaaaaaaaaaaaa. omaigod memang lazat tak terkata uols. mula2 aku macam fikir, boleh habis sorang ke ni. and yes memang habis licin. kah kah kah. lazat ! i want moreeeeeeeeeee. aku punya ni RM 13.

siap aku upload pic kat fb, tag gambar kat si dia, hambek kan. craving sangat. sebab dia orang pineng, tapi balik nya ada setahun sekali je. padan mukaaa. kasi dengki sket kan. hakhakhak

lepas tu tapau lagi untuk family, kene RM 24.



tu dok panggil2 makan kat kedai dia



dekat luar penuh. so duduk dalam aje. bleh tahan ramai umat jugak malam tu



dah kenyang tu. jalan-jalan je kat area situ. kebetulan macam ada function apa benda ntah. patut ramai orang. memang parking jauh la malam tuh kan


ni padang. padang apa ke nama.depan MPPP. siap ada orang pasang khemas. kelassss



snap entrance je uols. segan apa ke hei aku terpacak tengah2 tu amik pic



tak nampak pe benda pon. dah malam and gelap. nampak mulut meriam je terjojol



lepas tu, balik hotel. siap kawan aku slow kan kereta bawak 60 je sebab nak aku snap si palang besi ni. hahaha. ketara tourist. hahaha

ok day 2 to be cont.
yang pastinya, memang overload makan betol duduk pineng ni. baru stay 3 hari, agaknya kalau aku stay sebulan, possible aku menjadi besaq almari. oh tidak !!

dan yang lagi pasti, hari ni aku puasa. dan target nak puasa whole week ni. sebab overload makan. tsk tsk tsk



lets klik !!

19 comments:

fairus said...

TAHUN LEPAS RASANYA SAYA PERGI PENANG.. SEDARA KAHWIN..:)

nur anis said...

saya rindu sangat dengan pasembor kat tempat tu..fine..saya jeles..huhu

saffiya_aleesya @ echa said...

weiiii kesian kita kan dah plan2 tp xdpt jumpa..xpe2 pasni mesti ada rezeki gak nak jumpa ko kan..

gadisBunga said...

penang mmg heaven bab makan!

selamat berpuasa youu...huhuhu~

rATu kEBaYA said...

dari FB hingga ke blog nengokkan pesembor ni lya... aduhai...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

aku pernah g penang sekali je.. tu pon mase rombongan sekolh dl.. jakon giler.. hehe :)

hantumakan said...

kita masih marah pada penjual char kuew tiaw dan kuew tiaw kerang disitu, mereka telah tiau saya kawkaw.. amacam dek, ryhme x akunya komen.. kuew tiaw kerang udang aku spinggan soploh hengget, tak sedap lak tuh, mencik..

hantumakan said...

eh, tapi pesemboq dia mmg sedap, value for money la kiranya..

pena rozie said...

dah lame tak g penang....

Zul Fattah said...

aku pernah g makan pasemboq kat pdang kota tu.. bapak r, mahal gile.. terkejut aku, kena RM20.. haha.. lpas tu trauma xmo g doh

Uncle Jonni said...

aiyooo... dah lama aku x mkn pasemboq... huhuhuhu

Munnafendy said...

mak aihhhhhhhh.....pnh gk pi sana tp xsinggah lagi kat gani pasemboq nih...mmg rambang mata nk pilih ni

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

pasemboqqqq!!! suka gak...

tapi rege tu...mak aiiii...

mmg tersembuq dibuatnye... keh keh

Cik Lia Lomi said...

wah, marbelesnya pasembor tu.... nak jugak!!

miloais milo said...

nasib baik iols masih kekenyangan....
kalo tak - memang konpem akan terliur ye!
hiks

Adeqq said...

Lyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Me miss you so muchhhoooo!

Rindu bangat! bila nak hangout??

Acik Erna said...

assalam cik lya..
kalau acik pun termenung tu..membukit..banyak betul pilihan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nak pegi pineng...tapi tn.John tamau bawak pi sana...huhuhu :'( ..... jeles arghhh gini

Masya said...

tuhh dia banyak pilihankan.. memang rambang.. harga mmg kene hati2 tkt kene tipu....

kt pun x mintak bola, layan master chsf juga.. suami yg suke bola sobb.. sobb.. sobb...