Thursday, July 19, 2012

dah macam episod berbuka plak

Assalamualaikum..

ni macam kira entry warming up untuk bulan puasa
yang mana dah lama follow blog aku ni, tau2 je lah kan, bulan puasa apa jadi pada blog aku ni
dah macam kedai makan gamaknya. haha

hari ni baba bawak balik lauk banyak btol
kat office dia memasak untuk apa ntah. so bawak balik lauk sket
eh bukan sket okeh. banyak. yang nak makan nya ber4 je pun
pastu mama dengan baba bukan makan sangat pon. kang sama nak abis kan?
akuuuuuuuu jugak !

haha takde makna. tak habis, jawabnya ke reban ayam
kenyang ayam mama
tak lama lagi nak sembelih untuk raya. biar dia makan lebih2 sket


beratur lauk. macam nak berbuka puasa kekdahnya ni. yang dalam plastik tak bukak tu, masak kuah lada ikan pari, dengan telur masin. malas nak bukak hidang. haha



ayam masak lemak cili api. warna je pudar gitu. pedasnya, agak nak meletup bibir jugak



pajeri nenas




sambal ikan bilis petai !! my peberet !! aku korek2 cari petai. paling bahagia, aku sorang je makan petai, orang lain tak makan. kahhhhhhhhhhh. mampuih la kentut sume berpetai2 nanti



lala masak halia


ni je yang mama masak. tumis air pucuk gajah. ke apa benda ntah. mama beli kat pasar tani semalam. pastu, rasa pelik nak mampuih. sudahnya, semua orang tak makan. export ke reban ayam kesudahannya



paru masak kunyit


kesudahan lauk, tak habis. ada yang masuk peti. sambal petai wajib simpan okeh. stok nak sahur nanti. haha. bagus tak payah masak. nak makan, reheat dalam microwave je.

nak layan chori chori chupke chupke kat zee. babai



lets klik !!

7 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

kat opis aku pun buat jamuan sempena nak sambut ramadhan, sorang sikit bawak lauk..yang lauk tak sedap pun ada..aku cam biasa laa bawak perut jer hahaha

fairus said...

UIII... SEDAPNYA..

sab said...

menyesal aku bukak blog kau malam2 mcm ni.

argh lapar!

sAyA said...

pass small water jirus banyak banyak tau!!

redza said...

alhamdulillah..rezeki Allah

Masya said...

meriahnya makna² .. lala tu suke² ... mesti sedappp..

miss nina said...

asal buka blog lya je nampak makanan. omg... sedapnya :P