Monday, July 23, 2012

Iftar 2012: Day 2

Assalamualaikum..

dah masuk hari ke-3 berpuasa ye. hari ni pening gila kepala mokcik wehh
tak tau la pasai apa. pagi tadi tidoq kejap pas subuh. bangun dalam pukul 7.15am macam tu, berat gila kepala den. lain kali tak nak tidoq. huhuhu

ni menu semalam. semalam pergi bazar masjid tanah
sumpah padat gilaaaaaaa manusia. dah la parking jauh hazab okeh. sempat usha kasut. hahaha
mula2 pergi family store beli groceries sket.family store pon ramai gila umat. nangis -_-
lepas tu baru pergi bazar. pon nangis. dengan kereta banyak gila. orang kat bazar gilaaaaaaaaaa punya ramai. panas berlengas lagi. maybe sebab ahad kan. cuti. so orang balik kampung. serius pack gilaaaaa

aku nak beli kuih talam kegemaran pon tak dapat uols. orang depan gerai dia punya padat macam semut hurung gula. yes. sila imagine begitu. aku tak sanggup meredahnya



so just beli kuih2 ini. tak dapat kuih talam kegemaran, dapat kuih tako kegemaran. mihihihi
tako RM 2 = 5 biji. aku bedal 4, mama bedal 1. hahaha nagaaa betol! sangat lazattt
puteri ayu, adik aku beli RM2. perempuan tamak. lepas tu kuih tu keras. makan 2 ketul je. tak habis
kuih samosa. sekeping 70 sen. beli 3
koci RM 1 = 3
pulut panggang RM 1 = 3



balik dari bazar dalam 6++ sampai rumah. sembahyang asar dulu. then aku masak keueytiow je
dah pesan dengan mama awal2, mama jangan masak, biar I masak sendiri. hehe
balik pon dah pukul 6 lebih uolss. mama siap cekak pinggang !



beli lemang dengan rendang ayam. adik aku memang over. suka nak feeling aidilfitri awal2
mama buat serunding ikan. bubur lambuk masjid bagi. ada serunding ayam jugak. stok dalam peti ais beli dari kampung lama dulu

hari ni tak plan nak p bazar ke tak. tengok keadaan. kalau panas mencucuk, tak kuasaaa.
biasa kalau hari bekerja, aku suka p bazar cheng. situ pon best.


lets klik !!

15 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alhamdulillah rezeki di bulan yg mulia... hakak lom pegi lagi bazar.. cik abg je pegi.. just beli kuih2 je..heee..

Knor said...

amboi dik byknya makanan,yg mana satu nak mkn ni...rezeki melimpah ruahkan..alhamdulillah

sudipVSsenduk said...

kalau makan bubur lambuk dgn apa2 jenis serunding mesti sedap kan... bertambah-tambah

Adylia Qarissa said...

salam ramadhan ;)

wahida said...

adik ipar aku duduk kat cheng tu...rumah ko dekat2 cheng ke?

gadisBunga™ said...

meriah wehhh!!!

kite setakat kurma, roti dgn nestum je. semalam la. harini taktau lagi. ehehe~

fairus said...

2 HARI YANG LEPAS BERBUKA RUMAH MAK DAN MERTUA.. HARI INI BERBUKA DI RUMAH.. APALAH ISTERI MASAK TU, DIA PUN DALAM PANTANG LAGI.. APA-APA SAJA, SAYA MAKAN SAJA.. TAK KISAH..

redza said...

semuanya sedap

dwaty said...

petang ni baru nak jejak bazar... mesti rambang mata...

sedap kueh teow

Rizal Sadiman said...

Rizal suka tepung pelita.

1family suka masak so bila puasa je riuh la dapur haha..

http://igossiprizal.blogspot.com/

hazanis said...

amboih byk nye kuih... hehe... saya masih baru..just found yuour blog..ada masa jemput tngk blog saya :D http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

zahanis said...

nice blog ...entry pon best...saya masih baru..ada masa visit la blog saya ye http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

akrab miti said...

wah....new template ..:) nice ...nampak kemas dan teratur ....eh..sedap la kuih tako tu ...balik ni nak carik la kat baazar :P ..pagi lagi dah fikir nak makan ape ..hahahha

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

haish....kurusss puasa pepagi lagi tengok makanan sedap2...hihi

Pink Lavender said...

bubur lambukkk...sedapnyerr

makneng follow sini
jom follow makneng...=)