Monday, July 2, 2012

kuih cara berlauk marvelous !

assalamualaikum

lama rasanya tak menggodek kuih kan
memang lamaaaa pon. mood memang tak mari
sampai la last week, aku pergi alor gajah ada meeting kat MPAG
then balik, singgah beli kuih depan agro bank. kuih semua 1 ketul 40sen
hoih mahal btol. nampak kuih cara berlauk. kuih cara seketol pon 40sen uols!
dah la kecik, inti pon ala2 hidup segan mati tak nak je kan
baik lah aku buat sendiri je

itu yang semalam dok mencari la acuan kuih cara aku tu
belinya dah berbulan-bulan
merasmikannya idok lagi. hahaha
so sebelum acuan tu menghilangkan dirinya sendiri, mari aku resmikannnn


tengok! berkilat lagi acuan aku tuh kennn. hihi
resepinya, aku main lompat2 je
untuk resepi batter(kuih dia tu), resepi aku refer dekat blog jintan manis:kuih cara berlauk
untuk inti, aku buat sendiri yo




ni inti yang aku buat sendiri. kari ayam kering. macam inti karipap aku buat. haha.
nak resepi ke? bagi je la. sharing kan caring gitewww

Inti :

1 labu bawang besar + 2 biji garlic - tumbuk
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari daging
2 cawan isi ayam - potong dadu kecil2
1/2 cawan air
garam, gula, lada hitam, lada sulah

Caranya :

Tumis bawang merah dgn garlic yg dah kisar sampai naik bau. lepas tu masuk cili kisar. tumis lagi sampai separa garing. Then, masukkan serbuk kari, tumiskan kejap, pastu masukkan air. Kacau2. Lepas tu bleh masukkan ayam. Masuk garam, gula, secubit lada hitam dengan sket lada sulah. Masak sampai kering.

wah terasa macam jamie oliver plak. kahhhhhhhhh
jamie oliver blom blajo buat kuih cara lagi la woi!

inti ni memang masyuk ye. pedas2 and di hujungnya akan ada rasa manis sket




panaskan acuan. oles dengan minyak. tuang batter. agak2 tepi kuih macam dah pucat sket, letak inti dan daun sup. kalau ada cili merah lagi bagus. tapi takde stok, so tak letak. lepas tu, tutup dengan tudung periuk dalam 1 minit ++. dah siap bleh angkat dan ngap !!!




dah siap!!! tak kira plak dapat berapa ketol. sebab asek mencekup masuk mulut je kan
ni susun cantik2 nak masuk blog je pun
lepas tu, habissssssss. bertebarai kuih aku. sekejapan dah tinggal alas daun pisang je
tapi takpe, percubaan berjaya. lain kali bleh beli lagi 1 acuan. buat banyak sket, terus meniaga. kahhhhhhhhhhhhhhh



makan panas2 memang terbaik gila. nak2 bawah dia tu garing2 kan. umphhh sedap. bukan nak puji diri ye. memang sedap. nak tau sila buat sendiri. hak hak hak


menambah lagi kesedapan, sebab buat sendiri, inti bleh letak banyak kan. gituuu baru berbaloi !
tak payah beli kat luar seketol 40sen ituuuu

ish rasa tak puas plak
hujung minggu ni rumah ada kenduri. tengok rajin ke tak. kalau rajin bleh buat cara lauk ni lagi kan
wahh terbaik lah gitu. sape nak order, sila pm kat fb. hakhakhakhkah
okebai


lets klik !!

15 comments:

nur anis said...

sedapnya kuih ni..dapat buat sendiri memang puas lah nak makan..

eelobor said...

perghhh....terer nya dia. nampak cantik sangat.... mesti rasa pun sedap kan?

-Sara- said...

woww! dpt buat kuih cara berlauk sndri..dasat tu tau! nampak sgt sedap! :)

gadisBunga™ said...

wuyoo..meletopsnye kuih cara kome....!

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

kecuq air liuq chek!!

K.nor said...

wah,bestnya..menyelerakan...

boleh buat nanti..

fairus said...

KEGEMARAN SAYA NI.. NAMPAK PUN MENARIK..

Uncle Jonni said...

sedap tu... huhuhuhu

sayadankamerasaya said...

lya cayang..

akak dah pindah blog eh!!
:)

♥ Elin ♥ said...

sedap nmpk!! mmg kegemaran nih..lagi2 bulan puasa mmg hari mkn.

Teratak Hami said...

Buat sendiri mmg puas hati. Buatnya pun tak susah. Akak pun suka kuih ni. Next time hantar ke bukit beruang ye :-)

pena rozie said...

rozie suka makan cara bergula....

miloais milo said...

iols suker yg manis nokkk... yg pedas berlauk ni kurang skit....
dah terer ni - memang bleh buat bisness hoccay!

nabila azmi said...

nmpk sdp....folo blog ni tau=)

Ros said...

Assalamualaikum Lya,

Amboi comel2nya...nak jugak, he.he.heeee...Lya ni memang pandai masak la...