Thursday, July 12, 2012

pekak sebelah

Assalamualaikum..

dah beberapa hari ni menyepi. sampai kak wahida pon tanya kemanakah gerangan ku menyepi tak memekak kat blog ni

sebona eh, den ni tak sihat. nak cakap kene penyakit apa pon malu. kahhhhhhhhhhhhhhh
sob sob sob

aku telah disahkan menghidap bisul dalam telinga ! atau bahasa cover jelita nya ada jerawat dalam telinga. tapi ni jerawat yang sakittttttttttttttttt

masa hari selasa tu, petang kat office, dah rasa sengal2 telinga. tapi ingat takde hal lah kan. tapi malam tu memang menjadi2 la. aku p korek telinga pakai cotton bud tu, nampak ada kuning2 macam nanah. erk! aku dah cuak tapi aku diam2 je. haha
sekali malam tu memang tak bleh tidoq uols ! berdenyut2. tido sejam dua, then terjaga. sampai ke subuh begitu. last2 tak p koje la hari rabu tu. mc. and dapat ubat seperti di bawah dan mc untuk sehari

sebelum nak jumpa doc tu aku punya tahap cuak jangan cakap lah kan. aku takut dia godok telinga aku. aku ni dah la jenis tak tahan sakit. mak aku pegang telinga pon aku pnya mengaduh macam ke hape
doc bagi ubat titis, yang setengah palette tu pain killer. lagi 1 tuh antibiotik
ubat titis tu, omaigod pedihhhhhhhhhhh. tapi aku rasa ubat tahan sakit tu tak cukup kuat untuk aku

sebab serius malam tadi tido, super denyut punya. sampai menangis2 okeh. tak bleh tido. so aku jadi zombie berjalan2 dalam rumah gelap2 tu, sampai suddenly mak aku keluar dari bilik, terkejut tengok aku berjalan dalam rumah gelap tu. mama tanya, "akak nangis ke? sakit lagi?". eh helooo mesti la aku cakap tak nangis kan. jatuh saham ok besar2 gajah melalak. hakhakhakhak

then hari ni, bangun pagi, sengal tu macam dah hilang sket. so pergi la keje macam biasa.
mana nak jangka, sekali sengal gila berdenyut2 macam ke hape. rasa macam nak korek telinga ni dengan lidi satey tu, biar pecah cepat bisul ni.

settle few important things, suruh office boy hantar important documents, check email, reply mana yang important dulu, by 11am balik. pergi klinik dekat Cheng dulu. klinik lain. semalam klinik lain. mihihihi. dapat mc lagi



then mengadu lah kat doc tu, aku cakap la aku dapat pain killer tapi tak killer pon. haha. seriously, aku rasa tak hilang sakit pon. doc first tu bagi makan pain killer, 1/2 bijik, 2 kali sehari. means 1 hari sebijik, macam takde kesan ok. then doc baru ni, dia bagi new pain killer dengan antibiotik. dia cakap dia bagi yang kuat sket. yang ni pain killer makan 1 hari 3 kali. hahhh baru betul kan. and nice memang pain killer la. sakit sket2 je, tak berlarutan. siap petang tadi bleh makan cekodok. before this, nak mengunyah tu merana jugak la kan

harap2 esok dah okey. kat office banyak kerja. aku masuk office pagi tadi, agak sakit jiwa jugak la banyak paper work atas meja, claim2,and ada 2 tender nak buat. hurghhhh

and encik bisul, bilaaaaaaaaaaaaa kaun nak pecah ni ! eden dah tak tahan telinga sebelah dah kene block, macam nak je aku korek2 guna lidi tau takkkkkkkk

*harap2 cepat baik. weekend ni ada 2 kenduri. rugi kangg tak dapat makan sedap. hakhakhak*



lets klik !!

11 comments:

fairus said...

SEMOGA CEPAT SEMBUH YE LYA.. UBAT TU JANGAN LJADI BAHAN PAMERAN JE, MAKAN.. NANTI SEMBUH CEPAT.. INSYAALLAH..

Uncle Jonni said...

wah... camne nak buat tu bisul dlm telinga... adeih.... sila mkn ubat ya... huhuhuhu

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hailahhhhhh...memang sakit kalau sakit telinga nih .....:( ...makan ubat o.k..dan rajin2 titik ubat ..semoga cepat sembuh.....

sayadankamerasaya said...

ko habiskan tau antibiotik tu!!

gadisBunga™ said...

pssst...kite penah kene juga tau. syyhhhh...diam diam....

potpetmama said...

copek sombuh yor dek...

redza said...

aku pon pernah kena sakit tu..mmg sakit

nur anis said...

alahai..kesiannya...semoga cepat sembuh ye..

miloais milo said...

moga cepat sembuh nokkk...
iols tak penah kena - tapi baca entry uols ni... terasa sakit le plak...

Knor said...

kesiannya..semoga cpt baik ye..

Teratak Hami said...

Selalu tumbuh jerawat dalam hidung. Mmg sakit ler. Tang dalam telinga, blum ada xperience lagik ...