Monday, August 13, 2012

Biskut Badam Crunchy

Assalamualaikum

Sudah hari ke 24 berpuasa. InsyaAllah 1 Syawal akan menjelma Ahad ni.
persiapan raya? 80%. Masih ada belum complete. Patut buat checklist ni

So, ini biskut raya kedua saya. buat khamis malam lepas
Biskut yang mana resepinya saya refer di Majalah Saji
Biskut Badam Crunchy. memang sedap
aku suka biskut banyak kacang2 ni. siapa yang tengah cari2 resepi, biskut ni, highly recommended!!


saya share resepinya di sini

------------------------------------------------------------------

Biskut Badam Crunchy

Sumber: Majalah Saji Edisi Ogos 2012

Bahan A:

150gm mentega

150gm gula kastor

1 biji kuning telur

½ sudu kecil perasa vanilla

Bahan B:

200gm tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum + 1 sk baking powder)

100gm badam cincang | di panggang

Untuk Hiasan:

Coklat masakan putih (aku guna coklat masakan biasa)

Manik hundred thousand

Mangkuk kertas


Cara Penyediaan:

1.Putar bahan A sehingga ringan dan kembang.

2.Masukkan bahan-bahan B, gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

3. Ambil 10gm doh dan masukkan ke dalam cawan kertas dan susun di dalam dulang pembakar.

4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 160⁰C selama 15 hingga 20 minit.

5.Sejukkan biskut sebelum di hias dengan coklat putih dan taburkan manik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------




aku buat 2 adunan



workstation. tu bekas2 kuih raya orang bagi. malas kemas, letak je atas meja



sebelum masuk oven



coklat sagat. untuk hiasan atas biskut nanti



cairkan coklat yang dah sagat tadi. memandangkan omak den tiado di ghumah, maka aku dengan sewenang-wenangnya menggunakan tupperware beliau untuk buat double boiling ni. kalau mak aku tau ni, mampuih!



selepas keluar dari oven. hurmmm wangiiiiiiiiiiiiiiiii



kerja melorek. masa ni ntah pukul berapa. buat sorang2. adik aku dah membongkang. tu makan mee sedap, lapo uolss tengah godek2 biskut tu



siap !!! dapat sebalang besar. puas hati. sedap. banyak almond. memang a must try cookies la!
tak habis2 adik aku dok bukak balang. dorang ni memang bahaya. aku takut masa raya, tinggal setengah balang je weh !



lets klik !!

13 comments:

gadisBunga™ said...

weiii pakai tupperware buat double boiling!!!

masak la kene dengan mak nanti... ayoo!

eelobor said...

berapa jenis semua?

nur anis said...

macam sedap..tapi sempat ke saya nak buat ni..banyak lagi list ni..huhu

potpetmama said...

lya; confused kita posa hari ni 24 ke 25 hehe

doc said...

ada resepi kukis yang tak payah masak dalam oven tak...?

Kakzakie said...

Kena sembunyikan nampak gaya kalau tak memang sah tiba Hari Raya tinggal suku...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ghajinnyerrr... nk dtg rayalah nnt.. heeee....

saffiya_aleesya @ echa said...

wahh nampak sedap laa..meh bg aku sebekas!! hahaha

LYAfrina said...

rajinnyer dia...
lya tahnu ni x smpat nk buat pon..main beli je

fairus said...

TERBAIKLAH MASTERCHEF.. :)

kucingorengemok said...

humangaih! tupperware ko celup dalam tu? kah kah kah... GAGAH!

LidiaSuraya said...

jangan sampai tinggal balang jer udah... huhuhu.. ada tak cookies base oreo... ermmm ermmmmm

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nak sebalang :)))