Monday, August 6, 2012

Biskut Chocolate Chip Famous Amos

Assalamualaikum





Sudah bermula aktiviti menggentel biskut raya
mulanya ingat nak buat sabtu malam tu
tapi sebab aku pergi shopping, balik dah lambat. so, malas. balik shopping, terbongkang tidoq kepenatan uols.
aku pergi shopping kat parkson melaka mall. hebat tak hebat uols, sampai parkson 7.45pm macam tu
nasib mak cuti senah. mihmihmih

maka, aktiviti menggentel biskut raya di tunda malam tadi
nak tak nak, memang kene start
kalau start lambat, alamatnya nanti gen malas menyerang
itu pun terkulat-kulat menggentel malam tadi. sebab ngantuk 0_o

so permulaan malam tadi adalah biskut yang paling mudah.
bahan senang, ringkas dan cepat!

resepi mintak izin share di sini ya
...............................................................................................................

Biskut Coklat Chip Famous Amos

Sumber: Dari Dapur CT

Bahan diayak :

2 1/4 cawan tepung gandum

3 sudu kecil serbuk koko

2 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu kecil soda bikarbonate

2 sudu besar susu tepung

Secubit garam

Bahan-bahan lain :

250 gm mentega - suhu bilik (aku guna margerin daisy)

150 gm gula kastor (aku kurangkan sukatan. 80gm gula kastor + 20gm gula perang)

1/2 sudu kecil asen vanilla

1 biji kuning telur

1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa

100 gm sebarang kekacang - Optional (aku guna badam)

50 gm kismis hitam - dibelah dua (tak letak. tak suka kismis! hehe)

Cara membuatnya :

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.

3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.

6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.

7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.

8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.

9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

...........................................................................................................................


jemputlah layan pic di bawah ye ^_^>


aku buat 2 adunan. tu guna besen terus uols. lenguh juga nak menggodeknya -_-





aku tak kretip sangat nak bentuk guna sudu tu. takut huduh ghupenya. so inisiatif nya adalah, bulat-bulatkan, lepas tu tekan sket dengan ibu jari, kasi leper sket







banyak almond dengan choc chips tu. sedap!



biskut ni wangi sangat. aku memang buruk perangai. tak habis2 bukak tutup telap sebab nak bau. gagagagaga



so pengakhirannya, dapat setelap ni. aku rasa aku harus seal telap ni, bagi mengelakkan adik aku mencekauuuu je kojenya. haha

kesimpulan, resepi ni memang best. aku suggest sapa nak buat choc chips yang ala2 famous amos home made gitew, boleh refer resepi ni.
and pada yang kurang suka manis tu, boleh ikut sukatan gula macam aku guna. manis dia ala2 je. cukup rasa.

okey sekian. tak tau lah bila engine kedua untuk next biskut nak start >_<



lets klik !!

9 comments:

gadisBunga™ said...

wey sedapnya!!! tapi jaga-jaga eh..takut belum sempat raya dah abis sebalang!

redza said...

pehh!!!

wahida said...

cis..buat aku terliur je...dah terbau2 aroma coklat chip ko sampai sini nok....huhu.....

Kakzakie said...

Dah siap kena simpan dulu Lya kalau tidak tak sedar tahu-tahu tiba raya tinggal balang kosong je:)

ainnoraini said...

Kakain pun nk buat coklat chip jugak ni..main hentam jer..

fairus said...

NAK SEBALANG.. :D

Uncle Jonni said...

yaaaaaaaaaa... sesi membuat biskut raya sudah bermula... huhuhu

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hantar la kat sini sebalang dua :)))

nur anis said...

saya pun memang nak buat biskut ni..tak sabar rasa nak buat..:)