Tuesday, August 14, 2012

Biskut Dahlia Coklat

Assalamualaikum

Ish dah lama kan tak buat entry iftar. tak sempat nak amik gambo pon time berbuka. sebab masing2 dah menggigil lapo *buruk perangai*

so entry biskut raya je lah ye. kot2 korang berminat nak try. itu lah fungsi nya share di blog ni
dengan ini, aku up 1 entry biskut raya lagi
ni biskut raya ke-3 yang aku buat

Biskut Dahlia Coklat


Biskut Dahlia Coklat

Sumber: Majalah Saji Edisi Ogos 2012

Bahan-bahan:

200gm mentega

150gm gula aising

1 biji kuning telur

100gm tepung jagung

20gm serbuk koko | ayak

200gm tepung red rose | ayak

Sedikit cip coklat @ coklat urai (untuk hiasan)

Cara menyediakan:

1. Mula-mula putar mentega, gula aising dan kuning telur hingga kembang.

2. Campurkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung red rose. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Uli sebati.

3. Masukkan dalam acuan bunga dahlia dan tekan ke atas loyang yang telah dilengser dengan sedikit mentega.

4. Hiaskan dengan cip coklat atau coklat urai. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.




lenguh nak memicit acuan tu uols. nasib baik aku ada assistant



dulu buat dahlia biasa tu. yang color butter tu. memandangkan beli majalah saji, dan menggodek lalu terjumpa dahlia coklat, menggedik nak mencuba akhirnya. kalau tak, tidak berbaloilah pelaburan beli majalah saji tu



siap di bakar. hurmmm wangi. tabiat buruk, suka cium biskut. sanggup bukak telap biskut semata-mata nak amik bau. haha


so conclusion, biskut ni sedap *dah buat sendiri mau kau tak nak puji sedap. air tangan sendiri ni weyh! lempangggggg*
ehem2. ok biskut ni sedap. rasa dia sama macam biskut dahlia biasa tu. cuma dia ni coklat la. tu je beza dia. biskut sesuai untuk orang2 tua gigi dah tak kuat nak menggigit. ni pon request makcik ku di kampung nak biskut lembut2.

aku rasa aku nak buat lagi 3 jenis. cornflakes madu (kene buat last2 minit. buat awal, lesap!). Then biskut mazola (pon wajib, request makcik di kampung), dengan lagi 1. biskut apa nama tak tau. resepi rembat pakwe adik aku punya resepi keturunan katanya. dia bagi kuih raya tu sebalang, dah nak habis senah! lantas aku paksa adik aku mintak resepi. gagagaga

okebai.


lets klik !!

9 comments:

doc said...

rajin ko buat kukis eh...

untungggg mak dan mak mentua ko nahhh...

fairus said...

NAMPAK MENARIK.. MESTILAH SEDAP KAN..?

Kakzakie said...

Kalu rajin pasti menjadi. Kakak kalau dah kerja usah kata biskut, tumis sayur pun malas...

nur anis said...

saya buat yang jenis biasa tu je..:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huish..untungla sape jadik Suami Lya nanti..huhuhuhuhu...pandai buat kueh :)))

rATu kEBaYA said...

rajin betullah lya ni buat kuih... meh campak seketul dua kat akak..

[PCL] said...

ank dara kena rajin2 buat kuih raya...kan !

sudipVSsenduk said...

alahai, rajinnya budak sorang ni... nak sebalang bole?

Fadzli Amir said...

Wahhh...bestnya buat biskut raya ni, terkenang zaman dolu2...sekarang order je...