Tuesday, August 7, 2012

Chucuk-chucuk

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. ada lagi lebih kurang 11 hari menuju ke hari raya
gila kanak2 kau ni lya. counting ke raya pulok! biskut raya baru buat 1 uols! arghhhhhhhhhh

semalam aku dah siap burn lagu raya lagi dalam cd. kahhhhhhhhhhhh
so semalam dalam kereta, melayan lagu raya je la keje aku. kihkih

okey ni story iftar semalam
beriftar dengan my bff cik ayu di Chucuk2 @ Bukit Beruang
buffet RM 23.90/person

Chucuk2 ni merupakan restoran satey cucuk halal yang pertama di Melaka
Melaka ni famous satey cucuk dia. Tapi selalunya chinese punya la. so kempunan uols
ni dah ada yang halal, mau tak happy! mihmihmih


Semalam buffet, ada pilihan macam2 jenis cucuk2, ala macam yong tau fu punya tu. pastu ada marinate ayam, lamb, beef, udang, sotong. nasi goreng cendawan. mee kari. cucur udang alor gajah. kuih2. puding & agar2. buah2an.



sorry pic pinjam dekat fb Chucuk2. dah aku segan aku nak snap depan2 kedai tu. hakhak




pilihan sup adalah sup ayam dengan tomyam. aku rasa hari biasa celup kuah kacang. mungkin bulan puasa offer lain kot. apa2 je. sup ayam ni pon sedap jugak




kitorang amik yang cucuk2 tu 1 plate je uols. itu pon kenyangggggg gilaaaaaaaaaa. aku tengok meja orang lain, berpinggan2.



lambakkan cucuk2 dalam pot tu



lepas tu rasa macam menyemak je lidi2 tu, kasi cabut. terus rasa macam steambot plak. haha. lantak yang penting masuk perut kenyang
eh comel pulak la kartun tu. tapi dah masuk dalam perut pon. hikhikhik



pilihan pencicah utama adalah kuah kacang. sedap jugak kuah kacang dia. lepas tu ada 3 pilihan sos pencicah. aku amik 2 tu je. dua2 tu sedap !!!



kitorang amik sotong, udang, beef dengan ayam marinate and pergi grill. tak amik lamb. mokcik tak makan lamb ye uolss



cucuk2 yang di letak dalam fridge bosa ini



last sekali makan eskrem. masa makan eskrem ni, jangan cakap. aku rasa perut kitorang masing2 macam dah nak meletup
aku terfikir macam mana orang meja lain2 bleh makan banyak2. ulang alik 2-3 kali refill cucuk2. kitorang yang tak refill tu pon dah rasa nak pengsan. memang berbaloi la diorang bayar kan.

tapi kitorang bedal jugak nasi goreng cendawan dengan cucur udang. 2-3 kali pergi refill. haha sedap uols! cuma tak try mee kari. tak larat mau isi sudahhhhhhhh

so kalau nak try, sila refer fb Chucuk2. dia ada special menu setiap hari untuk iftar

selamat mencucuk uols !!


lets klik !!

19 comments:

  1. aaahhh !!

    comel beruang yang kena chucuk tu!!!!
    sampai ati kau makan!!

    ReplyDelete
  2. mcm steamboat eh? thn ni aku raya kt melaka..klu rajin bley aa ajak famili mertua singgah mammm kt cni..hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya....ni baru tau pasal kedai ni..

    ReplyDelete
  4. lya; ada dengar psl kedai chuchuk2 tu..org kite ke ownernyer

    ReplyDelete
  5. emm..ada sesetengah tempat namakanya "celop-celop"..eh apa celop toq ...hahaha

    psst..thnks singgah.

    ReplyDelete
  6. sila bagitahu detail harga sekepala...sbb aku rasa nak terjah kalau aku turun Melaka bila2 kang...

    ReplyDelete
  7. wah menariknya... ingat nak berbuka kat luar jugak la ari nih

    ReplyDelete
  8. SAYA DI BANDAR HILIR NI MEMANG BIASA NAMPAK KEDAI SATE CELUP ORANG CINA PUNYA.. BERATUR PANJANG... NAK TAHU JUGAK SEDAP KE SATE CELUP NI.. NANTI BOLEHLAH TRY DI BUKIT BERUANG PUNYA.. :)

    ReplyDelete
  9. ingatkan apa le chucuk-chucuk tu.. hee....

    ReplyDelete
  10. owner melayu kan? akak penah makan masa dorang menyewa kat kedai tepi jalan. not bad

    ReplyDelete
  11. Ohhh... style steam-boat cuma bahan dia cucuk pada lidi Lya. Kalau tempat kakak ada steam-boat murah je Lia RM17/- seorang boleh makan sampai banyak mana pun tapi macam Lya kata sepiring tu pun susah nak habis kan..

    ReplyDelete
  12. macam steambot eh???

    walawehhhhhhh!~ kelaparan iols di buatnya hoccay!

    ReplyDelete
  13. PS : TOLONG EMAIL PADA SAYA NAMA PENUH DAN ALAMAT. EMAILKAN DI fairusmamat@yahoo.co.uk TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  14. dtg mencarik chucuk2 yg kuar kat jjcm =)

    ReplyDelete