Wednesday, August 1, 2012

Iftar 2012: Day 11

Assalamualaikum

yaa dah masuk hari ke 12. lagi 17 hari nak rayo !!! hakhakhak
aku dah start dengar lagu raya okey kat office. semangat kau mek long
aku paling suka lagu Azlina Aziz tu. yang 'indahnya beraya di desa'
wah tahun ni lagi indah lah. sebab insyaAllah raya ke-3 balik kampung kecintaanku terengganu !!
aku dah berapa tahun tak balik. ada 2 tahun kot
yang lain2 tu selalu la balik. aku je tak balik. sob sob sob
dah list macam2 okey nak makan balik kampung nanti
ketupat sotong, satar, sotong tepung kat batu buruk, pulut panggang ikan, karipap inti ikan,laksam, nasi dagang mek. wuhuuuuu
pitam! matiklah mem-plan kemasukan lelemak dalam badan kannn

semalam menu berbuka semua simple je
mama pon masak simple sangat. best pulak kan sekali sekala makan macam ni



mama goreng pisang tanduk. balik kerja aku pergi bazar Cheng beli itu satar dengan karipap(ayam, daging & epok2)
satar tu............. menyedihkan betul tahu
mula2 aku makan. okey rasa macam masam2. aku ingat dia terlebih perah limau ke apa ke kan. yela orang sini buat manakan sama dengan pantai timur. so aku pandai2 je cakap kat mama, dia terlebih letak daun kunyit dengan limau sebab tu masam. kahhhhhhhhhh
sekali mama makan, cakap ni dah tak elok. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
rugi tau duit makcik. 4 hengget tau aku beli. sob sob sob sob



then mama goreng cekodok bilis. wah berbuka cekodok bilis pon lazat jugak kan. makan bertiga je semalam. aku, adik dengan mama. baba berbuka kat medan ikan bakar dia. licin uols cekodok. lupa nak simpan kat baba. hakhakhak naga betul
itu roti bom pon beli dekat bazar cheng. sedap jugak tapi so oily duh



then adik aku goreng benda2 alah ni
cocktail sausages, nugget ikan dengan ayam goreng crispy yang ayamas tu. eh ayamas ke. ke aku beli brand Tesco ntah. biasa la aku kan duta Tesco. sumeeeeeeeee Tesco. hahaha

hari ni cadangnya berbuka kat ayam penyet dengan my bff cik ayu.
mula2 nak pergi chucuk-chucuk jumaat ni. pastu tak jadi. sebab tengok special menu monday punya macam best kan. so tukar, booking next monday
memandangkan hati menggila nak melepak, so kita plan makan ayam penyet je hari ni. hihihi

okebai


lets klik !!

7 comments:

fairus said...

SEMALAM SAYA BERBUKA 2 KEPING ROTI BOM JE.. :)

nur anis said...

satar kat tempat saya pun tak sedap..:(

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bestnya nak blik raya kg ehh? akak ni tak sure lagi.. silap2 hari bulan tercongok gak beraya kat KT.. hehe... time2 raya byk juga ke org berjual kat KT tu....

YanaMIB said...

tips nk bli mknn kt bazar..cr gerai yg mmg dh biasa meniaga..xpn bli kt restoren je..klu pi gerai yg meniaga setaun skali mmg skt ati je mknn basi lah apa lah..huhu

eh ko raya ganu eh..aku raya melaka thn ni..kg laki aku..br ingt nk mentakedarah kt umah ko..ngeee~ =P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

aduyai baru 12.00 tengahari ....lamabt lagi nak berbuka..lapar tu tengok makanan banyak2 nih ...huhuhu

Acik Erna said...

salam lya..sebut ayam penyet..acik teringat ayam penyet kat air keruh tu..sedap..

eelobor said...

oooo....dok bilang hari gak eh?