Friday, August 3, 2012

list list list. kau beli selain dari dalam list, kau siap !

Assalamualaikum..

alhamdulillah sudah memasuki 14 Ramadhan
dan aku telah diberikan "cuti" semalam. hewhewhew
tapi tak sure "cuti" tu sebelum ke selepas berbuka. so to be safe la kan, mama kata takpe assume je semalam tak boleh puasa dah. sebab tak pasti kan. takpe lah ganti puasa extra pon nanti. tskkkkkk


pagi2 sampai office, terus list barang nak beli untuk buat biskut raya
ni bukan main semangat list kan. sekali sampai kedai, memang lebih dari ni aku sebat. sebab dah masuk kedai tu, rambang mata okey. kau ingat shopping handbag je rambang mata?

aku ni apa je yang tak rambang mata. haha
hah usually aku pergi beli barang buat kek/cookies ni dekat Amiplus
dekat je kat belakang office aku ni je hah. hikhik
orang Melaka ku cintai, kalau nak pergi beli barang godek2 kuih kek, boleh datang sini.
dia ada jugak branch dekat bukit beruang kot. ke mana ntah. lupeee mokcik. heeeee


setakat ni dalam list, biskut raya yang nak di buat adalah:

1) Choc Chips Cookies
2) Biskut Gajus
3) Biskut Badam Crunchy
4) Biskut Dahlia Coklat
5) Biskut Cornflakes Crunch
6) Biskut Daisy Petals (yang ni tengok mood dulu. haha)
7) Biskut Cornflakes Madu
8) Biskut Mazola

okey so far ni 8 je dalam list. tapi kene tengok masa jugak. dah aku ni kalau nak menggodek biskut, masa yang ada hanya weekend je lah
kalau sempat, 1 malam boleh la buat 2-3 jenis

macam last year, buat sabtu malam, memang tak tidoq la kan sampai sahur
lepas sahur baru membantai tidoq sampai tengah hari. hahaha
memang maraton menggodek. oven dah lah 1 je. tskkkk
lepas tu tenaga nak menggodek biskutnya 2 orang je
mama memang dah surrender buat biskut raya ni
dia main tempah je. mama dah tempah lah kuih2 tradisional dia tu kan
macam baulu, rempeyek, kuih ros, kuih sepit
so tinggal aku dengan adik sorang yang no. 3 tu
yang bongsu, kalau dia balik boleh lah tolong
yang si mesir tu, next week friday baru sampai
okey bertambah kuncu2 buat biskut. nice nice

esok plak nak pergi shopping raya
sebab ahad last sale parkson tu
malas ke rajin ke, memang kene pergi esok
sebab ahad memang takdo doh aku nak keluar shopping. kuasa aku


lets klik !!

10 comments:

doc said...

nak raya Melaka lah tahun ni...
boleh...?

kechixx hussain said...

wahhhh...semangat ni nak buat biskut raya..;)

-Sara- said...

bagosnya buat cookies sndiri

wahida said...

wah...byknya kuih raya ko nnt nok...aku ni 3-4 jenis jer, itu pun order ngan member2...huhu..

nur anis said...

saya pun nak start buat list beli barang kuih ni..:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waahhh dah buat persiapan... moon je xbuat pape lg nie..hehe

fairus said...

tak nak beri saya sebalang dua ke? :P

eelobor said...

wah...rajin nyer dia

Hanis MY said...

Hebatnya buat sendiri kalau dkt teringin nk order leh?

makcikkantin said...

Wahhh, banyaknya list lya....

Biasalah tu...makcik pun masa muda muda dulu buat biskut sampai terlebih meja!

Happy baking