Friday, September 21, 2012

Balik kampung part 5 - batik, batik, batikkkk

Assalamualaikum

Jumaat sudah. Kalau ikutkan nak MC hari ni. semalam pergi jumpa doc, body tempt. aku 38c. Syabas. Batuk jangan cakap, macam nak pecah dada

Tapi disebabkan hari ni ada tender interview penting, so I datang kerja jugak uols! Workaholic tak? puihhh

So, sambunglah kita entry balik kampung yang never ending ni. LOL
Ni berkisar pergi pasar payang borong batik. kain batik dan batik untuk buat baju. Omak den lah ni. Asal balik beli batik. batik batik batik. mimpi pon mimpi batik la gini!


adik bujang yang boring lettew. Tak kan dia nak beli batik jugak kan



minah tu la paling sebok beli batik. Sebab tahun depan konvo. Hello orang arab tu pon tak tau menilai batik kau ye. Beli kain cotton sudah *nada jeles lettewww*


my daddy yang pantang jumpa kerusi dalam kedai lantas duduk. Yela dia mana larat berdiri lama2. Nak tunggu diorang ni pilih batik, boleh amukan jugak


dah beli batik untuk buat baju, kain batik pulak. kawan tempah lah jiran tempah lah. Buat bisnes bagus ni. hahahahahakkkk


lambakan batik. mak aku dapat sehelai RM15 kot. pandai2 lah ko bodek tokey tu ye


semua beli batik. aku je tak. sob sob sob


sepanjang benda alah ni wujud kat trg, sekali pon aku tak pernah masuk


air nyoq.. sedapppp. Panas2 tu memang best lah. srott srottt kejap je dah tinggal ais 



senyum tu puas hati la dapat batik. ggrrr



dah shopping, tudung pon senget benget uols. ni sebelah pasar payang


jammed hazab gila !


boleh tak bapak aku beli benda ni???



lets klik !!

10 comments:

kucingorengemok said...

eh beli renjis² tu... akan dapat kad jemputan kah kita semuaaa? :D

wahida said...

tu maksudnya nak suh kawen ko tu nok...

Kakzakie said...

Dekat pasar payang nie memang memanjang jem kan. Pernah kena saman pihak majlis di sini sebab abang parking tak masukkan duit. Dah tempat nak masuk duit tu rosak nak buat macam mana. Nasiblah kami tak baiklah masa tu..

nur anis said...

waa..kalau saya, mesti join rambang mata..haha....

fairus said...

SAYA SUKA BELI BAJU BATIK YANG MURAH JE.. DULU BELI KAT PASAR PAYANG, HAMPIR 2 RATUS SEHELAI, TAPI QUALITI TAK BAGUS.. KOYAK SANA SINI.. BELI YANG MURAH DULU SAMPAI SEKARANG BOLEH PAKAI LAGI..

kechixx hussain said...

air nyo itu buat daku tergoda aw aw...hehehe;)

ainnoraini said...

kakain tak pernah sampai lagi ke Trengganu..

kesiannkann...harus kene pegi jugak nii...

gadisBunga™ said...

dah baik belum demam tu??? tender interbiu tu serah le kat org lain...ish budak ni...

Ezad Skytech said...

kalau murah apa salahnya nak beli banyak sikit batik tu kan...

P.S - tak pernah sampai terengganu...huhu~

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Eh...bapak dah prepare tu ..anak cecepat la cari calon..hihihi