Tuesday, October 30, 2012

Murtabak Maggi

Assalamualaikum

Lambat sangat nak tunggu 5.30pm ni. Bukan ada koje pon hari ni
So mari up lagi 1 entry


Oh kita ada soalan dari Pn. Afasz



Afasz, aku ni kalau masak aku suka main campak2 je. Takde spesifik sangat pon. Melainkan kalau betul ikut resepi. Hihihi
So ini murtabak megi aku main agak2 tibai je tapi alhamdulillah rasa tu diterima ramai kaum keluarga



Murtabak Maggi 

Bahan:

- 4 peket Maggi Kari (ikut suka la nak guna pedas letup ke pedas berapi ke)
- 3 peket perencah maggi kari tersebut 
- 6 biji telur
- setengah cawan susu segar *tak guna pon takpe ni saje tambah*

Cara:

- Maggi tu kasi rebus la ye. Agak2 dah masak, tos kan. Jangan lembik sangat plak. Aku suka maggi tu pejal2 sket
- Telur + susu + perencah maggi kari tu di kocok. apa ke kocok perkataan aku guna ni. haha
- Then maggi yang dah di tos tu, campurkan dalam adunan telur itu.
- Dan boleh masak dalam frying pan, letak minyak sket je just tak nak kasi melekat. Dah masak, angkat dan bedal. Makan dengan sos best. Makan begitu saja pon best.

Portion bahan di atas tu menghasilkan 4 keping murtabak megi. Boleh makan dalam 7-8 orang. Kalau orang tu jenis makan sket. Macam kitorang ni, makan ber5 je. hakhakhak. buruk lantak btoi

Sekian entry masak2. Selamat mencuba. hihi

^_^>


lets klik !!

17 comments:

KAMIHIDUP said...

Memang sedap.

gadisBunga™ said...

sekian..mekasihhh! malam ni jugak boleh try buat.

kalo rajin...heheheh!

4feet8 said...

first time dengar.. rempah kari tu masukkan sume ke..? tak masin ke mkn tanpa kuah..hehe..tanya saja..tak pernah terfikir sampai cmni..kreatif2..

makcikkantin said...

sedap lya...makcik pernah buat tapi not as murtabak tapi ala ala roasted pasta gitu...

redza said...

pedas berapi lg sedap

rATu kEBaYA said...

akak tak pernah buat lgi.. teringin gak nak buat... tapi risau tak jadi.. huhuhu

nur anis said...

lama tak buat ni..memang sedap kan...tapi selalu saya buat, perencah tu masuk je semua..sebab suka masin..hehe

Kakzakie said...

Memang sedap.. boleh bawa bekal ke sekolah juga. Kalau bubuh daun sup/daun bawang/cili pun sedap tau Lya..

[PCL] said...

Juadah bln puasa kalau dibuatkan utk bln2 lain pon ok sangat nih...teringin mkn maggi. ..buat mertabak maggi!

fairus said...

SEDAP KE? TAK PERNAH RASA.. NANTI BOLEH CUBALAH..

kechixx hussain said...

x pernah try..ada ke jual kat pasar2 malam?nmpk macam melazatkan;)

Nashays said...

kena cuba neh
P nak pakai sebungkus megi aje..
Stok megi adalah terhad kat sini..
Mak pakai megi lokal mcm x berapi sangat...

Tihara said...

as salam

sedap jugak eh metabak megi..lama dh tak makan tapi versi saya la..nk try versi ni plak..insya Allah :)

Dyna Yvonne said...

sdpnye waaak.dari ari tu nk try wat murtabak ni tp tak jadi2 lg. hee

LYAfrina said...

serius..
lya x pnh cuba lag mkn martabak maggi ni... kat sni ssh nak cari

eelobor said...

ehh...dah lama la tak makan murtabak megi nih. terasa nak makan la pulak malam nanti....

YanaUjang said...

senang je nk wat murtabak megi ehh..maseh beb! aku skrg mmg tgh dilanda mood rajin memasak!wakaka :p