Friday, November 23, 2012

jangan biarkan hidup aku di selubungi ketakutan.

Assalamualaikum





sekarang hidup makcik adalah di selubungi ketakutan..

cerita bermula begini

Isnin yang lepas, mama bangun awal. Sebab nak bawak baba appointment doctor dekat GH. Around 6am gitu mama dah siap. Sedangkan aku masih di lamun mimpi indah bersulam bunga kekwa. Tiba2 dengar mama jerit, bangun ada ular!. Maka makcik yang serupa hantu kak limah yang tak reti nak balik rumah tu pon bangun mencicit. Sebab dengar perkataan ULAR. iols seriau. Mana ular?? bertanya kepada mama

lalu mama menjawab "mama nampak dia hulur kepala je kat atas bumbung garaj, dekat pipe salur air hujan *bleh plak ko main jengah2 kepala ye*. Dia kejar tikus kot *haih mak aku ni relaks je sembang. Ular kot!*

Then, aku pon masuk bilik nak mandi. Sekali keluar, tengok semua orang dah takde. Yes, semua dah keluar. Tinggal aku sorang. Good2. Macam mana aku nak keluar ni. Membayangkan ada ular atas bumbung rumah!

Siap2, nak pergi kerja. Bukak pintu depan kecik2. Melilau mata atas bawah kiri kanan merata toleh! Takut punya pasal. Capai kasut, berdezap lari tengah laman rumah. Sebab nak tinjau atas bumbung ada ke tak. Hahaha! Tengok takde pon. Cepat2 lari masuk kereta. Shit aku terbayangkan ular tu menyusup masuk dalam enjin ok! boleh ?? Punya seriau

Sms mama tanya ular mana. Relaks je dia reply "mama balik dari hospital baru settle". hoh!

Mama panggil JPAM. Panjat bumbung segala.bla2. tak jumpa. Adik aku tabur belerang. Takut dia duduk dalam2 salur pipe tak nampak ke. huhuhu scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Sampai ke hari ni ok tak jumpa. Harap dia dah berambus masuk semak2. Iols tak senang hidup ! hari2 mata melilau. Sebab takut terjumpa ok. waaaaaaaaaaa tak nak !!!

Dah biasa kes ular2 kat rumah aku ni. Rumah aku kan mini zoo. Ular dah bape kali datang jengah. Biawak jangan cakap. Musang? Beruk? siap aksi kejar mengejar atas bumbung lagi


*mama cakap ular tu besar jugak. lebih kurang besar botol mineral kecik tu. panjang, tak dapat di kenalpasti la. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa*


lets klik !!

20 comments:

NM02 said...

aiyak.... cari sampai dapat loooo

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huish...ular ape dapat kenal pasti tak ? takot la gitu..hati-hati k

intanfirdaus247 said...

Uuuuuisssshhh saya mmg geli dengan ular…geli dan takut

JaSSNaNi said...

ya allah.. takot nye.. seram baca.. sampai i tengok bawah2 meja skali.. bulu roma jangan kata meremang naik ni.. hahahahhaah.. takot kan.. kalau dah tau dia tak de tak pe.. tapi was was tu yg tak best..

nur anis said...

seram betul ni...dulu masa duduk jengka, rumah saya pun selalu masuk ular...memang seriau macam tu la..mata melilau je

Kakzakie said...

Eh... Lya kalau besar botol mineral kecik pun dah besar sangat tu. Menakutkan aje. Harap tak adalah dah masuk hutan balik.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

erkkkkk.... scary......

Knor said...

kak mmg geli ular sungguh..

panggil rescue utk cari ular tu..

fairus said...

ULAR KALAU MASUK RUMAH ELOK HALAU JE, JANGAN BUNUH..

Cho Zila said...

alamak.. takut ler pulak.. terasa2 kat sinipun der.. dulu kenangan kat rumah kampung selalu gak..

Anonymous said...

hakhakhak.......... siap sedia la long....... silap2 die ade je kat2 situ tgu ko...... mihmihmih................ eh motif tabur belerang tu knp ek?? aku ni zmn moden x taw sume tu... hahahaahahahahahaha

redza said...

hati2 weh..mana tau ada lg menyorok kat mana2

gadisBunga™ said...

dia dah balik ke sarang kot...?

Eny Abdullah said...

risau jugak kes ular tak jumpa ni.. !

LYAfrina said...

klo ular x bbisa xpe.. tkut ular berbisa je..

Afasz said...

isk bhy la... kalau ular jinak tkpe n. tkt la

4feet8 said...

woh..pernah gak ular masuk rumah kakak ms dia duk rumah daerah dulu.. takut sgt nak gerak sbb ular lebih laju dari pergerakan..

wahida said...

mak aiii, mmg scary ni...kalau aku pun hidup dah jadik tak tenang selagi ular tu tak dijumpai...

harap korang sefamily berada dlm keadaan selamat je hendaknya...amin....

ct kektus said...

ular tu saje nak menjenguk agaknya. hihii

Teratak Hami said...

Akak pun pernah nampak ular kat laman rumah. Sampai sekarang takut nak dekat dgn pokok yg ular tu masuk.