Thursday, December 6, 2012

sakit di siku tapi tak tau apa nama penyakit tersebut.

Assalamualaikum


Nak story perihal ayahanda yang sekarang jadi penghuni hospital. Huh hospital? Dah lali. Memang macam rumah kedua dah gh (general hospital) tu. Sampaikan bangla dah kenal adik aku, siap angkat tangan okeh ! huahuahua yang tu memang sahih lawak. Sampai bangla dah cam muka

Ni masuk hospital sebab tangan kanan (area siku) mengalami masalah. Actually dah lama masalah tangan ni. Bermula dengan sakit, sengal. Nak gerakkan sakit. Pastu macam membengkak. Macam2 rawatan la buat. Moden? Tradisional? Name it. Tepek daun hape ke nama ntah. Tembak sinaran biotron? Sudah. 

Dah 2 kali jugak masuk hospital operate siku ni. First operate kalau tak silap doctor cakap dia macam bernanah ke ada air ntah. Wallahualam dah lama, dalam pertengahan tahun macam tu kot. Dah operate, then dressing sendiri dengan nurse. Nurse tetap la kiranya. Then, kali kedua tak ingat bila, masuk balik, operate balik sebab apa dah lupa.

So ni masuk balik sebab doctor cakap ada infection ke apa ntah mula2 tu dia cakap. Almaklum makcik banyak makan puding semut tu pelupa. 

So operate, korek2 dekat area siku tu, kalau tak silap dia korek sampai ke tulang kot, dan amik sample (eh? ke apa ntah lupa, sample tisu kot) dekat area tulang tu, untuk di kaji. Pas dah kaji tu, doktor cakap apa ntah, lupa. Tapi ada sorang doktor pakar ni tetap dengan pendirian dia benda ni ada kaitan dengan kuman tibi. Pastu doktor suruh pakai mesin ni dah macam generator kat pasar malam untuk sedut nanah 


operate situ. nampak tak jahitan itu? korek di situ. wayar tu untuk sedut nanah. yang tepek benda kuning tu, tuh luka operate dulu. dia actually berlubang nampak isi. yang tu dressing dengan nurse dekat rumah. okey nampak bersih cuma tutup la. kalau terbukak je kang bahaya la. korang kalau tengok mau pengsan




hah benda ni yang aku cakap macam generator pasar malam tu tapi bunyi dia slow je la. takde la melampau macam bunyi pasar malam. nampak lah nanah bercampur darah melalui wayar itu. hari doktor cakap pakai 5 hari. tapi hari tu dah bukak. ni pasang balik. pening mak nok. apa2 lah janji cepat baik

kesimpulannya masalah tangan ni masih teka teki gitew. tak tau lagi pasal apa. apa2 pon bapak aku tu sihat je. takde demam2. makan ON. makan tu penting. berselera je. lagi2 aku rajin melayan. petang2 datang tapau macam2. matiklah naik pulak kencing manis bapak aku nanti. tapi tak baik derhaka okeh. dah dia order. aku kan anak bertaqwa. huahuahauahu pelempangggggggggg sedas


lets klik !!

11 comments:

fairus said...

SEMOGA BAPA KAMU CEPAT SEMBUH..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huish....ngeri lah tengok berjahit...semoga ayahanda tu cecepat sihat seperti sediakala

nur anis said...

semoga pakcik cepat sembuh ye....

NM03 said...

cepat sembuh ye ayah!

n@D3iR@H said...

moga pakcik cpt sembuh....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

semoga cepat sembuh ayahanda yer...

Teratak Hami said...

adussshhh ngeri tengok. Akak yg jahit skit kat tgn ni pun dah terasa ngilu. Ni kan pulak ada guna "generator" lagik.

Harap bapak awak cepat sihat.

wahida said...

kesian kat pakcik...

ko kena control jugak pemakanan ayah tu nok...jgn diikut sgt...kang lain pulak penyakit dpt...kencing manis ayah tu kena jaga...


semoga pakcik sembuh harapnya...

MaMa Rey said...

kesian kan dah berumur macam-macam penyakit kena..harap sembuh cepat

Adeqq said...

Semoga abah lya sihat hendaknya. Jaga diri. Makan ubat. Ikut nasihat doc. Lya pun sama k.

Kita rindu awak laa :(

Nashays said...

hmmmm apekah masalah nye ittew..