Thursday, June 20, 2013

di landa hujan ribut

Assalamualaikum

Okey ni actually ahad lepas. Malam ahad tu. Lepas maghrib keluar nak hantar adik bongsu balik KUIM kat kuala sungai baru. Dekat je dengan rumah. Kentut pon lepas
Biasa dia bawak kereta. Ntah mimpi apa pemalas nak bawak kereta. Suruh kami hantar. So after maghrib keluar, pergi makan dulu somewhere dekat pekan kuala sungai baru

Dah order makan, sembang bla2. Cuaca masa tu biasa je. Cuma sejuk je la macam nak hujan
Pastu order roti canai dengan roti arab sampai. Order 2 tu makan share. Main order belum sampai
Tengah makan roti tu dah macam nak hujan. Angin tapi tak kuat sangat
 Then bila sampai je main order, baru nak warm up perut ok, tiba2 je ribut pasir. Sampai masuk mata. Sebelah kedai makan tu tanah kosong. So bila angin kuat tu yang ribut pasir. Masing-masing tak tentu arah kan. Yela customer boleh tahan ramai la. Tapi kedai kampung, kedai jenis open air gitu. Habis la pasir bagai terbang.
Then, tiba2 je hujan turun sangat lebat. Hujan angin. Habis air bukan terpercik dah lagi. Ni dah kira macam di landa hujan dalam kedai makan. Semua orang yang duduk meja masing2 tu bangun la nak berlindung. Sebab serius kuat gila hujang angin



 
lampu goyang-goyang. scary. angin kuat sangat aku takut tercabut je lampu tu 



makcik kedai (baju biru) dok alih kuali roti canai dia. habis termpias




air dah penuh kat lantai



habis terangkat alas meja. nasib tak tercampak je




meja kami dapat di selamatkan. orang kedai tu alih dekat dengan bahagian dapur. tapi kami tak makan pon sebab kan dah kene ribut pasir earlier. takut pasir masuk makanan



semua berlindung kat belah-belah belakang kedai



eh perempuan ni siap boleh sengih. mama pon steady je haha. baba kene duduk. yela dah lah angin kuat. baba mana stabil sangat. kang silap-silap terbang bapak aku plak hahaha

tak tunggu sampai betul-betul reda pon. boleh tahan lama gak la tunggu. setengah jam melanguk tak buat apa. hujan lebat. lepas tu ramai orang redah pergi amik kereta masing2. lepas bayar, aku pon p redah amik kereta gak. terus cau

haiyya tak pernah aku kene situasi macam tu. biasa kalau hujan lebat kan dok dalam rumah. memang tak keluar kan. scaryyy


lets klik !!

12 comments:

Masya said...

ya aallahhhh .... takda rezekilah nak makan yer...

the malay male said...

dugaannnnn

Intan said...

pengalaman kena ribut ni boleh fobia dibuatnya..sampaikan ada pak cik yang azan baru ribut berhenti..ribut ni cepat datang & cepat pergi..tapi nak tunggu sampai reda tu takut tak terkata..

Dr Singa said...

free of caj tak makanan malam tu??

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hurmm...takot kan ...saya pernah hujan lebat ribut taufan bukan kt kedai makan ...tapi kat atas moto tengha jalan ....rase macam nak nanges je ms tu ...huhuhu ..takot giler

redza said...

dasat jugak tu..nasib baik bumbung kedai tak terbang

lizz said...

takut pulak biler tengok keadaan kedai tu...

NM02 said...

mmm la hai... ade gak ujan tgh jerebu skang ni...

nur anis said...

Hishhh...seram tu...

Kakzakie said...

Kira bayar tapi tak makan semuanya Lya.. Kalau angin kuat dgn hujan memang takut.

wahida said...

mmg scary...

lawak statement takut baba ko terbang tu...hahaha...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg takutlah kena camtu.. paling takut kalau ada kilat petir sekali..