Friday, June 28, 2013

Ramadhan is just around the corner

Assalamualaikum



ye. tak lama je lagi. seminggu ++ dia akan tiba. dah ganti puasa? alhamdulillah settle
esok ada buat kenduri kat rumah. kenduri nak sambut ramadhan. balik kerja nanti nak ambil kurma dah booking dekat 1 kedai dalam melaka sentral. 200 kotak. fuhhh harap-harap dapat parking depan-depan. kalau tak jenuh la nak suruh abang kedai tolak troli kurma sampai kat kereta

well menu kenduri rumah aku ni biasa lah. orang kampung pon dah biasa sangat. menu wajib adalah kari itik dan sambal udang. lain-lain, ikan keli bakar kot. tak confirm lagi. sayur ulam bla2 tak tau apa jenis lagi. semua mama baba uruskan. saudara-mara start hari ni akan pulang. wah meriah. tak sabar. sebab family kita orang dengan makcik je yang stay kampung. lain-lain sume berhijrah luar. penuh lah rumah kampung. weehuuuuuuu

malam ni nak buat agar-agar untuk kenduri esok. mula-mula aku nak buat lengkong sirap je. klasik sket padahal pemalas hahaha. pastu mama tak nak. suruh buat agar-agar santan gula melaka tu. favorite tu. jangan tak sempat kenduri, orang dalam rumah sendiri habiskan haha

okeylah. mana-mana yang dekat, jemput kenduri. boleh makan kari itik. wehehehehe



lets klik !!

11 comments:

redza said...

perghh!! kari itik, ikan keli bakar..sedap weh!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

mmg da dekat sgt kan ? huhu

Qashmere said...

Memang dah dekat sangat...

Kakzakie said...

Paling best bila nak dekat ramadhan sana-sini org panggil makan kenduri Lya. Tempat kakak ni lain kenduri nak puasa, kenduri kawen pun ada juga..

fairus said...

ALHAMDULILLAH.. SAYA SECARA PERIBADI, TIADA MASALAH DENGAN BERPUASA..

zila said...

wahh kari itik..saya biasa makan..dagingnya agak kenyal dan sedap. Kalo kenduri2 ni mmg best..oleh jumpa semua sanak saudara dan adik beradik :)

Knor said...

ahad di jamu org..isnin nak jamu orang..

sambut puasa..

JuadahMalaysia said...

Kari itik tak pernah cuba lagi. asyik makan kari kepala ikan ja..heh.
Anywaj semoga sukses dgn majlis kenduri dan selamat sambut ramadhan

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh kari itik... baru je td duk borak ngan member pasal teringin nk makan itik.. hehehehe

LYAfrina said...

wow!!\cantik dgn trademark baru ni..
mula2 td igt blogger bru msuk blog lya.. hehe.. nama pon baru ye..

selamat myambut ketibaan ramadhan ;-)

Azian Elias said...

Best nya kenduri kan.

Kari itik??? Tak penah makan..kalau dekat mau akak terjah tanpa dijemput..heee..