Monday, June 3, 2013

random jumaat sabtu ahad

Assalamualaikum

Hari ni sampai awal ke office. Pukul 8am dah thumb print. Syabas. 
So, nak lump sump entry. Jumaat sampai Ahad.
Sebab kalau simpan je, sah2 aku tak update. Dasar pemmmalas


Jumaat 31May - Steamboat Day at Office


warga wanita kat floor iols ni buat steamboat. yeay best best
masing-masing bawa bahan2. the day before plan la kau bawak tu aku bawak ni so takde la bahan yang sama. ada ayam, crabstick, sausage, telur bla2. aku plak bawak enoki, cendawan tiram,kailan,peas, broccoli dengan fried bean curd skin



periuk dia ni colleague aku bawa jugak. best best. ada 2 partition 1 sup ayam 1 sup tomyam. paling bagus steamboat hari jumaat. yang jejaka muslim pergi jumaat kan balik pukul 3. others plak manager2 sah takde kat office. bermaharajalela weh steamboat huahuahua





aaa sedap sangat. tengok rasa nak balik. by the way, kat mana boleh aku beli periuk ni. boleh buat kat rumah kan. jusco ke parkson ke ada jual tak? tesco? anyone know?




sorang colleague aku bawak cili kicap. omaigodddddddd lazat gila cili kicap dia to the max ! nak2 aku yang hantu pedas ni. kau tengok cili aku letak banyak mana. lazat gila. aku siap tapau bawak balik ok cili kicap tu mihmihmih. balik makan dengan kerepek tempe bandung mari yang makcik aku bagi.fuhh terbaik



Sabtu 1 June - Wedding & Secret Recipe

Sabtu aku pergi wedding. kira wedding tertunda. eh ada istilah wedding tertunda ke? haha
sebab ni wedding colleague. dia dah nikah lebih kurang 1-2 bulan lepas kot and reception belah bini dia dah buat. Kira ni belah lelaki pulak


mama. eh tapi mama dengan baba pergi wedding lain. member theyols. aku pergi sendiri mihmihmih. saje tepek pic sebab mak aku pantangg aku dok camwhore tiba2 dia mencelah nak camwhore jugekk




aku sarung je baju apa ada. malas nak iron baju lebih2. amik bff cik odah then pergi wedding tu kat Kasa Height Alor Gajah. Takde pic. Makan2 then heading to Aeon Bandaraya nak cari kasut asalnya. Pehtu lima-nam kali ulang alik dalam Brands Outlet haram tak beli. Pergi Vincci pon sama je nyampah. Takpe tunggu gaji aku serbu kau



then pergi minum kat SR. Sebab ngantok dan kaki sakit tour 1 Aeon tu punya pasal




I took mocha espresso. Sebab mengantok punya pasal kan




fries. kau tengok dia punya presentation. biasa kan letak dalam bakul kecik tu. dah kenapa pulak that day dia lambak kan dalam piring besar ni? masa dia hantar, aku dengan kawan aku was like "aku makan kat SR ke kat rumah ni?" nak kata ramai orang dalam SR tu takde la sangat. dah la dia letak fries macam tu, macam kau merajuk dengan laki, bagi makan nak tak nak. heh kami bayar ok. dah lah 6 hengget kan. pastu kami ni usha je la, then nampak tag kat budak2 tu "trainee". Ok fine. Pergi kursus dulu ye dik




6 ketol seafood spring roll at RM 8 ++



Ahad 2 June - 3 wedding ceremony


Ahad bawa mama dengan baba attend wedding. 1 saudara jauh tapi rumah dekat je hihi. 1 kawan baba dan 1 lagi kawan mama. Aku biasa la, driver. uhuk uhuk



rumah pertama. ye aku memang amik macam2 pastu at last sume tak habis. Mak aku bengang je huahuahua. Pembaziran. Ntah hape2 aku ni. Ayam pon tak habis padahal biasanya asal amik licin. huhuhu perut ketat duh



rumah kedua. nasi tu cukup2 dua suap. mak aku warning dah tau tak habis jangan amik lebih. hihihi. so cukup ayam merah seketol and kari daging seketol. bagus tak bazir



rumah ketiga. amik acar rempah dengan nenas masak lemas. pon tak habis. serius semalam aku ntah hape2 okey. aku ni, bila tak habis mula la mak aku jeling. membaziaqqqq


okey tu je bye


lets klik !!

17 comments:

redza said...

tgk makanan terus rasa lapar....

Kakzakie said...

1. seam-boat best!!
2. Mak cantiklah kalah anak dia hihi.. jgn marah:)
3. Pesan mak tu betul jgn membazir

Acik Erna said...

assalam lya..acik kalau pi kenduri..memang ambik sikit..cukup setakat acik rasa boleh habiskan..lauk pun ambi satu jenis je..kalau ambik banyak lauk..tak tau nak habis kan camana

JaSSNaNi said...

lya... best semua... paling terliur tengok mocca espresso tu.. perghhhhh menjilat cream kat atas tu.. :P
memang banyak wedding skrg ni.. cuti skolah.. lagi 9 bulan penuh spital bersalin.. :P ahakkksss... :P

wahida said...

bestnya steamboat...
terliur aku tgk weh...

NM02 said...

mmm... sampai 3 umh ye, mmg patot le amek kuantiti byk tu... hehehe


AZ Craft Creations said...


Hai..sy ada menerima tempahan kraf felt pada harga yg sangat murah..

http://azcreations11.blogspot.com/

https://www.facebook.com/pages/AZ-Craft-Creations/109353639269048

Thanks.. =)

Knor said...

makn time...sedap2

fairus said...

macam2 makanan ada.. :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah lama tak makan steamboat ..huhuhu

LYAfrina said...

meriahnyer wak mkn2 g2 kat opis...

LYAfrina said...

meriahnyer wak mkn2 g2 kat opis...

rATu kEBaYA said...

lapar terus akak... padahal baru leps makan.. steambot tu tak menahan... kecur2 air liur dibuatnya..

sudipVSsenduk said...

bestnya dkt ofis boleh main masak-masak..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehe btol tu..jgn membazir ye... :)

Alia Laila said...

Terbukak pulak blog akak comel ni tetengah malam kan. Lapaq :((

Kami sefamily pun macam tu, kalau pergi kenduri yang bersusun dalam satu hari, ambik nasik dengan lauk sikit ja untuk setiap kenduri. Bajet space dalam perut hehe :D

intanfirdaus247 said...

salam lya..maaf lama kak intan x mai sini..hope lya sihat selalu dan ceria selalu..steambot tu sedap betol tgk huhu