Monday, July 22, 2013

Abang Burn I love youuuuuu (iftar last friday)

Assalamualaikum


*minta maaf. entry ini tidak berniat buat anda lap air liur di pagi hari huhuhuhu


Hehehehe apa pon tak boleh aku ni. Pagi2 ngadap blog dulu apa2 hal. Hari ni nak settle banyak benda. Takut kang tak sempat nak update blog. Wahahaha boleh gitu kewwww
Setelah berapa lama ku tunggu Abang Burn buka kembali cawangan melaka dia, akhirnya!!! Jumaat lepas dia mula beroperasi. Dulu kat restoran melayu melaka, now dah tukar tempat. Dekat dengan dewan hang tuah.
Okey if orang Melaka nak pergi, senang je. Dia kat bus stand lama yang tepi sungai tu, ada medan selera. Alah belakang ocean tu. Alah mesti tau punya lah

Biasa lah kan aku tak habis2 stalk fb Abang Burn, nak tunggu dia announce bila cawangan Melaka nak bukak balik. Sekali stalk fb last friday, tengok dia update cakap melaka punya bukak balik jumaat hari tu. Aku apa lagi, bergelimpangan kesukaan ! boleh ayat gini? hahahaha
Terus ajak officemate berbuka kat Abang Burn. Gila excited. Memandangkan jumaat tu first day dia beroperasi semula, so dapat diskaun 10%. best best

So balik kerja around 6pm macam tu dah sampai. Gila awal. Sebab fikir jumaat, takut jammed kat jalan hang tuah je kan. Sekali elok pulak traffic hari tu. Mungkin bagi can weols si kebuluran nak sampai kat Abang Burn cepat hahaha

Sampai-sampai tengok eh macam tak ready nak bukak sebab nampak pekerja2 dia still dok gantung banner bla2. So weols ni dah macam orang tak tentu arah. Dah bukak ke belum ni? Ke weols ni ketara sangat kebuloq burger Abang Burn? Hahahaha. Pergi masuk Avon jap, pastu patah balik pergi Abang Burn. Terus cakap nak order makan untuk berbuka. Dah order semua, p duduk kat bench tepi sungai tu bersembang dulu



layankan lah minah model Abang Burn of the day




order time. masa nak order, semua tak tau nak makan apa. semua nampak lazatttttttttt




dah order dok menyembang tepi sungai tunggu masa berbuka




sungai melaka



kaki kembang semangkuk macam orang mengandung tunggu hari



Dan mempersembahkan, burger-burger kami !!!


aku punya. al-lazat supremo with cheese RM 11.50 . ada ring onion dengan mushroom sekali dalam burger tu





motif tayang 2 kali? hahaha. ini sendiri tengok sendiri tergoda. wuhuhuhuhu I cry



member punya. chicken supremo with cheese RM 10.50



member punya beef supremo RM 10.50



member punya jugak beef ori bacon RM 10.50



yang di kepingin sangat itu. Meatball !!! yayayayayaya RM 9.90



tayang 2 kali sendiri keliuran. I want more. Waiting for next session. Sedap me loike !




masa ni tunggu Azan. Oh dugaan betol huhuhu




gambar ni cilok kat fb Abang Burn hahahaha. ketara sangat tu pengunjung yang tak sabar nak menikmati burger. hari pertama bukak dah terpacul depan kedai. huhuhuhu



so total makan termasuk air soya 4 tin RM 52.90 diskaun 10% so bayar RM 47.60. Hari tu ada refill air jugak air sarsi kordial. Bagus I tak suka air carbonated ngeh3

Kesimpulan, saya suka ! Tapi saya harap Abang Burn akan lebih letak banyak sayur, atau adakan choice boleh add on sayur ke macam salad, tomato dengan bawang holland tu. Lagi best. Tapi apa-apa pon, I love u Abang Burn! hehehehe


Burger Bakar Abang Burn
Medan Selera Sungai Melaka
No. 1, Gerai Dewan Hang Tuah
(dekat Bus Stand Melaka lama tepi Sungai Melaka)
75300 Jalan Hang Tuah, Melaka.


lets klik !!

20 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

perghhhhhhhhhhhh... al-lazat sungguh nampak burger2 itewww

redza said...

sedap weh!!!

rATu kEBaYA said...

syedapnyer..... akak walaupun dah lama ada kat klang ni pun. tak sempat nak p merasa lagi.. huhuhu

Kakzakie said...

Kakak pulak tunggu turn dia buka cawangan di JB pulak Lya..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

oowhhh, belakang ocean jerk yer... hehe..thanks kasi info... next week nak turun melaka lagik...

wahida said...

bila aku nak try ni weh...

YanaUjang said...

sedap kannnn al-lazat tu?? hehe tah bila aku nk mkn lg x tau la..dh la beger tu ada bln pose jek..adeyy

ainnoraini said...

mmg sedapkann....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh.. al-mantap berbuka korang.. tak penah lg try burger abg burn nehh..

NM03 said...

wow... hebak abg burn skang... dah makin luas sayapnye... alhamdulillah

Knor said...

wah..wah..tepi sungai..layan burger..

dear xila said...

huyooooo nyummeh tegoda ai ;p

fairus said...

TAK PERNAH CUBA LAGI.. NENGOK GAMBAU NAMPAK MENARIK..

Zul Fattah said...

fuhh.. tergugat nafsu makan bila nampak burger bakaq.. yg abg burn punya x pernah try lg.. kat perlis, burger bakaq biasa je..

Dr Singa said...

tersedak Abang Burn!!!

Amalina Hussain said...

dapnyeeee...dah banyak kali plan nak pegi makan burger abe burn ni..tapi x menjadi je..kali ni kena betol betol plan ni.. ;)

man said...

Wah mcm behnya..blh join...sila lah dtg ke blog sy ye..http://ajax85.blogspot.com

Azueriena Norash said...

aduhh nak pengsan nengok burger nie..tgh lapor...nie...lap2 ayaq liur...

eelobor said...

dekat KL nie pun ada yg dekat ngan umah saya tapi tak pernah lak tergerak hati nak cuba. mungkin lain kali nak cuba jugak lah...

JuadahMalaysia said...

Satu lagi makanan yg belum pernah cuba walaupun dia dah popular amat skrg nih (burger abg burn)