Monday, July 29, 2013

Choc Chip Cookies

Assalamualaikum

Haiiiii lebih kurang 10 hari lagi nak raya. Dah start buat biskut raya ke uols
Aku punya engine biskut raya baru je start hah. Lambat betul mood datang. Balik kerja sabtu lepas, sabtu memang half day, pergi kedai barang-barang bakery. Malam tu jugak start engine. So malam sabtu hari tu buat biskut wajib setiap tahun. Choc chip cookies. Setiap tahun buat choc chips, aku akan gunakan resepi yang berbeza. Tapi resepi yang aku guna kali ni, hasil dia sangat ohsem! Kalau tak percaya sila cuba ye

Resepi asal adalah dari CMG yang di olah semula oleh Pesona Cinta Cida De'Nuanza. So aku guna resepi Pesona Cinta Cida De'Nuanza sebab dia tak guna serbuk koko. Aku nak cuba biskut choc chips yang tak guna koko pulak. Dan rasanya memang sangat sedap ! Resepi sila klik (yang aku bold tu)




hasil dulang pertama dari oven. Ni adik aku bentukkan tebal sket. Lama pulak nak tunggu dia masak garing. Aku suka yang garing sedap sket. Tapi lama sket la masa memasak dia. Malas tunggu



Aku letak banyak choc chips dengan almond nibs sedap sket. Choc chips aku guna yang mini choc chips




Aku cakap dengan adik aku bentukkan jangan tebal sangat and tak payah nak skema bentuk bulat je. Biar out of shape sket



Hasil seterusnya. Ketebalan biskut nice dan dapat bakar garing sedikit menghasilkan sesuatu yang ohsem !




Biskut yang wangi with lotsa almond and choc chips




dapat sebalang besar. tak penuh sebab asik dok ngap je kan hahaha. kalau tak ngap dapat la penuh kot. seriously biskut ni highly recommended. must try ok. resepi simple dan sedap. *sambil angkat ibu jari dua2 tangan* hahahaha


lets klik !!

13 comments:

redza said...

agak2 sempat raya tak biskut ni

Acik Erna said...

acik pun dah buat semalam..

Acik Erna said...

acik pun dah buat semalam..

Ratu Hatiku said...

sedapnya..harap2 bertahan lah smpai raya tu hihihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh terbaiklah ...

Dr Singa said...

sanggup tak memsasknya di siang hari...
boleh gestrik wehh..

akak tunggu beskut telur rebus ni!!

wahida said...

weh...terbau2 biskut coklat chip ko ni sampai sini nok!!

grrrr!! terliur tau!! meh bak mai sikit nok...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. dah start dah ye... akak jugala yg mood belum mari2 lagi.. hihi..

fairus said...

WALAWEY.. TENGOK DARI GAMBAR NAMPAK MENARIK.. TAPI BETUL TRY BELUM TAU.. HEHE, SEDAP TAK?

JunAina said...

Nampak gambar pun dah sedap, paling buat sedap almond tulah kot dan celah2 tu tergigit pulak coklat cip.

eelobor said...

kepala saya asyik ingat kat kampung jer nih

gadisBunga™ said...

nak! nak!!!

JuadahMalaysia said...

Drop cookies mcm ni senangkan ? tak ya nak guna acuan bagai.