Thursday, July 25, 2013

Dima Restaurant Bukit Beruang (Nasi Arab)

Assalamualaikum

Semalam iftar dengan kawan-kawan office, berlima je pun. Pilihan iftar adalah nasi arab Dima Restaurant kat Taman Bukit Beruang Utama (depan MMU)

Hazab betul nak cari parking. Mana kan ku tahu kat situ ada bazar ramadhon. Punya sesak. Tsk tsk tsk. Parking jauh wuwuwuwuwu. Takpe positive lepas melantak nasi arab boleh exercise jalan jauh sket nak pergi kat kereta konon



menu. tapi weols dah decide earlier nak makan apa. sebab dah tengok menu kat fb dia masa kat office lagi. kakakakaka



sehari sebelum aku booking. ikutkan malas nak booking. sekali, nasib baik mak booking nok. full house hoih
dan dan aku bertukar jadi puan kan. takpe. aku anggap itu doa bulan ramadhon ni hahaha




kawan saya. Puan Aishah (left) and Cik Adawiyah (right)




kawan saya Cik Nadhirah (left)




saya Cik Aini (left) dan Cik Atikah (right)
ye perlu mentioned status. senang korang nak pilih huahuahua
ye kat office mereka panggil saya Aini. gigirl sangat rasanya hahahaha




cik aini jangan koya sangat boleh tak?
cik aini boring okey nak tu camwhore je keje




mango for my friend. sangat pekat likat ibarat blend mangga sebijik. rasa ok sedap tapi aku memang tak suka air mango gini gaya. aku suka mango kordial Agromas je hahahaha




saya order watermelon



itu coffee ke tea ntah kawan punya. ada kurma. dengan sambal tomato tu



ni kawan aku punya. Shish Tawooq kot nama dia. sedap weh. aku suka sambal dia tu pedas berdesit. aku cilok sambal dia hahaha



ni cik aini punya hekhekhek. aku order Hanith Chicken. RM 14. ni nasi dia. set small tapi portion dia boleh makan 2 orang wuwuwuwuwu



motif tunjuk nasi 2 kali? saja nak close up hahaha. nasi dia sedap



ni ayam dia. sedap. konon healty order ayam kukus macam ni. tapi nasi bedal sampai habis hahaha



Mandi Chicken (small portion) RM 12



sambal tomato eh orang panggil. ntah. sedap. aku bedal 2 bekas hahaha
tapi memang tak pedas langsung. aku ni kalau makan takde agen pedas, mula la terkebil-kebil. tapi habis gak haha



kesimpulan. makan sedap. harga okey reasonable takde la mahal sangat. portion makanan dan harga sangat berbaloi. air sedap. service ok. pelayan ramah sangat (pelayan semua lelaki ok hahaha). sesiapa nak iftar, sila booking sebab memang full house. boleh pilih nak makan luar ke dalam. dalam ada aircond tapi tak sejuk sangat. kira ok la sejuk2 sangat tak tenteram aku nak makan. overall, okey best !

oh lupa. selain kat bukit beruang, ada jugak restoran dia kat MiTC (dekat bowling tu). bulan puasa dia buat buffet RM39 seorang. kalau nak makan ala carte kene datang kat bukit beruang

Dima Restaurant
Lot 1846, No. 2, Jalan Bukit Beruang Utama,
75450 Melaka
Tel: 06-2323515


lets klik !!

14 comments:

redza said...

slurrpp!! sedap weh

wahida said...

aku penggemar nasi arab nok...kalau mkn nasi arab, aku prefer nasi mandy...feveret selamanya...hahaha...

nasi arab ni yg best nasi dia saja dah sedap kan nok...terbaik!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

perghhhhh....terliorrrr..rase cam nak pi saba' je buakak pose sana :P

potpetmama said...

akak suka nasi mandhi lamb dia...

Kakzakie said...

Kakak puasa ni belum pekena apa-apa nasi arab tau. Nampak gaya lepas raya baru berpeluanglah Lya..

eelobor said...

malam esok nak ajak wife makan nasi arab jugak lah

ainnoraini said...

sedapnyee...
hari ahad ni baru cadangnya nak berbuka dgn nasik arab..

Qashmere said...

Lain-lain tempat lain warna mandy chicken tu ye...

di ipoh ni warna kekuningann....

fairus said...

MACAM BEST JE...

JunAina said...

Haihhh...jauhnya nak gi Melaka makan nasi Arob.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh small portion ke tu??

banyak tu... huhu..

meriah tgk makanan....

Knor said...

tak sanggup teman nak mnengok lama2..

akak ni mana sempat nak beriftar di luar..lya..

Dr Singa said...

assalamualaikum Cik Aini

JuadahMalaysia said...

Nak kena belajar mkn nasi arab nih. Sblm ni makan selalu tak kena dgn selera.